Sunday, 30 January 2011

Chinese Votes: where art thou?

Utusan Malaysia's Awang Selamat posed an interesting question today:

Ke mana undi Cina? — Awang Selamat

January 30, 2011
30 JAN — Selain menanti keputusan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini, Awang teruja untuk melihat sikap pengundi Cina. 
Dalam 13 pilihan raya kecil lalu yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, tidak banyak perubahan kepada pendirian pengundi Cina yang lebih memihak kepada pembangkang. 
Walaupun pemimpin BN menunjukkan kemurahan hati dengan memenuhi banyak permintaan NGO dan masyarakat Cina setempat di sesuatu kawasan pilihan raya kecil, ia tidak diterjemahkan dalam bentuk undi. 
Inilah persoalan menarik. Apakah kali ini ada perubahan sikap kepada pengundi Cina yang kini lebih terikat dengan aspirasi DAP dan PKR? 
Berdasarkan perbincangan Awang dengan ramai penganalisis politik, pemimpin BN dan pengundi Cina, ada dua kesimpulan yang boleh dibuat. 
Pertama masyarakat Cina memerlukan lebih masa untuk menerima BN. Itu pun bergantung kepada perkembangan dan isu-isu yang kaum itu perjuangkan. Ini memerlukan kesabaran dan strategi yang kemas. 
Kedua, BN perlu bersedia menghadapi kemungkinan untuk tidak lagi bersandarkan harapan kepada pengundi Cina termasuk dalam pilihan raya umum akan datang. 
Jika ada peningkatan sokongan, itu dianggap bonus. Faktor perpecahan Melayu dan percaturan pemimpin pembangkang Melayu termasuk Pas yang sanggup tunduk kepada DAP, sedikit sebanyak mempengaruhi sikap pengundi Cina. 
Inilah dilema BN. Namun janganlah putus asa, peluang untuk memenangi hati kaum tersebut belum tertutup sama sekali. Ini kerana sebahagian orang Cina sedar bahawa kaum itu tidak boleh lari daripada politik arus perdana dalam menjamin masa depan mereka. 
Selama ini, masyarakat Cina menjadi dominan dalam ekonomi dan kekayaan negara adalah di bawah naungan BN. Seperti mana kata-kata pemikir dan strategis Cina, Sun Tzu, emosi dan kepentingan masa singkat tidak akan menentukan kejayaan jangka panjang. Lebih-lebih lagi, BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak menunjukkan komitmen tinggi untuk membela nasib semua kaum sebagaimana yang dibuktikan menerusi gagasan 1Malaysia. 
Tetapi seandainya majoriti pengundi Cina masih enggan menyokong BN, usahlah bimbang. Awang percaya akan ada jalan keluar. Jangan lupa BN terutama UMNO belum hilang kekuatan dan pengaruh. 
Kita tunggu keputusan malam ini. Ia boleh menjadi titik tolak penting untuk BN merangka strategi baru termasuk bagi memperkasakan pula golongan yang sememangnya menjadi penyokong setia. 
Hati golongan ini yang perlu lebih dijaga. Jangan sampai mereka pula merajuk dan bertukar haluan, itu lebih parah. 
Maka berlakulah apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran. Jika itu berlaku, semuanya sudah terlambat. — Mingguan Malaysia
Depending on the Tenang by-election results, I think there will be much change in strategies by BN and Pakatan before the next GE13. 
Having said that, I am very impressed by the DAP fervent support of the PAS candidate and PAS's Hj. Hadi's heartfelt plea to the Chinese Community for votes in Tenang. 
Times they are a changing, it used to be PAS telling of UMNO for working with the MCA, politics is certainly the art of the impossible, there are no permanent friends and no permanent enemies.
The number 13 is an unlucky no. for some, 1+3=4 is unlucky number for some as as well.

No comments: