Sunday, 11 July 2010

A noteworty Post by Aspan Alias: Timely advise to Ibrahim Ali and KJ

A note worthy post by blogger Aspan Alias today, an advise to Ibrahim Ali of Perkasa and KJ of Pemuda UMNO and a little bit of friendly reminder to PM Najib and TPM Muhyidin too:

Khairy; Ibarat apam tebal: masak diluar, mentah didalam

Pertikaman lidah diantara Khairy Jamaludin dengan Presiden Perkasa nampaknya belum lagi selesai. Terbaru Ibrahim melenting kerana tindakkan Khairy membidas Wee Choo Keong, AP Wangsa Maju dan menyifatkan Wee Choo Keong sebagai Ibrahim Ali versi China.

Dengan kata-kata itu jelas menunjukkan Khairy memandang rendah kepada Ibrahim dengan menjadikan Ibrahim bahan bidalan olehnya semasa berkelahi dengan sesiapa yang dia (Khairy) tidak suka.

Elok kita ramai-ramai menasihati Khairy supaya jangan berkata-kata tanpa adat, budaya dan adab sebagai Ahli Parlimen dan memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Pusat, apatah lagi seorang yang katanya datang dari NS, negeri dalam mana Melayunya masih berpegang teguh kepada penghidupan beradat.

DiNS, masalah pemimpin yang kekurangan adatlah yang merupakan sebab rapuhnya segala sistem kehidupan termasuk sistem politiknya.

Khairy merupakan Ahli Parlimen Rembau daerah yang dilingkungi adat yang menjadi pakaian hidup bagi semua anak buah didalam luak itu sejak turun temurun.

Khairy hendak menjadi ketua yang garang dan digeruni, tetapi tidak kena dengan caranya. Pemuda UMNO tidak ada perubahan dari pemuda yang dipimpin oleh Hishamuddin, malahan pemuda begitu tersasar dari perjuangan yang sepatutnya diterajui oleh Khairy.

Kehadziran pemuda tidak ada membawa apa-apa kesan kepada perjuangan UMNO khususnya untuk orang Melayu. Khairy tidak mampu memberitahu Najib yang UMNO kepimpinannya lebih memberi faedah kepada orang bukan Melayu.

Khairy tidak nampak perbezaan diantara Muhyiddin yang sekarang bercakap diatas galeri Melayu. Khairy patut menyedarkan kedua-dua pimpinan Najib dan Muhyiddin yang berbeza itu patut dicarikan ‘point of reconciliation’nya.

Katakan kepada mereka berdua (Najib dan Muhyidin) yang tarian diantara mereka berdua tidak sumbang, mesti seirama dan selagu; bukannya seorang dengan liberilisasinya dan yang seorang lagi dengan perjuangan kebangsaannya.

Rakyat sedang memerhatikan dengan teliti apa yang dilakukan oleh Najib dan apa pula yang dilakukan oleh Muhyiddin.

Jadi Khairy banyak lagi tugas yang beliau tidak lakukan dan sempurnakan; tidak usah menghentam Ibrahim Ali sahaja.

Khairy mesti menerima kenyataan yang hakiki; seburuk-buruk Ibrahim Ali kepada Khairy, Ibrahim lebih praktikal kegiatannya dan bukan macam Khairy yang hanya pandai berretorik semata-mata.

Melalui PERKASA yang diwujudkannya sudah lahir banyak resolusi-resolusi sebagai input kepada pengisian NEM misalnya, melalui Kongress Ekonomi Bumiputra anjuran pertubuhan yang diketuainya.

Khairy setakat ini buat apa selain dari berdemonstrasi dihadapan kedutaan AS? Kepimpinan Khairy tidak ada bezanya dengan kepimpinan Hishamuddin dalam pemuda.

PERKASA walaupun masih baru, tetapi ada sesuatu yang ‘organic’ dilakukannya. Dalam isu ini Ibrahim pun ada kesilapannya. Ibrahim sepatutnya tidak menjawab cabaran Ketua Pemuda ini kerana Khairy ini bercakap macam kanak-kanak yang masih ‘kencing bercabang’.

Memberikan reaksi kepada Khairy adalah tindakkan yang kurang bijak. Khairy bukannya pemimpin. Khairy bukannya pelapis kepada kepimpinan; Khairy hanya ‘pelapik’ kepada mereka.

Khairy menjadi Ketua Pemuda hanya kerana dia menantu PM yang dulu. Saya tidak ada peluang menjadi menantu PM; mungkin kalau saya menantu Pak Lah saya atau sesiapa pun boleh jadi Ketua Pemuda.

Lagi pun saya memang tidak layak jadi menantu Pak kalau pun ada peluang; takkanlah bapa mertua dan menantu hanya 13 tahun perbezaan umurnya (melawak sahaja).

Kalau Ibrahim Ali yang menjadi menantu Pak Lah dulu saya yakin Ibrahim Ali tidak akan dipecat dari UMNO malah Pak Lah akan memanggil ramai ketua pemuda bahagian untuk menjadikan Ibrahim sebagai Ketua Pemuda Malaysia atau jawatan yang tinggi-tinggi dalam parti. PERKASA pun tidak mungkin wujud.

Ibrahim jangan memberikan reaksi terhadap sindiran Khairy itu. Berikanlah reaksi kepada isu-isu yang lebih bermakna. Tinggalkan sahaja isu Khairy kerana dia hanyalah seorang ‘political parasite’ yang banyak merosakkan partinya.

Percayalah, apa-apa yang cepat naik akan cepat turun. Ingat tu Khairy. Kalau nak buat kueh apam yang tebal apinya biarlah kecil supaya apam itu sempurna: masak sampai kedalam.

Jika kita hendak apam itu masak dengan cepat, apinya kenalah besar. Tetapi jika apinya terlalu besar apam itu nanti akan hanya masak diluar, tetapi dalamnya masih mentah dan cair dan apam itu pun cepat basi.

Kalau nak melakukan sesuatu biarlah 'slow-slow' tetapi tahan lama.

Begitulah kaedahnya, jika kita hendak memperbandingkan Khairy sebagai seorang pemimpin politik; dalam dirinya terlalu dangkal semangat perjuangannya.

Itulah sebabnya saya suka apam yang kecil, macam apam mangkok yang selalu dijual digerai-gerai kueh itu. Apam mangkuk ini masak diluar dan didalam dan kita senang tahu bila dia sudah masak dengan secukupnya. Kalau dah nampak belahan keatas apam itu maka apam itu pastinya sudah masak dan baru boleh dimakan.

Tetapi Khairy ini ibarat apam tebal, masak diluar, mentah didalam. Tidak boleh nak dimakan sendiri, apatah lagi untuk menjadi hidangan bagi tamu yang ramai.

read the rest in Aspan Alias's blog
here.

No comments: