Wednesday, 26 January 2011

The Royal Commission of Inquiry in Teoh Beng Hock case is formed today, did his family got their wish today as well?

Here is news from Utusan/Bernama:

James Foong ketuai suruhanjaya siasatan kes Beng Hock

26/01/2011 5:52pm

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan sebuah suruhanjaya diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor yang mayatnya ditemui selepas dia disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri berkata, suruhanjaya itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, dianggotai dua bekas hakim dan dua pakar forensik dan dibantu empat pegawai undang-undang.

Bekas hakim yang dilantik terdiri daripada bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman dan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan manakala pakar forensik terdiri daripada Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr. Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik dan Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof. Dr. Mohamed Hatta Shaharom.

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Datuk Saripuddin Kasim dilantik sebagai setiausaha suruhanjaya itu manakala Amarjeet Singh a/l Serjit Singh (Timbalan Ketua Bahagian Guaman I), Awang Armadajaya Awang Mahmud (Timbalan Pendakwa Raya) dan Kwan Li Sa (Timbalan Pendakwa Raya), dilantik sebagai pegawai pengendali suruhanjaya itu.

Najib berkata, suruhanjaya itu akan juga menyiasat sama ada terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Beng Hock berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai, jika perlu.

Suruhanjaya itu dikehendaki menyelesaikan siasatannya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan laporannya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beng Hock, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Pada 5 Jan lepas Mahkamah Koroner di Shah Alam memutuskan bahawa kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

Berikutan dengan keputusan Mahkamah Koroner itu, Najib pada 7 Jan mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Diraja untuk meneliti dan mengkaji peraturan berkaitan soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM bagi menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses siasatan terhadap Teoh. - Bernama

Now here is news from the MI:

RCI scope widened to probe Teoh’s death



And TheStar here:

Federal judge heads Commission of Inquiry into Teoh's death

PUTRAJAYA: Federal Court judge Tan Sri James Foong will head the Commission of Inquiry into the Teoh Beng Hock case.
The terms of reference of the commission are:
* Whether the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had adhered to the rules and regulations during its interrogation of Teoh and followed Standing Orders and best practices. The commission is to recommend a suitable course of action to be taken, if necessary.
* The panel will also investigate Teoh's death and the circumstances leading to it. Read the rest here.
Lets see now:


The Utusan/Bernama report was reported to have said:
"Najib berkata, suruhanjaya itu akan juga menyiasat sama ada terdapat apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan siasatan SPRM terhadap Beng Hock berhubung dengan Perintah-perintah Tetap dan amalannya dan untuk mengesyorkan apa-apa tindakan yang sesuai, jika perlu."


The MI and TheStar was reported to have said that the RCI scope has been widened to investigate Teoh's death and circumstances leading to it.


I am wondering, today the 26 January 2011 Utusan/Bernama Report and the Star & MI report on the same RCI is not the same. One did not say that the scope has been expanded, the others say that it has been expanded to investigate Teoh's death and the circumstances leading to it. So which report is right?


I clearly remember the  7 January 2011 report, it was clear that the PM said that the RCI would not be expanded to include a probe into how Teoh Beng Hock had plunged to his death in 2009 because the AG will be filing for a revision in the High Court on the verdict of the Inquest.


I hope this is not a U-Turn decision on the part of the PM, succumbing to pressure brought to bear by the Opposition parties.


So did Teoh Beng Hock's family got their wish? 


If so whats going to happen to the AG's request for a revision of the inquest verdict? 


No comments: