Monday 30 March 2015

Lim Sian See - DAP-PAS HUDUD GUIDE FOR DUMMIES

Copy Pasted from Lim Sian See facebook posting, which basically explains what this Pas-Dap Hudud drama is all about:


The Dummies guide to the PAS-DAP Hudud spat:
---
1) DAP reassured the Chinese that it can control PAS and PAS would not longer implement Hudud and hence you can safely vote PAS and DAP.
Therefore, both MCA and Gerakan, which did not get the votes, are guilty of selling out the Chinese when PAS implements Hudud.

2) DAP agreed to PAS in writing that PAS can pursue Islamic State (including Hudud).
Therefore, PAS is guilty of back-stabbing DAP because PAS honors the agreement and pursues Hudud.

3) PAS is a traitor for allegedly working with UMNO-BN to implement Hudud and hence breach the constitution and destroy Malaysia..
Therefore DAP must form coalition govt with UMNO-BN to defend the constitution and save Malaysia.

4) The entire PAS (including Kelantan PAS) wants to implement Hudud and betray DAP.
Therefore, only PAS president Hadi Awang is responsible for betraying DAP.

5) West Malaysia PAS has betrayed DAP for implementing Hudud.
Therefore, West Malaysia PAS and DAP must remain allies while East Malaysia Sabah and Sarawak DAP must break-off relationship with Sabah and Sarawak PAS for betrayal.

6) DAP's stated goal is to prevent Hudud from passing into Malaysian law.
Therefore, DAP Sec-Gen Lim Guan Eng's answer to the media on this problem is to "Let it pass first".
---
Study notes: If you cannot understand the above, it is suggested that the student reads the above again very slowly while speaking the words clearly.

If you still cannot understand, please seek out Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tony Pua or any random DAP leader for a better one-to-one explanation.

And if you still cannot understand even after reading again and personal explanation, don't worry! as it indicates you are not so zombie yet can can still be saved. Just lay off the ABU and Ketum-juice for an extended period of time.

I understand alright, I think this racist party which is the Dap are helmed by low class racist jokers not fit to be in Putrajaya not even as gardeners.

Thursday 26 March 2015

Nasihat untuk diri ku dan keluarga ku dan sahabat-sahabat ku

From one of my wassap group, something I must share:

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........

Saudara-saudara ku:

Jangan tertipu dengan usia MUDA karena syarat Mati TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan tubuh yang SEHAT karena syarat Mati TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan Harta Kekayaaan Sebab Si kayapun tidak pernah menyiapkan Kain Kafan buat dirinya meski cuma Selembar.

Mari Terus berbuat BAIK, berniat untuk BAIK, berkata yang BAIK-BAIK, Memberi nasihat yang BAIK

Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan Tidak suka dgn Nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang mengenalimu lebih dari pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat, Tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh NYA

Saudara-saudara ku: :)

"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.a)

Nasihat ini utk diri sendiri, utk share dgn kawan2, anak2 & keluarga..semoga Allah memberkati & meredhoi kita. Aamiin..

Wednesday 25 March 2015

The King Saud University has issued its long-awaited Quran.

King Saud University has issued its long-awaited Quran.
 
Pass this information/link to any friend and or anyone you know:

Click here for the King Saud University Quran Link


Click here for the Quran in Bahasa Malaysia

RECITE...... BENEFIT........ SHARE

Thursday 19 March 2015

Dunia tu dunia juga tapi akhirat tu mesti ingat juga

OK lets get our priorities right. 



Dunia tu dunia juga tapi akhirat tu mesti ingat juga.


Wednesday 18 March 2015

GST - Panduan Harga Pengguna melalui E-Book

Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Service Tax atau lebih dikenali sebagai GST akan berkuat-kuasa pada 1 hb April 2015.  

Dapatkan Panduan Harga Pengguna untuk Zon Selatan melalui E-Book di sini.


Bagi zon-zon yang lain sila dapatkan link E-Book  melalui blog Economics Malaysia di sini.

Tuesday 17 March 2015

The Malaysian Dilemma - Dr. M prognosis and Prescription

Our former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad  give his views on the nation’s political transition since he left office in 2003:


Talks given on 12th February 2015.

Friday 13 March 2015

Thursday 12 March 2015

Ucapan YB Lembah Pantai terhadap Kehakiman Negara didalam Parlimen adalah melampaui batasan.

Updated 13 March 2015:


Original post:

Sila Baca:


SOURCE here

Mengikut lapuran portal diatas..."Nurul Izzah semalam menuduh hakim tunduk kepada kehendak politik, rakan jenayah pembunuhan dan menjual diri kepada syaitan demi jaminan kepada kebendaan dan jaminan jawatan".


Kata-kata yang di ucap YB Izzah terhadap Institusi Kehakiman Negara didalam Parlimen adalah melampaui batasan.


Saya fikir apa yang diucap YB Izzah adalah berunsur jenayah Hasutan dan patut didakwa, beliau tiada imuniti dalam Parlimen jika berkata apa-apa yang menyalahi Akta Hasutan.

Kawan sarankan supaya YB-YB dari Barisan Nasional membual lapuran polis seberapa segera supaya Polis boleh menjalan kan siasatan dengan segera.

Terima Kasih.

Wednesday 11 March 2015

Hari ini Dalam Sejarah Parlimen: Pengerang belasah Lembah Pantai (Permatang Pauh)

Watch as feisty Pengerang beat the shit out of Lembah Pantai:


Makes me wonder why PM Najib has still not recalled Pengerang to be in his Cabinet. 

Anwar Ibrahim is NOT a political prisoner

For the umpteenth time:


Anwar's family and PKR and the DAP should stop playing with the Law and start to choose a new Opposition Leader, Anwar is now a convict in Sungai Buluh Prison, there is no Law in Malaysia that could empower a convict to attend Parliament as an MP.

Monday 9 March 2015

KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI BERHUBUNG ISU #1MDB

KENYATAAN AKHBAR YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI

BERHUBUNG ISU 1MDB

6 MAC 2015

Dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Mac 2015, Jemaah Menteri telah diberikan taklimat oleh 1MDB dan firma auditnya Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Saya menyambut baik arahan YAB Perdana Menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB yang mana laporannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara untuk penelitian lanjut.

Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya. Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte.

Ini termasuk tuduhan berlakunya penyelewengan dalam usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International seperti yang ditimbulkan oleh beberapa portal berita. Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku.

Oleh kerana dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks serta menyentuh kepentingan negara dan kerajaan, Ketua Audit Negara mestilah diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama untuk menyiapkan satu laporan yang lengkap dan komprehensif. Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur. Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Pada masa yang sama, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara juga boleh memulakan siasatannya sendiri tanpa perlu menunggu Laporan Ketua Audit Negara disiapkan.

1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial. Untuk membersihkan nama 1MDB, tindakan undang--undang hendaklah diambil terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas. Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

Lembaga Pengarah perlu memberikan penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan. Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat. Saya juga ingin menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menangani isu 1MDB tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam.


TAN SRI DATO HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri

For the record TS Muhyiddin and Dato Mukhriz, some Sabah UMNO and some Johor UMNO Division Chiefs did not come for the gathering of UMNO Division Chiefs for one reason or the other.

Umno division chiefs are meeting at Umno's headquarters in Putra World Trade Centre (PWTC) to express support for party leader Datuk Seri Najib Razak, on March 8, 2015.
Somehow I find that this gathering by UMNO Division Chiefs yesterday only cement the market talk  that DS Najib is under severe pressure from within Umno and by the way the placard 'solidarity with Umno Presiden' is so cheesy lah mcm sebelum ni tak ada solidariti ke?
Its good that the UMNO Deputy President/DPM had come out with the official statement on 1MDB.....at least I know that there are still  Some Good Men in UMNO. 

Its far more refreshing from the ampu bodek statements of some Ministers and Umno warlords who seems oblivious to the fact that the 1MDB shit has hit the fan and the shit is flying everywhere and in all directions......it will affect BN chances to win the PRU14......don't these people realize or are in denial that BN won the PRU13 by relying on the rural votes which are shrinking by the year and in fact BN lost the popular votes to a clueless Pakatan coalition who does not even have an agreed PM designate nor a shadow cabinet whose battle cry is Asal bukan Umno  and God knows how these Pakatan people would wreak havoc on the nation if ever they get to Putrajaya. If that is not a bad omen for BN I don't know what is.

Monday 2 March 2015

HAK BANDUAN TIDAK TERMASUK MENGHADIRI SIDANG DEWAN RAKYAT!

Updated 4 March 2015:

'Convicted opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim will not be making an appearance when the Dewan Rakyat convenes next week as no one has the legal authority to direct the prison authorities to produce him in parliament'
former attorney-general Tan Sri Abu Talib Othman. 

Read more here.

Original Post:

'HAK BANDUAN TIDAK TERMASUK MENGHADIRI SIDANG
Oleh itu, persoalan samada Anwar berhak hadir atau tidak dalam sidang Dewan Rakyat tidak sepatutnya timbul dan pihak Kementerian Dalam Negeri mahupun Parlimen sepatutnya tidak melayan pun desakan bodoh ini. Apa yang terhak kepada Anwar selagi proses pengampunannya berjalan hanyalah hak menerima elaun wakil rakyat, dan hak kerusinya kekal dan tiada Piliharaya Kecil boleh diadakan'
Peguam Zulkifli Nordin

Hari ini PKR meminta kepada Speaker Parlimen supaya Banduan Pesalah Meliwat Anwar Ibrahim dapat hadir ke sessi Parlimen yang terdekat:


Saya harap permintaan karut PKR ini ditolak sebab walaupun Anwar meminta ampun tetapi status beliau sebagai Banduan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan, dan, sapertimana yang dinyatakan Zul Nordin apa yang terhak kepada Anwar selagi proses pengampunannya berjalan hanyalah hak menerima elaun wakil rakyat, dan hak kerusinya kekal dan tiada Piliharaya Kecil boleh diadakan'


Peguam Zul Nordin menulis:

Salam 2 all.

Saya agak pelik kenapa beberapa pemimpin Kerajaan kelihatan terlalu apologetik dan melatah dengan begitu cepat apabila ada suara sumbang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Parlimen yang dijadualkan bermula pada 09 Mac ini.

Pelbagai kenyataan dikeluarkan daripada termasuk daripada Timbalan Menteri KDN yang berjanji 'akan mempertimbangkan sebarang permohonan' sehingga kepada Menteri KDN sendiri dengan kenyataan 'akan merujuk kepada Peguam Negara'.

Jelas jawapan yang tidak seragam ini membuktikan tahap melatah yang kronik.

Pada saya desakan sumbang ini wajib ditong-sampahkan sahaja! Tanpa perlu dipertimbangkan langsung!

Adakah wajar seorang banduan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat?

Habis lepas ini CEO syarikat akan minta hadir mesyuarat Lembaga Pengarah, pengerusi PIBG akan minta hadir mesyuarat PIBG, presiden kelab bola akan minta hadir final bolasepak kelabnya...dan lagi...dan lagi...dan lagi!!!

Jadi bahan lawak senario lah kita! Mr Bean pun mungkin menangis tengok sarkis ini!


HILANG KELAYAKAN & HAK HADIR SIDANG DUA PERKARA BERBEZA!


Desakan sumbang ini dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara liwat petang Isnin 24 Feb.

Sejurus selepas media pro pembangkang memainkan isu ini, kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Tan Sri Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.

Atas dasar itu, timbul suara-suara sumbang dikalangan pembangkang mendesak Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat konon kerana statusnya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.

Untuk menjawab desakan bodoh ini, saya berikan satu perumpamaan.

Katalah seorang Presiden sebuah syarikat konglomerat disabit dengan kesalahan merogol setiausahanya dan dihukum 5 tahun penjara. Dan Mahkamah Persekutuan telah mengesahkan sabitan dan hukuman Mahkamah Sesyen itu. Lalu dia memfailkan petisyen rayuan pengampunan.

Namun sementara itu, mungkin kerana kehebatannya, pihak syarikat konglomerat itu masih mengekalkan beliau sebagai Presiden dan beliau dianggap masih sebagai Presiden syarikat!

Adakah pihak syarikat boleh memohon kepada pihak penjara supaya membenarkan dia keluar daripada tahanan dan menghantar dia bekerja dan menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah atas alasan proses rayuan pengampunan sedang berjalan; jadi sebagai Presiden syarikat dia berhak terus pergi ke pejabat tiap hari dan hadir mesyuarat Lembaga Pengarah sehingga proses pengampunan itu selesai?

Budak Tadika pun tahu jawapannya tidak boleh!

STATUS BANDUAN KEKAL

Kenapa? Kerana statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.

Proses pendakwaan, perundangan dan kehakiman telah selesai dan muktamad apabila Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015 MENSABITKAN Anwar dengan kesalahan meliwat pembantunya Saiful dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan dijatuhkan HUKUMAN penjara 5 tahun berkuatkuasa serta merta.


Berkuatkuasa mulai 10.02.2015, status Anwar ialah seorang BANDUAN yang telah DISABIT dengan kesalahan jenayah dan DIHUKUM dengan penjara 5 tahun. Tempat dia menjalani hukuman mulai 10.02.2015 ialah di Penjara Sg. Buloh!


Walaupun proses pengampunan dikatakan sudah bermula pada 24.02.2015 lalu, ini tidak membatalkan statusnya sebagai BANDUAN. Dan memandangkan dia belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerana proses pengampunan itu, dia adalah YB BANDUAN!!!

PERKARA 48 HANYA MENYENTUH SOAL HILANG KELAYAKAN AHLI PARLIMEN

Perkara 48 (1) (e) bercakap tentang keadaan dimana seseorang Ahli Parlimen boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen - bukan tentang hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen!

Antaranya, Perkara 48 (1) (e) memperuntukkan seseorang itu hilang kelayakan sebagai seorang Ahli Parlimen jika dia telah

a. "disabit" dengan suatu kesalahan oleh sesuatu Mahkamah; dan

b. "dihukum" penjara selama tempoh tidak kurang daripada setahun atau denda tidak kurang RM2,000-00; dan

c. ia tidak mendapat ampun.

Dalam kes Anwar, dia telah:

a. Disabit dengan suatu kesalahan meliwat pembantunya Saiful Bukhari dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan; dan

b. Dihukum penjara 5 tahun.

Jadi Anwar memenuhi 2 syarat untuk hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen. Namun isterinya Wan Azizah dikatakan telah memfailkan petisyen untuk pengampunan. Oleh itu syarat ketiga belum dipenuhi.

Apa maksudnya? Maksudnya Anwar kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen! Kerusi P-044 Permatang Pauh tidak boleh diisytiharkan kosong! SPR tidak boleh mengadakan suatu Pilihanraya Kecil untuk kerusi Permatang Pauh!

Itu sahaja kesan pemfailan petisyen bagi pengampunan dibawah Perkara 48 (1) (c)!

KEAMPUNAN HANYA PADA HUKUMAN BUKAN SABITAN KESALAHAN

Jadi kita pergi ke syarat ketiga, "ia tidak mendapat ampun".

Apa maksud "mendapat ampun"?

Untuk mengetahuinya, kita kena baca Perkara 42 Perlembagaan.

Dibawah Perkara 42, "YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN mengenai segala kesalahan yang dilakukan...".

Ini bermakna kuasa dan bidangkuasa Tuanku YDP Agong untuk "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan SABITAN KESALAHAN!

Ini kerana kuasa dan bidangkuasa mensabitkan seseorang dengan sesuatu kesalahan jenayah adalah dibawah MAHKAMAH yang disebut di Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan.

Maknanya, apa juga status rayuan pengampunan Anwar, kedudukan beliau sebagai seorang yang telah DISABITKAN DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH MELIWAT kekal, dan ini tiada kena mengena dengan proses rayuan.

Bermakna dalam apa keadaan pun, Anwar kekal SEORANG BANDUAN YANG TELAH DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN MELIWAT!

HAK BANDUAN ADALAH DIBAWAH UNDANG-UNDANG PEMENJARAAN

Dan sebagai Banduan, undang-undang yang tertakluk keatas Anwar ialah Akta Penjara dan segala peraturan yang dibuat dibawahnya.

Dan dibawah undang-undang penjara, seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:

1. Jika dia perlu dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh Penjara;

2. Menghadiri perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina kehadiran;

3. Lain-lain keadaan yang dibenarkan dibawah undang-undang Penjara.

Tapi ini tidak termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat, apa lagi kalau sekadar nak keluar untuk menonton Final Piala Malaysia walaupun dia mungkin Presiden Kelab Bola Banduan!

HAK BANDUAN TIDAK TERMASUK MENGHADIRI SIDANG

Oleh itu, persoalan samada Anwar berhak hadir atau tidak dalam sidang Dewan Rakyat tidak sepatutnya timbul dan pihak Kementerian Dalam Negeri mahupun Parlimen sepatutnya tidak melayan pun desakan bodoh ini.

Apa yang terhak kepada Anwar selagi proses pengampunannya berjalan hanyalah hak menerima elaun wakil rakyat, dan hak kerusinya kekal dan tiada Piliharaya Kecil boleh diadakan.

Itu sahaja!

Saya berharap penjelasan ini memberi gambaran jelas kedudukan isu sebenar.

Hakikatnya walaupun Tuanku YDP Agong mempunyai kuasa dan bidangkuasa memberi pengampunan kepada Anwar, ia hanyalah berkaitan soal HUKUMAN penjara 5 tahun itu sahaja. Itupun hanya kuasa meremit, mengurang atau menggantung HUKUMAN!

Namun Tuanku YDP Agong tiada kuasa dan bidangkuasa membatalkan SABITAN KESALAHAN MELIWAT dibawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan!

Bermakna Anwar kekal sebagai seorang BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH meliwat pembantunya Saiful Bukhari di bawah Seksyen 377B Kanun Kesiksaan!

Dan sebagai seorang BANDUAN yang telah DISABIT DENGAN SUATU KESALAHAN JENAYAH, Anwar wajib kekal menjalani hukuman penjara sehinggalah keputusan rayuannya diputuskan oleh Tuanku YDP Agong, dan dia hendaklah tetap dilayan sebagai seorang BANDUAN yang tertakluk kepada undang-undang penjara!

Wallahua'lam & wassalam.

Adios amigos, grasias senor!

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
08 Jamadil Awal 1436
27 Feb 2015