Thursday, 10 March 2011

Sodomy 2: DNA from lock up excluded by Judge, Blessing in Disguise?

Being a ignoramus about how the Law works, I was shocked by the Judge's decision to exclude the DNA evidence obtained from Anwar's lockup. However YB Zul who is a qualified lawyer thinks its a blessing in disguise and this is what he has to say:

Excerpt from YB Zul's blog post:


"Oleh itu, isu penolakan eksibit sumber DNA perbandingan tersebut iaitu tuala, sikat & botol air mineral tersebut bukan bermakna pertuduhan tidak betul. Tidak sepatutnya mana-mana pihak mendakwa pertuduhan itu tidak benar, apatah lagi mempolitikkannya dan memutarbelitkan penolakan itu. Cuma sumbernya sahaja yang dipertikaikan, dan didalam kes ini ditolak oleh YA Hakim kerana sebab teknikal, ianya diperolehi tanpa izin dan tidak sah.


Malahan jika dilihat dari sudut yang positif, penolakan ini merupakan satu "blessing in disguise", ada hikmahnya tersendiri. Ini kerana samada Anwar mahupun Pendakwaraya mempunyai satu peluang yang luas untuk membuktikan kesahihan DNA airmani yang ditemui didalam dubur Saiful tersebut. Iaitu dengan mana-mana pihak, samada Anwar mahupun Pendakwaraya boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk memerintahkan supaya satu sampel DNA asal dan baru dikemukakan kepada pihak pakar Forensik melalui Mahkamah. Dan dalam kes ini, Anwar mempunyai dua pilihan, dan kedua-dua pilihan itu akan menentukan nasib dan kredibiliti beliau!

Pilihan pertama, Anwar boleh menolak untuk memberikan sampel DNA itu secara sukarela. Jika ini berlaku, rakyat akan mempertikaikan kredibiliti Anwar. Berani kerana benar, begitu bunyi "hadis Melayu". Jika Anwar menolak memberikan sampel DNA perbandingan, rumusannya sebagaimana yang terkandung didalam Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, "ada sesuatu yang mahu disembunyikan, yang jika ianya dikemukakan akan tidak memihak kepada orang yang menyembunyikannya". Teman berharap Anwar tidak mengambil pendekatan menolak untuk bersumpah la'nat menafikan pertuduhan liwat tersebut, sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Ini kerana kegagalan Anwar bersumpah, dalam keadaan Saiful telah pun bersumpah, memberikan persepsi Anwar takut kebenaran dibongkar ALLAH!

Sebaliknya, bagi pilhan kedua, Anwar boleh memilih untuk memberikan sampel DNA perbandingan tersebut, dan lebih afdhal diberikan secara sukarela. Ini kerana jika beliau benar, tidak sepatutnya beliau gentar memberikan DNA tersebut. Ini kerana jika sampel DNA yang beliau berikan itu (darah contohnya) tidak sama dengan DNA air mani yang diperolehi daripada dubur Saiful, maka dakwaan beliau dianiaya dan dizalimi kemungkinannya benar (tertakluk kepada keterangan dan bukti lain yang ada).

Berdasarkan itu, teman berpendapat Anwar tidak sepatutnya menunggu Pendakwaraya membuat permohonan kepada Mahkamah untuk sampel DNA perbandingan tersebut. Anwar sepatutnya secara sukarela memberikan sampel DNA perbandingan itu jika beliau yakin beliau benar. Jika beliau berbuat sedemikian, dan terbukti dakwaannya benar, teman cukup pasti kebenaran akan memihak kepada Anwar. Jika Anwar pilih untuk menolak, sebagaimana beliau memilih untuk menolak untuk bersumpah, maka kredibiliti beliau akan menjadi kosong! Ditambah dengan pembohongan 16 Sept yang sudah terbongkar, pengambilan Karpal PooSingh yang pernah mendakwa beliau terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat sebagai peguamnya sekarang, semua ini akan sekadar membuktikan pembohongan dan putarbelit Anwar.

Rumusannya, penolakan eksibit tuala, sikat & berus gigi sebagai bahan sumber sampel DNA perbandingan oleh Mahkamah hari ini sebenarnya adalah satu "blessing in disguise - satu hikmah", dan bukannya kemenangan kepada mana-mana pihak, sebaliknya ianya adalah kemenangan kepada yang haq & kebenaran. Oleh itu atas nama haq & kebenaran, teman cabar Anwar supaya memberikan sampel DNA beliau secara sukarela kepada Mahkamah untuk perbandingan dengan DNA air mani yang ditemui didalam dubur Saiful. Dan yakinlah kebenaran tetap kebenaran, yang haq tetap haq. Berserahlah kepada ALLAH Tuhan yang Empunya Haq & Kebenaran! Kecuali jika kita tidak percaya kepada ALLAH Yang Maha Esa!"



Read YB Zul article in full here.


I feel better now after reading YB Zul's post. I think the exclusion of the DNA evidence from Anwar's lockup is indeed a blessing in disguise for all Malaysians.

No comments: