Tuesday, 15 March 2011

The Kitab Injil is finally let free

"Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia di Kuching dan Pelabuhan Klang. Ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”

Hallelujah praise be to God Al-Mighty, cool heads prevailed above the rhethorics of politicians from the Pakatan camp and also some some within the BN itself,  the news from Bernama via Sarawak Update:




Kerajaan Bersetuju Lepaskan Kitab Injil , Idris Jala

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) — Berikut adalah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), berhubung isu kitab Injil:
Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia di Kuching dan Pelabuhan Klang. Ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag “Untuk penganut agama Kristian sahaja”.
Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.
Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut.
Kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, Kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.
Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan. Dato’ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang merupakan penganut agama Kristian yang berasal dari Sarawak, telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan.
Menurut beliau, “Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini. Bagi penganut agama Kristian, Kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang.
Dari perspektif penganut agama Islam pula, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksanaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia.”
— BERNAMA
Hallelujah again, only I was told the bible was imported from Indonesia and is printed in Bahasa Indonesia. But what the heck I can't read it to find out anyway  as the Bibles has been tagged "For Christians Only" and is distributed under control and supervision for our Christians brethrens in Sabah and Sarawak only. 
If my Christian Brothers and Sisters in Sabah and Sarawak are happy to finally get their Al-Kitab then I am doubly happy for them.
As it is I have got my Holy Koran to read and understand so it would not be a problem for me if I cannot read the Al-Kitab as decreed by the Government.

No comments: