Sedikit berita mengenai kenyataan Khalid Samad,macam tidak lenyak tidur gamaknya semenjak hari Krismas 2010.
Pertemuan 24 Dis: Pakatan 110 peratus komited, Umno takut
TERKINI @ 06:21:29 PM 06-01-2011Oleh G Manimaran January 06, 2011 (MI)
SHAH ALAM, 6 Jan – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menggambarkan Pakatan Rakyat seratus peratus komited dan tidak kerjasama tergugat walaupun pemimpin PAS mengadakan pertemuan atas jemputan Umno di Istana Terengganu akhir bulan lalu.
Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menuntut penjelasan rasmi PAS meskipun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) memberikan penjelasan kelmarin.
“Saya yakin Pakatan Rakyat seratus peratus komited, apa yang berlaku ialah ketakutan pihak Umno, bukan senang nak mengadakan pertemuan dengan perdana menteri dan timbalan perdana menteri pada masa yang sama,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Baca seterusnya kalau berminat hendak tahu spin Khalid Samad di sini.
Saya rasalah Khalid Samad ini macam lebih sudu dari kuah, Presiden PAS Hj. Hadi dan Tok Guru Nik Aziz tidak komen banyak pun mengenai pertemuan mereka dengan Presiden UMNO DS Najib dan Timbalan Presiden itu. Malahan Timbalan Presiden PAS tidak cakap apa-apa pun.
Bagilah suspen sikit pada juak juak DAP dan PKR yang pandang Parti PAS dengan sebelah mata tu wahai Khalid.
No comments:
Post a Comment