Saturday, 20 November 2010

Must Read: Pertimbangan Talent Corporation by Dato' Salleh Majid

In a post in July 2010..Khazanah oh Khazanah and Talent Corp 70,000, among others I wrote:


"Now I hear one of the Khazanah Director/EPU Minister says that Talent Corp will be wooing 70,000 overseas Malaysians back with less bureaucracy and more perks? I wonder where these high paying people would be placed? The GLC's? and they get to have more pay doing the same job that the loyal Malaysians have been doing with lesser pay...that is a recipe for major industrial relations disasterlah. Why not selectively woo Malaysian or non Malaysian researchers and PH.D lecturers experts intheir field from overseas and recruit them to teach at the IPTAs. The rakyat will get better value for money.


One good lecturer makes 10 good post graduates students. One oversea young Malaysians recruited from overseas to the GLCs will make say 5 experienced and industrious local Malaysian Managers unhappy resulting in low morale and low production and very pissed off voters .


If you recruit 70,000 overseas Malaysian young guns they probably make 70,000 x 5 = 350,000 pissed of voters. That is not good for the ruling BN Government.


I do hope the Government realise what it is doing."


I suppose the powers that be have other things in mind when they thought of the Talent Corporation idea, anyway since then many prominent businessman and intelectuals had expressed their opinions about the not so good aspect of this Talent Corporation idea.


Today Datuk Salleh Majid, former President of Bursa Saham Malaysia wrote this excellent article which appeared in Utusan Malaysia and MI, the people in Government should sit up and read this:


Pertimbangan Talent Corporation


Oleh Saranan Salleh


PENUBUHAN Perbadanan Bakat (Talent Corporation) yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sememangnya sesuatu yang ditunggu pelaksanaannya.


Setakat ini tidak banyak yang diketahui tentang bentuk dan kerangka perbadanan ini selain bertujuan untuk memujuk rakyat Malaysia yang berkemahiran yang berhijrah keluar negara sama ada bekerja atau pun berniaga di luar negara.


Angka yang kita difahamkan ialah dalam lingkungan 300,000 orang rakyat Malaysia sedang bekerja di luar negara. Kita memerlukan dalam lingkungan 3.3 juta tenaga kerja untuk mencapai hasrat melaksanakan 131 projek titik kemasukan yang telah dihuraikan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Nasional (NKEA) dalam Program Transformasi Ekonomi yang telah pun dilancarkan.


Ada beberapa perkara yang wajar diambil kira oleh pihak kerajaan dalam pembentukan Talent Corporation ini.

Utamanya ialah apakah kita sudah mempunyai suatu pangkalan maklumat tentang pakar dan tenaga mahir kita di dalam negara yang mungkin mempunyai kemahiran dan pengalaman setanding dengan mereka yang telah berhijrah keluar negara.


Misalnya, kita mempunyai ramai ahli profesional dan akademik yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, malahan mencipta pelbagai inovasi yang menerima pengiktirafan daripada badan-badan luar negara.


Kedua, kerap kali pencapaian ahli akademik, profesional atau ahli sains kita ini jarang diberikan pengiktirafan oleh orang kita sama ada pihak awam mahu pun swasta. Oleh itu tidak hairanlah kalau orang kita bertembung dengan sesuatu di luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan luar negara dan dijadikan seperti sesuatu lambang kemegahan negara tersebut. Bila ditanya siapa penciptanya. Jawapannya ialah orang Malaysia.


Walaupun andaian utama rakyat kita berhijrah keluar negara adalah kerana bayaran gaji atau peluang-peluang yang lebih lumayan, banyak lagi faktor lain yang membuatkan mereka ini sanggup meninggalkan tanah tumpah darah mereka dan mencuba nasib di tempat orang.


Faktor pendidikan untuk anak-anak sentiasa dikatakan sebagai alasan utama mereka yang membuat keputusan berhijrah keluar negara. Mereka melihat kurang tumpuan diberikan kepada pendidikan dalam bahasa Inggeris salah satu perkara yang dilihat meletakkan sistem pendidikan kita ketinggalan.


Tidak banyak yang dapat mereka lakukan selain daripada melahirkan protes mereka dengan membawa keluarga mereka berhijrah keluar negara.


Apa juga alasan utama kita dalam mengekalkan sistem pendidikan kita yang ada sekarang, tetapi kepada sesetengah mereka yang berhijrah, masa depan pendidikan anak-anak mereka adalah penting.


Kemudian kita bercakap pula tentang persekitaran dan budaya kerja yang terdapat dalam dalam pekerjaan sama ada di sektor awam atau di sektor swasta. Diskriminasi terhadap sesuatu golongan bangsa masih kekal. Kadang-kadang kita lihat dengan jelas hanya di jawatan teratas sahaja diketuai oleh sesuatu golongan tetapi di peringkat pengurusan dan pertengahan dikuasai oleh sesuatu golongan lain.


Oleh itu peluang untuk naik pangkat dan bonus selalunya terhad. Kadang kala syarat-syarat yang bertujuan untuk menafikan sesuatu golongan daripada memohon sesuatu pekerjaan seperti kefasihan bertutur dalam sesuatu bahasa ibunda orang lain terdapat dalam sektor swasta.


Tidah hairan jugalah kalau ada sesetengah syarikat termasuk syarikat antarabangsa yang gemar menawarkan skim pemisahan sukarela bagi anggota kerja yang telah berkhidmat beberapa tahun untuk berhenti supaya dapat diganti dengan orang baru yang gaji mereka lebih rendah. Alasan yang kerap diberi ialah keadaan ekonomi yang meleset.


Untuk memujuk mereka yang telah berhijrah keluar negara ini tentulah ada sesuatu pakej yang menarik bakal ditawarkan kepada mereka. Kita mengharapkan apa jua pakej yang bakal ditawarkan mengambil kira tahap kemahiran, kelayakan dan pengalaman ahli-ahli profesional, akademik dan mereka yang berkemahiran dalam negara kita supaya kita tidak menghadapi keadaan yang sama yang dihadapi oleh Taipeh dulu semasa tujuan mereka mengajak rakyat mereka yang berkemahiran untuk balik.


Suatu protes besar-besaran oleh mereka yang berkemahiran dari dalam negeri disebabkan terdapat suatu ruang perbezaan pakej yang luas antara mereka dari luar dan mereka dari dalam negeri yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sama.


Mungkin pihak yang bertanggung jawab atas kejayaan Talent Corporation ini sudah memikirkan perkara-perkara yang sebegini, termasuklah siapa yang hendak dipujuk balik.


Faktor pemilihan utama tentulah tahap kemahiran. Misalnya dalam skala 1 sehingga 10 sesuatu angka secara objektif boleh diberikan ke atas tahap kemahiran orang yang ingin dipujuk balik itu. Tentulah dalam segala-galanya, ketelusan pemilihan menjadi kehendak utama.


Kita pun tidak mahu dalam keinginan untuk memujuk balik rakyat, kita lupa mereka yang telah pun melupuskan kerakyatan mereka. Apatah lagi hanya mereka daripada sesuatu golongan sahaja yang menjadi pilihan untuk dipujuk balik.


Disebabkan usaha ini begitu penting kepada masa depan negara, mungkin boleh difikirkan suatu soal-selidik diajukan kepada mereka yang telah dikenal pasti rakyat Malaysia yang berkemahiran tentang apakah yang menjadi faktor-faktor penting kepada mereka untuk kembali balik ke negara ini.


Jawapan-jawapan mereka ini perlu diteliti dan dilihat dari sudut apakah dapat dipenuhi oleh kerajaan atau tidak. Dalam merealisasikan hasrat ini gabungan awam dan swasta diperlukan dalam menggubal sesuatu pakej.


Apakah definisi bakat yang bakal digunakan? Tentulah apa jua bakat yang kita maksudkan mestilah padan dengan keperluan negara.


Terlalu banyak insiden yang mana kita difahamkan yang sesuatu bidang kemahiran itu diperlukan dengan jumlah yang begitu besar seperti IT, tetapi graduan kita yang berkelulusan IT tidak dapat memenuhi keperluan tersebut kerana apa yang mereka pelajari tidak selaras dengan keperluan industri. Begitu juga pakar-pakar yang bakal mengadili bakat yang diperlukan diharap tidak berat sebelah dalam pengadilan mereka.


read the rest of the article here which includes warning on the hot money coming into the present Bursa Saham.


Anyway while the Cabinet and Parliament is debating on Patriotism, shouldn't we be assesssing also the patriotism of an individual who works in Malaysia and one who have uprooted and left Malaysia for good to seek a better life for himself elsewhere in this world first before we decide to recruit these so called "Malaysian" Talent from overseas?

No comments: