Friday, 16 July 2010

Offer of PAC Chairman Post: BN Aduns tells Selangor Pakatan Government to fly kite

I blogged the other day about the Pakatan Government offer of Chairmanship of the State PAC to a BN Adun ... Beware of Greeks bearing Gifts . I doubt it to be a genuine offer but rather loaded with political intrigue. If Pakatan wants to really get down and serious about a PAC, then they should form a 11 member committee comprising of 2/3rd Opposition and 1/3rd Ruling Party members[Commonwealth Standard] otherwise this is just what it is, a political gimmick.

Anyway apparently the Selangor BN ADUNs are not taking the bait:


Adun BN Selangor tidak berganjak, tolak jawatan pengerusi PAC
Oleh Syed Mu’az Syed Putra July 16, 2010(MI)

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias dari Barisan Nasional (BN) tetap dengan pendirian menolak usul yang membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) atas alasan ia hanya bermotifkan politik.

Shamsudin berkata, keputusannya tidak berubah kerana ia berkaitan dengan prinsip dan maruah sebagai wakil rakyat BN.

“Saya memang tidak terima usul tersebut kerana saya bimbang ia hanya bermotifkan politik. Bahkan Adun BN yang lain dari awal sudah menolak usul tersebut.

“Ini adalah soal prinsip dan maruah saya, jadi saya perlu mempertahankan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider. hari ini.

Semalam Mohd Shamsudin menolak usul tersebut yang dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi membolehkan pelantikan itu dibuat secara rasmi.

Kerajaan negeri Selangor diterajui oleh Pakatan Rakyat.

Kini jawatan pengerusi PAC di Parlimen dan DUN diketuai oleh wakil kelab penyokong kerajaan manakala pembangkang pula berkhidmat sebagai anggotanya.

Shamsudin berkata sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar serius untuk melaksanakan pelantikan tersebut maka mereka perlu buktikannya.

“Kami wakil rakyat BN akan bincang mengenai perkara ini kerana bimbang ia hanya gimik politik,” kata beliau.

Speaker DUN Teng Chang Kim berkata Shamsudin tidak boleh menolak pelantikannya kerana ia merupakan satu usul yang diluluskan oleh dewan.

“Selagi sudah diluluskan dewan, terpulanglah kepada mereka untuk terima atau tidak.

“Tetapi dari sudut dewan, usul sudah lulus melainkan ada usul untuk meminda (keputusan itu) dibentangkan,” kata Teng ketika ditanya sama ada BN boleh menolak pelantikan itu.

Semalam, Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan usul pelantikan Mohd Shamsuddin sebagai Pengerusi PAC negeri dibuat berdasarkan kepentingan politik.

Beliau berkata, meskipun usul itu diluluskan oleh DUN Selangor pelantikan itu dilihat tidak memberi sebarang makna kepada usaha kerajaan negeri yang ingin mewujudkan kebebasan dalam jawatankuasa itu sebab hanya dianggotai seorang lagi Adun BN dari Semenyih, Johan Abdul Aziz manakala lima lain adalah daripada Pakatan Rakyat.


Good on you YBs from BN Selangor.

No comments: