Thursday 23 July 2015

Sengketa Di Antara Dato Sri Najib Dengan Tun Mahathir – Usaha Ikhlas Yang Tidak Kesampaian oleh Dato' Abdul Rahman Mohd. Noor

From time to time retired Senior Civil Servant Dato' Abdul Rahman Mohd. Noor will send me e-mails of his writings to be shared by all Malaysians. This email from the good Dato' is about the hottest thing in Malaysia now, hotter than the hot spell that Malaysia is experiencing right now.

Please take time to read Dato' Rahman's letter which I was told has been read by all parties mentioned in it:


Sengketa Di antara Dato Sri Najib dengan Tun Mahathir
– Usaha ikhlas yang tidak kesampaian.

Tidak ramai di antara kita yang rela mengaku kegagalan dalam satu-satu usaha. Namun oleh kerana sengketa di antara pemimpin-pemimpin ini sudah tentu sekali akan memberi impak/kesan terhadap iklim serta halatuju politik Negara, maka dengan rasa ikhlas hati saya ingin mencatitkan usaha-usaha yang telah di lakukan agar anak-anak serta generasi saya masa depan akan mengetahui peranan kecil yang telah saya mainkan untuk mendamaikan mereka berdua.

2.       Kesemua yang terlibat telah dihubungi dan diberi kesempatan untuk mengesahkan kesahihan catatan-catatan saya. Namun saya ingin mengistiharkan bahawa saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala yang di utarakan dalam artikel ini.

3.       Pada awal tahun 2013, dan setelah diperkenankan untuk menyembahkan kepada Tuanku Sultan Johor mengenai minat saya untuk melaksanakan satu projek di Johor, maka saya telah menyediakan satu surat permohonan kepada Dato Sri Najib dan seterusnya berjumpa dengan Tun Mahathir dengan harapan agar surat saya akan dapat di salurkan  kepada Dato Sri Najib dengan sokongan. Projek yang saya maksudkan adalah ‘Brain Child’ Tun M semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.

4.       Sungguhpun Tun M bersetuju dengan segala alasan-alasan yang saya beri namun pandangan serta kenyataan berikutnya amat mengejutkan saya.

5.       Tun M dengan  terus terang mengatakan bahawa Dato Sri Najib tidak mahu lagi mendengar dan menerima pandangan-pandangannya. Saya cuba dengan sopan mengingatkan Tun M bahawa saya anak kelahiran Pekan Pahang dengan harapan kenyataan negatif terhadap Dato Sri Najib dapat dikurangkan. Saya gagal.

6.       Antara perkara-perkara yang menjadi rungutan Tun M adalah;
a)     Penubuhan PEMANDU dan dua insan yang menjadi tulang belakang organisasi tersebut.
b)    BR1M
c)     Trans Pacific Partnership (TPPA)
d)    Kesediaan Dato Sri Najib untuk tunduk kepada kuasa besar seperti USA.
e)     Agenda Bumiputra secara keseluruhan.

7.       Surat saya kepada Dato Sri Najib sungguhpun di terima oleh Tun M dengan janji untuk membantu, namun saya hampir pasti bahawa tiada tindakan lanjutan yang telah di ambil olehnya.

8.       Semua kenyataan-kenyataan Tun M serta pandangannya terhadap Dato Sri Najib amat mengganggu fikiran saya . Setelah di kaji secara mendalam dan memerhati perkembangan politik Negara , maka saya telah membuat kesimpulan bahawa terdapat banyak kebenaran di atas pandangan-pandangan yang di utarakannya.

9.       Pada awal 2014 saya telah terpanggil untuk menyediakan satu artikel bertajuk ‘Pandangan Yang Tidak Di Undang’dan menyerahkan satu salinan kepada Dato Sri Najib melalui peguamnya.

10.     Secara ringkasnya saya dengan ikhlas hati menyatakan bahawa persepsi rakyat terhadap pentadbirannya kian merosot dan mungkin akan menjejaskan legasi positif yang telah di tinggalkan oleh Tun Razak.

11.     Di antara syor saya untuk memperbaiki keadaan adalah:-
a)     Menyuntik semula semangat juang di kalangan kakitangan awam.
b)    Melantik kumpulan bijaksana untuk membantu bijakpandai di setiap lapisan pentadbiran kerajaan.
c)     Memastikan setiap program ‘mesra rakyat’.

12.     Oleh kerana tiada respon daripada Dato Sri Najib, maka saya beranggapan bahawa tugas dan niat saya untuk membantu telah selesai sehinggalah Tun M membuat pengistiharan untuk tidak memberi sokongan lagi ke atas Kerajaan yang di pimpin oleh Dato Sri Najib.

13.     Saya telah dapat rasakan bahawa jika perkembangan baru ini tidak dapat dibendung maka ianya akan mengakibatkan keadaan yang lebih buruk di hari-hari mendatang.

14.     Secara kebetulan rakan kongsi saya amat dekat dengan Tun M sekeluarga. Beliau telah bersetuju untuk cuba juga mendamaikan mereka berdua dan telah bersedia untuk membawa Tun M berjumpa dengan Dato Sri Najib secara rahsia agar ‘salahfaham’ di antara mereka dapat diselesaikan melalui saluran kekeluargaan. Kami juga tahu strategi bagaimana untuk melembutkan hati Tun M.

15.     Saya tiada talian terus kepada Dato Sri Najib untuk mengaturkan perjumpaan yang kami rancangkan. Oleh demikian cubaan telah saya buat untuk mengaturkan perjumpaan ini melalui kenalan-kenalan saya :-
a)     Mantan SUPOL Dato Sri Najib.
b)    Peguam peribadinya.
c)     Bapa saudaranya.
Kesemua mereka memberi reaksi samada tidak mampu tidak berminat ataupun tidak bersedia.

16.     Tanpa perasaan putus asa, saya telah menghubungi dan bertemu mantan ipar saya yang juga orang bergelar di Pahang untuk membantu. Beliau adalah kenalan Dato Sri Najib dan bersedia membantu jika mempunyai kesempatan  untuk bertemu dan menjelaskan kesemuanya secara empat mata apabila Dato Sri Najib dapat melapangkan masa semasa berada di Pekan. Beliau tidak dapat masa dan kesempatan yang diharapkan bersama-sama Dato Sri Najib.

17.     Oleh kerana pada pandangan saya sengketa di antara Dato Sri Najib dan Tun M kian meruncing, maka saya sebagai usaha terakhir, telah memberanikan diri untuk mendapat bantuan daripada Datin Sri Rosmah sendiri. Barang di ingat sungguhpun saya telah mempunyai nombor telefon bimbitnya sejak beberapa tahun yang lepas, namun inilah pertama kali saya telah cuba berhubung dengan beliau. Datin Sri Rosmah tidak mengenali saya dan kami tidak pernah berjumpa ataupun bersua-muka.

18.     Pada bulan Oktober 2014 saya telah menghantar mesej kepada Datin Sri untuk mendapatkan bantuan supaya kedua pemimpin ini berdamai. Saya memetikkan rayuan saya :-
“Salam Idul Adha Datin Seri, maaf jika menggangu. Kemelut di antara YAB dengan Tun M amat membimbangkan. Ianya perlu di atasi melalui saluran kekeluargaan dan bukan melalui saluran politik. Saya selaku anak Pahang dan partner (anak angkat Tun M dan Tun Asmah) bersedia mendamaikan mereka. Saya berikhtiar menyampaikan hasrat kami ini kepada Dato’ Seri Najib tapi tidak berhasil. Harap sangat Datin Seri dapat menyampaikan usaha kami yang perlu di RAHSIAKAN ini kepada YAB. Kami penuh keyakinan negara memerlukan kepimpinan Dato’ Seri sekurang-kurangnya 2 penggal lagi. Saya bersedia berjumpa Datin Seri dan Dato Seri untuk memberi penjelasan lanjut. tq dan wassalam. Dato Rahman.”

19.     Inilah jawapan balas yang telah saya terima daripada Datin Sri Rosmah :- (Respon yang telah di edit).
“Ada baiknya Dato’ berjumpa sendiri dengan Dato’ Najib. Sekiranya benar Dato’ merupakan anak angkat Tun Mahathir, apa salahnya Dato’ nasihatkan beliau. Apakah yang beliau mahukan sebenarnya. Saya kira apa yang Tun lakukan bukanlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan baik di sisi Allah mahupun Negara”.

20.     Inilah jawapan balas saya :-
“Pembetulan Datin Seri. Saya bukan anak angkat Tun M tapi partner saya. Saya anak kelahiran Pekan Pahang. Rancangan kami adalah untuk mereka mengadakan pertemuan empat mata dan bincang hati ke hati seperti  anak dan bapa atau rakan karib. Pls believe me I have met Tun M and he loves Dato’ Seri ‘s family like his own. Things are going to get worse and nobody would benefit except d enemies of the state. I was one of the 5 Malaysian who personally witnessed Tun Razak’s death in London after being tasked to be the duty officer by the high commissioner arwah Dato Abdullah Ali. I want Dato’ Seri Najib to continued Tun Razak ‘s positive legacy. Well Datin Seri I have tried my best to help and if I fail to assist then it is not for lack of trying. Wassalam. Rahman.”

21.     Jawapan balas daripada Datin Sri Rosmah (Respon yang telah di edit) :-
“Tun Mahathir seharusnya perlu ikhlas dalam komennya. Jangan hanyamencari kesalahan Dato’ Najib”

22.     Saya telah memberi jawapan seperti berikut:
“ Datin Sri mengikut partner saya tiada apa yang Tun mahu. Hanya dia kecil hati saja. Maklumlah Tun sudah berumur. Itulah sebabnya saya cuba ikhtiar supaya mereka berjumpa 4 mata n bincang hati ke hati. Kami mahu d Seri Najib kekal PM sekurang2 nya 2 penggal lagi. Saya penuh keyakinan kemelut ini boleh di selesaikan ASAP. Kalau boleh sebelum PAU ini. Datin Seri, I’m not a politician neither am I a big time businessman. I am just a retired civil servant who sincerely want Dato Sri to succeed. Wassalam.”

23.     Ada beberapa perkara lagi yang saya bincang, namun ianya tidak releven kepada isu yang diperbincangkan di sini.

24.     Pada bulan Januari 2015 saya telah berkesempatan berjumpa dengan Tun M sekali lagi. Tujuannya adalah untuk memberitahu Tun bahawa;
a)     Projek yang saya pohon bantuannya pada tahun 2013 telah di tunda (komen Tun M amat menarik).
b)    Memaklumkan kepadanya buat pertama kali bahawa saya adalah pegawai yang menganjur perjumpaan-perjumpaannya semasa di London dan Cardif dan mengiringinya semasa lawatan-lawatannya ke Oxford dan Brighton pada pertengahan tahun 70-an. (Tun ingat-ingat lupa).
c)     Untuk memaklumkan bahawa saya masih tidak berputus asa untuk Dato Sri Najib berdailog secara ikhlas dengannya.

25.     Mengenai  para (C)  di atas, Tun M dengan nada yang serius telah menyatakan kepada saya bahawa masa untuk memberi ruang berdailog dengan Dato Sri Najib telah berlalu. Mengikutnya, Dato Sri Najib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum saya berjumpa beliau dan menghabiskan masa selama hampir 2 jam di mana Tun M telah memberikan buah fikiran bagaimana keadaan yang tidak menentu boleh dipulihkan. Mengikut Tun M satu pun tidak di ambil endah oleh Dato Sri Najib – ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’.

26.     Bersamaan dengan isu dan kontroversi pembunuhan Altantuya ; perlaksanaan GST dan kemelut 1MDB , maka saya sudah boleh agak bahawa Tun M akan mengambil tindakan  yang lebih  ‘decisive’  dalam masa terdekat. (sekembalinya dari bercuti di Argentina bersama-sama rakan kongsi saya).

27.     Jangkaan saya telah menjadi kenyataan apabila Tun M pada bulan April 2015 dengan tanpa berselindung telah menyarankan agar Dato Sri Najib  berundur dari tampok kepimpinan kerajaan atas alasan-alasan yang sudah pun umum mengetahui.

28.     Kehampaan di atas kegagalan amat saya rasai oleh kerana kami mempunyai peluang yang amat istimewa dan terbaik untuk mendamaikan kedua pemimpin ini. Niat saya adalah semata-mata untuk membalas budi Almarhum Tun Razak terhadap keluarga saya dan rakan kongsi saya yang amat rapat sekali dengan Tun M (pangkat anak angkat) sedia pula untuk membantu.

29.     Saya telah sekali lagi memaklumkan kepada Datin Sri Rosmah pada bulan April 2015 mengenai rasa hampanya atas kegagalan misi saya. Di antara isi kandungan adalah seperti berikut :-
“Salam Ybhg Dato Seri, ampun  dan maaf jika mengganggu. Saya pernah berusaha untuk mendamaikan PM Najib dengan Tun M, beberapa insan yang rapat sengan PM Najib termasuk Datin Seri telah saya cuba hubungi untuk kedua mereka mengadakan pertemuan 4 mata namun tidak berhasil. 3 bulan lalu saya bertemu Tun M sekali lagi tetapi beliau “berkerat rotan berpatah arang “ dengan PM Najib dan meminta saya hentikan usaha”.

30.     Saya telah juga memaklumkan kepada Datin Sri bahawa saya bercadang untuk menulis artikel ini untuk menceritakan segala usaha yang saya telah ikhtiarkan untuk mengelakkan sengketa yang sedang berkembang sekarang  daripada berlaku.

31.     Respon daripada Datin Sri adalah seperti berikut :-
“ Apa  lagi yang Dato’ Najib nak cakapkan kepada Tun? Beliau telah pun berjumpa dengan Tun sebelum beliau pergi bercuti. Tapi Tun tidak bercakap apa-apa.

32.     Jawapan balas saya adalah seperti berikut :-
“ Salam Datin Seri, tqvm 4 responding. It is true that PM Najib met Tun 4 almost 2 hours before I last met Tun 3 months ago. That’s d reason he asked me not to waste my time.
I think it is rather too late now. The dispute bet them is going to be a protracted war of attrition where all dirt on both sides will be exposed to the  benefit of the enemies of the state. This is what worries us now..”..
Being Pekan born I will always try and defend Najib on issues that r considered slanderous. However there is nothing anyone can do if it is proven that news r facts n true. Wassalam.

33.     Saya telah mendapat jawapan balas yang panjang lebar daripada Datin Sri Rosmah seperti berikut (Respon yang telah di edit) :-
Its ok.. I agree we must stand by the truth. Tun should not treat people according to his whims and fancies. He must have concrete evidence before he could accuse people of things. Najib has to prioritise the project in accordance to affordability and needs of the rakyat. Malaysia belongs to the rakyat and not him alone. There were many things that najib had give him which he could not enjoy under Pak Lah.

I stand by my husband because I know he is very kind man. He thinks of the rakyat and the country the moment he opens his eyes. We all come second.
I don’t think Tun should call people to fish for information because they all come back to us. I believe, one should hold one’s stature with dignity and credibility especially when you want to be known as a statesman. I also think there is a limit to wants and desires. Particularly not at the expense of the party, rakyat and the country.

34.     Daripada respon yang diterima daripada Datin Sri Rosmah, maka bolehlah saya membuat rumusan seperti berikut :-

a)     Beliau keberatan untuk membantu dalam usaha kami mengenemukan kedua pemimpin besar ini bagi tujuan perbincangan dari hati ke hati.

b)    Selaku isteri mithali , beliau amat menyokong serta melindungi Dato Sri’ Najib.

c)     Tentangan Tun M adalah ekoran daripada keengganan Dato’ Sri Najib memenuhi kesemua tuntutan yang di pohon beliau.

35.     Saya pada mulanya memang tiada langsung niat untuk mencampuri insiden salah faham di antara kedua pemimpin ini. Saya sedar bahawa insan yang sekerdil saya tidak mungkin akan dapat memberi impak ke atas kemelut yang sedang Negara alami sekarang. Malahan saya telah juga dicemuh oleh rakan-rakan termasuk mantan boss saya supaya tidak menjadi tukang sibuk (busy body).

36.     Apa juga kritikan dan cemuhan yang dilemparkan, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya dengan rakan kongsi merasakan bahawa kami mempunyai kesempatan yang amat istimewa untuk menghindar kemelut yang di alami Negara sekarang. Tidak serupa insan-insan yang lain, saya lebih cenderong untuk menyaksikan pendamaian daripada mengambil sikap menyebelahi mana-mana pihak dan memburukkan lagi keadaan.

37.     Kita bukan manusia maksum dan sudah tentunya mempunyai segala kelemahan. Yang penting adalah supaya kita mengetahui kesalahan dan cuba membetulkannya dengan seikhlas hati.

38.     Sungguhpun setelah berbelanja wang sendiri, menghabiskan masa dan di cemuh, saya gagal sama sekali dalam usaha yang saya anggap murni ini. Namun saya dan rakan kongsi masih belum berputus asa dan akan berusaha membantu mencari jalan penyelesaian.

39.     Sungguhpun Tun M telah juga memberi isyarat bahawa hubungan beliau dengan Dato Sri Najib boleh di umpamakan sebagai ‘berpatah arang dan berkerat rotan’, namun kami masih yakin bahawa dalam lubuk hati kecilnya Tun M masih sayangkan Dato Sri Najib.

40.     Umum mengetahui bahawa kedua belah pihak telah bertekad untuk mempertahankan pendirian serta kemahuan mereka. Dengan ikhlas saya berani menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak mempunyai kekuatan tersendiri. Di sebelah pihak ianya mempunyai kuasa penjawat (power of incumbency) dan di sebelah satu pihak lagi mempunyai kuasa rakyat (perceived people’s power). Oleh demikian saya tidak hairan jika ianya akan berpanjangan hingga ke PRU14. Jika ianya tidak di bendung dan diselesaikan sekarang maka ianya tidak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa. - “yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu”.

41.     Apa yang saya khuatiri dan secara peribadi tidak boleh menerima sama sekali ialah di mana pihak ketiga dengan senang mengambil kesempatan untuk merampas Putrajaya ekoran daripada perpecahan di antara kedua-dua pemimpin ini.

42.     Akhir kata saya sekali lagi dengan penuh ikhlas dan rendah diri ingin mengistiharkan bahawa saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rencana ini dan tiada sesiapa yang mendorong atau mempengaruhi saya untuk menyediakannya.

43.     Saya berdoa agar dalam bulan yang penuh dengan berkah ini kedua pemimpin besar kita ini akan terbuka hati untuk mencari titik persamaan sebagai asas untuk memulakan proses pendamaian. Sifat berbaik sangka di antara mereka mungkin boleh membawa kepada perkembangan yang lebih positif.

44.     Buatlah yang terbaik demi bangsa, agama dan Negara.

Wallahualam.

Dato' Abd Rahman Mohd Noor.


Catatan : Artikel ini di sediakan pada 26/06/2015.

Semuga usaha Murni untuk reconcile Tun Mahathir dan Dato Sri Najib kesampaian. InsyaAllah.

Additional Read written by Dato' Rahman in my blog:

Monday 20 July 2015

When the going gets tough, The tough calls in Lester Melanyi?



“I'm quite surprised (Abdul Rahman had used him). If Abdul Rahman had asked me, I would not have advised him to use him (Melanyi). “I would tell him not to listen too much (to what Melanyi said) and not to pin too much on his claims."
Senior Sarawak Minister Tan Sri Dr James Masing

Melanyi in 2006 was fired from his sub-editor position by the now out of business Sarawak Tribune for reprinting the controversial Jyllands-Posten Prophet Muhammad cartoons.
Source here

'When the going gets tough,
The tough calls in Lester Melanyi?'
Me

Read more here: 
Yes, I was paid, says man behind video exposé on Sarawak Report’s alleged 1MDB info forgery.

Thursday 16 July 2015

SELAMAT HARI RAYA 2015

To all my friends and visitors to my blog:

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Enjoy my top all time three:




Berhati-hati dijalan raya kerana malang tidak berbau

Wednesday 15 July 2015

Just let the Joint Task Force do their work ok

Kalau nak rakyat henti mengata bukan-bukan pasal 1MDB,
Minta tolong henti jawab bukan-bukan pasal 1MDB
Me

"There were hindrances faced by the A-G as 1MDB was not forthcoming with them. I hope 1MDB can give them the information they are asking for to help them complete their investigation,"
Nur Jazlan PAC Chairman upon receipt of AG Prelim. Report on 1MDB

Soon after the restricted release(not for public consumption) of the preliminary AG report on 1MDB came a rather odd media release by MOF Minister II as reported by TMI here:



The full text of the media release can be read at Rocky's Bru here.

I can understand why the YB Minister wanting to move on away from the 1MDB mess as soon as possible, but I am afraid such media statement will only invite more criticism of the way the Najib Government is handling the 1MDB fiasco. Read here:



As the Joint Task Force presumably led by the Attorney General is investigating the trail of the 1MDB funds, I would venture to say that everybody including Ministers should not say anything to the public which could be seen as preemption.

The rakyat needs closure on the 1MDB mess, I have faith that our Civil Servants in the Joint Task Force will do the right thing for the people and the country.


Monday 6 July 2015

Forget Lawsuit, Najib Must Clarify - Tan Sri Abu Talib ex Attorney General

'The truth has a way of creeping through the layers of lies and break surface at the moment you least expect'
Me

When the going gets tough, the tough gets going.

I hope PM is a tough person who listens to good advise:

An open advise from the prosecutor man himself......Tan Sri Abu Talib:



and this is even more garang from blogger Tuan Syed:




Saturday 4 July 2015

When it rains, it pours

They say when it rains it pours.......

Wall Street Journal: 

Sarawak Report:
SENSATIONAL FINDINGS! - Prime Minister Najib Razak's Personal Accounts Linked To 1MDB Money Trail MALAYSIA EXCLUSIVE!

Reuters:
Malaysia's prime minister denies embezzling 1MDB funds

Singapore Staraits Times:
Najib denies claims of $940m wired to his accounts

The PM himself then went into ballistic mode:

YAB PM NAJIB RAZAK :-
3 July 2015

"In recent months, various allegations – all unsubstantiated, and many simply outrageous – have been directed against me and my family.‎

These attacks began when I refused to implement Tun Mahathir’s personal demands. I refused, because I do not believe it is right for Malaysia to be ruled by proxy.

Tun then created a crisis when he recklessly claimed that RM42 billion was missing from 1MDB, when in fact these are audited debts backed by RM51 billion audited assets.

The latest allegation is that I have taken state-linked funds for personal gain. I believe Tun, working hand in glove with foreign nationals, including the now discredited political attack blog Sarawak Report, is behind this latest lie.

Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.

It is now clear that false allegations such as these are part of a concerted campaign of political sabotage to topple a democratically elected Prime Minister.

At no point have those making these allegations offered any evidence. All we have heard is that these allegations are based on leaked documents and unnamed investigators. Not once has the source of these documents ever been shown, neither have the documents themselves been provided for verification by lawful authorities.

As we now know, a number of the documents on which recent allegations have been based were reportedly doctored. The person who was leaking these documents is under investigation by authorities overseas for attempting to extort and blackmail his former employer. This says a lot about the reliability of the documents, and those who are using them to damage our government and our country.

Those who continue to mount these attacks should be prepared to face the consequences of their actions. These gutter tactics - in some cases criminal tactics - to overthrow the government will fail. Where appropriate, they will be met with the full force of the law.

It’s a shame that these false attacks motivated by self interest come at a time of unique opportunity for Malaysia – with our Chairmanship of ASEAN this year, and the prize of developed nation status around the corner. I will stay focused on the work of nation building for the people."

My Thots:

Sorry to say but attacking Dr Mahathir openly like that will not absolve the PM from the grave allegation(s) made by WSJ and SR. This kind of allegation(s) if proven true ...brings down Governments you know.

I think the PM instead of attacking Dr Mahathir should instead issue an outright denial which he has not done so yet, well, perhaps he did came close with this: 'Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed' .....its not good enough though. 

Why?

Firstly no prove was shown to connect Dr. Mahathir with WSJ or SR.

Secondly no outright denial like NO I dont have any account at the said bank or this is my bank statement during that period in question. Saying "I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents" does invite people to think like...sure or not the money did not go into your account? 


And the Deputy Prime Minister wrote this in his FB:

Kenyataan Media
YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato' Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato' Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia

4 Julai 2015

It would have been more complete if the DPM advised the PM to take leave while investigations are being carried out by the authorities. But.....Lets see what happens next.

Wednesday 1 July 2015

World's longest and highest glass bridge to open in Hunan, China

I have listed this bridge and its beautifully awesome Zhangjiajie National Park in Hunan Province, China  on my list of must visit places before I die :



World’s highest glass-bottomed bridge in China

In fact visiting the bridge comes with the bonus of visiting the Zhangjiajie National Park which was said to be the inspiration of the floating mountains scenery in the blockbuster film Avatar which I watched like more than 15 times over the years, truly magnificent piece of film making .


Read more, and on how to get to the Zhangjiajie National Park here .

Wish me luck.