I received this email from my old friend Dato' Rahman who has kindly shared some lost moments in our Nation's History when he was a young PSD officer newly stationed in London during the passing of Malaysia's second Prime Minister, Tun Abdul Razak.
Dato' Rahman request that his article be posted as a lasting legacy for his children and a history lesson for all who would find time through their busy schedule to read:
Al-fatihah untuk Almarhum Abdul Razak dan semua ikon-ikon dan pejuang bangsa dan negara yang telah meninggalkan kita.
Dato' Rahman request that his article be posted as a lasting legacy for his children and a history lesson for all who would find time through their busy schedule to read:
HARI-HARI TERAKHIR TUN
RAZAK DI LONDON
Bagi
memperingati pulangnya ke rahmatullah Almarhum Tun Abdul Razak 39 tahun dahulu
beberapa catatan telah di sertakan oleh beberapa orang tertentu. Saya secara
peribadi, ingin juga berkongsi pengalaman semasa di arahkan menjadi pegawai
bertugas selama Almarhum Tun menerima rawatan di London.
2. Tidak ramai yang mengetahui kehadiran Almarhum
Tun di London untuk menjalani rawatan.
Kami mula sadar apabila mantan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London Almarhum
Dato Abdullah Ali telah mengarah kami (katakanlah orang kepercayaan Pak Duta)
menjadi pegawai bertugas.
3. Ekoran daripada arahan tersebut maka
mulalah saya dan Tuan Syed Kassim (colleague saya di Jabatan Penuntut Malaysia)
berkongsi secara bergilir-gilir melaksanakan tugas selama 7/8 jam setiap hari.
4. Kami telah diingatkan supaya merahsiakan kehadiran
Almarhum Tun daripada warga Malaysia di UK terutama sekali oleh penuntut kerana
ianya adalah arahan daripada Timbalan Perdana
Menteri sendiri (Almarhum Tun Hussein).
5. Pada mulanya Almarhum Tun telah tinggal
di York House (rumah tetamu Kerajaan Malaysia). Almarhum Tun amat jarang sekali
keluar dari kamar tidur dan hanya menerima pelawat yang dekat dan sah sahaja
dibenarkan berjumpa beliau.
6. Saya dimaklumkan bahawa ada juga ketika
Almarhum Tun bersama pembantunya akan bersiar-siar di HydePark pada awal pagi
(saya kurang pasti kerana hanya mula bekerja pada jam 9 pagi hingga 4/5 petang
atau 5 petang hingga 11/12 malam setiap hari).
7. Apa yang terpahat diingatan saya adalah
cara YAM Tun Rahah (isteri Almarhum) membawa dirinya (carryherself) sepanjang
masa beliau mendampingi Almarhum Tun. Beliau senantiasa berwajah ‘elegant’
serta murah dengan senyuman dan menerima tetamu dengan penuh kesantunan yang
tulen. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa gundah gulananya perasaan
beliau melihat suami terbaring (berehat) sambil melayani tetamu.
8. Saya pernah juga memerhati secara dekat YAM
Tun Asmah (isteri Tun Mahathir) semasa mereka berada di London dan semasa saya
di arah untuk mengiringi mereka melawat Universiti Oxford; Sussex University di
Brighton (tempat Marina menuntut) dan semasa bertemu penuntut-penuntut Malaysia
di Caudiff. Perwatakan mereka berdua hampir sama. Saya juga perhatikan Ibu
Negara Iriani Jokowi (isteri Presiden Joko Widowo) mempunyai karektor dan perwatakan yang hampir sama. Ada kemungkinan besar
rakyat Indonesia akan memberi penghormatan yang tinggi kepada beliau sama
seperti rakyat Malaysia memberikan penghormatan dan menyanjung YAM Tun Rahah
dan YAM Tun Asmah.
9. Setelah beberapa ketika tinggal di York
House, Almarhum Tun telah meminta beliau dipindahkan ke Tower Hotel yang lebih
berdekatan dengan Hide Park.
10. Pada hari yang bersejarah itu, saya ditakdirkan
bertugas di sebelah pagi. Sebaik sahaja saya sampai ke tingkat 7 (tempat
kediaman Almarhum Tun) saya dikejutkan dengan aktiviti yang luar dari biasa.
Saya telah dimaklumkan oleh Pembantu Khas Almarhum Tun, arwah Dato Ghazali
Khalid bahawa mereka sedang menunggu ambulan untuk membawa Almarhum Tun ke
Hospital.
11. Almarhum Tun dengan memakai gown mandi (bath
towel) telah di usung ke lobi Hotel dengan kerusi roda dan diletakkan di dalam
ambulan.
12. Itulah ketikanya saya dapat melihat tubuh
Almarhum dengan jelas. Bukan sahaja
keadaannya amat lemah tetapi mukanya amat cengkung dan seluruh badannya amat
kurus sekali.
13. Saya tidak sedari air mata saya mengalir
dan rasa sayu serta emosi saya amat tersentuh. Ini adalah kerana saya anak
kelahiran Pekan, Pahang dan rasa terhutang budi kepada Almarhum Tun kerana
memberi kerja tetap kerajaan kepada arwah ayah saya (Hj. Mohd Noor Bin Osman).
14. Saya telah mengiringi ambulan dengan kenderaan
saya. Sebaik sahaja Almarhum dimasukkan ke dalam Unit Rapi Harley Street
Clinic, saya dan Arwah Dato Ghazali terpaksa kembali ke Tower Hotel untuk
mengambil barang-barang ‘personal’ Almarhum Tun. Namun sekembalinya kami ke
Harley Street Clinic, pakar yang merawat Almarhum Tun telah mengistiharkan
pemergian Almarhum Tun.
15. Tidak ramai yang ada di sisi Almarhum ketika
itu. Salah seorang yang membisikkan syahadah ke telinga Almarhum ialah Tn Hj
(arwah) Jamaluddin (Warden Malaysia Hall). Beliaulah yang telah mengambil alih
semua urusan menyempurnakan jenazah.
16. Jenazah Almarhum telah dimandi; di kafan
dan di sembahyangkan di East London Mosque sebelum di bawa ke Kedutaan Malaysia
di Belgrave Square untuk rakyat Malaysia terutama penuntut-penuntut memberikan
penghormatan terakhir.
17. Sungguhpun jangkamasa pengumuman kematian
Almarhum Tun sangat singkat, namun ribuan juga yang sempat datang untuk
memberikan penghormatan terakhir.
18. Kami terpaksa juga menerima kritikan yang
amat hebat terutamanya daripada Pemimpin Persatuan Pelajar serta beberapa orang
pelajar ‘senior’ yang mempersoalkan keperluan merahsiakan kehadiran Almarhum
Tun di London kerana mereka dengan lantang mengatakan bahawa Almarhum Tun adalah Perdana Menteri
mereka juga. Sungguhpun kami bersimpati dengan rasa kecewa mereka tetapi kami perlu
patuh untuk memastikan maklumat ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia di UK.
19. Pada sebelah petangnya jenazah telah dibawa
di Terminal 4 (bahagian kargo) Heathrow Airport. Apa yang saya kesalkan ialah
keranda Almarhum Tun yang hanya di selubungi dengan bendera Malaysia telah di
tinggalkan bersendirian di atas ‘tarmac’ beberapa jam sebelum keranda di
pindahkan ke pesawat Khas. Maklum sahajalah cuaca ketika itu amat sejuk sekali
dan semua pegawai Kedutaan serta individu yang mengiringi jenazah terpaksa
berlindung dan memasuki dalam kawasan menunggu yang lebih selesa.
20. Oleh kerana kematian Almarhum Tun adalah
tidak diduga, maka banyak persiapan dibuat secara ‘ad hoc’. Alangkah baiknya
jika sekiranya kedutaan ketika itu menjemput pelajar-pelajar melayu Islam untuk
sama-sama membantu. Sekurang-kurangnya mereka boleh bertahlil dan bersedekah
Yassin sementara menunggu jenazah di bawa pulang ke Malaysia.
21. Tn Hj Jamaluddin telah mengiringi jenazah
sampai ke Lapangan Terbang Subang di mana pihak berkuasa di Malaysia telah
mengambil alih. Saya mendapat maklum bahawa sepanjang perjalanan ke Malaysia Tn
Hj Jamaluddin telah memimpin bacaan tahlil dan Yassin. Jasanya tidak seharusnya
dilupakan oleh sesiapa. Bayangkan betapa sulitnya jika beliau tidak mampu memimpin
dan menguruskan jenazah Almarhum dari Harley Street Clinic sehinggalah ke Lapangan
Terbang Subang.
22. Semasa bertugas banyaklah episod-episod
yang baik dan yang kurang menyenangkan yang boleh saya kongsikan bersama. Namun
biarlah kita tumpukan sahaja kepada legasi-legasi positif yang di tinggalkan
oleh Almarhum Tun agar rakyat sekarang dan pada masa akan
datang akan mengingati beliau sebagai salah satunya anak watan yang terulung.
23. Almarhum Tun meninggalkan kita di dalam
usia yang realitifnya muda dan saya percaya banyak lagi usahanya untuk memperkasakan
bangsa melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya yang tidak sempat di
laksanakan.
24. Saya percaya orang yang boleh membantu kita
dalam hal ini ialah Dato Amir Yaakub (x Boss saya di Kementah). Beliau pernah
menjadi Setiausaha kepada MAGERAN dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa
Almarhum Tun menjadi Pengerusinya. Perhubungannya dengan Almarhum Tun sangat
rapat sekali. Selaku Setiausaha beliau berurusan dengan Almarhum Tun hampir
setiap hari bagi membincangkan program dan hala tuju Negara.
25. Dato Amir pernah menceritakan kepada saya
perasaan amat terkilannya kerana pelawaan Almarhum Tun secara beria-ia supaya beliau mengikuti rombongannya ke London untuk
rawatan telah tidak di sambut olehnya. Pada pertemuan mereka yang terakhir
Almarhum Tun telah membuka rahsia bahawa beliau bertambah uzur sambil
menunjukkan kepada Dato Amir keadaan badannya yang amat kurus dengan membuka
butang ‘bush jacket’nya.
26. Dato Amir telah bersara dari perkhidmatan
kerajaan dengan penuh rasa kekecewaan. Jasa besarnya harus dikenang dan di
ikhtiraf oleh Kerajaan. ‘That is the least the government can do to reward him for
his dedication and for being a true nationalist’.
27. Saya pernah juga terfikir kenapa banyak
ikon-ikon bangsa melayu meninggalkan kita di usia yang masih muda dan dalam keadaan
penuh ‘misteri’. Mungkin personaliti seperti Maarof Zakaria (Banker); Hanafiah
Raslan (Banker) dan Aminuddin Baki (educationist) belum sempat memberi
sumbangan yang optima serta amat bermakna sebelum meninggalkan kita. Begitu
juga dengan Almarhum Tun. Pemergian beliau amat dirasai sehingga ke hari ini.
Marilah kita bersedekah ‘al-fatihah’ semoga semua mereka ini di cucuri rahmat
oleh Allah swt dan diletakkan mereka bersama-sama orang yang solehah. Amin.
ARMNOOR
21/01/2015
Al-fatihah untuk Almarhum Abdul Razak dan semua ikon-ikon dan pejuang bangsa dan negara yang telah meninggalkan kita.
1 comment:
Bergembira Tepuk Tangan Sama-sama,
Kita Menari goyang bandan goyang Kaki,
Hooray Hooray Hooray Hooray Bergembira,
Nuar Brahim Al Jubori ke Penjara...
Haa haaa Haaa
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor?
Aku Tanyer Macai Aper Khabor....Nuar Di Penjara....
Yaaa Huuuu Malaysia akan Aman Tanya Peliwat Nuar Brahim...
Post a Comment