Sunday 20 February 2011

Undi PAS sama macam beri undi kepada DAP

PAS reeling from the by-election defeats to UMNO/BN and detecting a significant swing of Malay votes towards UMNO/BN no thanks to their "unholy" alliance with the chauvinist DAP had come up with a 12 point slogan namely 12 Jaminan PAS untuk Malaysia Baru meant to entice the Malays who voted for them in 2008 back to their fold. 


Its Malaysia Baru now folks, wonder what happened to their pact with dominant DAP and weakling PKR known as Pakatan Rakyat? I think the "12 Jaminan" is just a ploy, have they even got approval from DAP Supremo Lim Kit Siang to announce the guarantees  since PAS as poor subordinate of the Pakatan needs DAP's permission to tie their shoes so to speak nowadays. Hilang sudah Negara Islam dan hilang sudah Hudud its all about "membangun bersama" DAP now, let not PAS leaders forget that, Nik Aziz will not be happy.


Here's a good post by Azli Shukri:



Menyanggah Haji Hadi Awang : Bulan Bukan Satu!




Saya sangat bersetuju dengan Presiden PAS berhubung kenyataan beliau yang berbunyi, “Kalau orang Melayu nak selamat, mesti tegakkan Islam baru selamat. Kalau tegakkan Melayu memang tak selamat,” (baca di sini) beliau berkata demikian pada Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan PAS hari ini. Izinkan saya secara jujur menjawab kenyataan Haji Hadi di atas dengan penuh amanah - Haji Hadi seharusnya terlebih dahulu bertanya kepada dirinya sendiri - apakah PAS dan Islam selamat dalam perjuangan Pakatan Rakyat? 


Apakah nama Allah selamat dalam jagaan PAS? Sekiranya PAS sendirinya tidak mampu mengetuai Pakatan Rakyat, maka mana mungkin Haji Hadi mendakwa kononnya perjuangan ala-PAS mampu menyelamatkan orang Melayu dan Islam di negara ini? Kalau hukum Hudud dan negara Islam yang sudah berabad lamanya diperjuangkan oleh PAS sanggup digugurkan oleh parti tersebut, semata-mata takutkan DAP - maka, mana mungkin Islam dan orang Melayu di negara ini mampu dipelihara dengan baik oleh PAS dan para pemimpinnya?

Saya secara jujur tidak dapat melihat satu pun gagasan perjuangan PAS yang mampu membela orang Melayu dan Islam di negara ini! PAS perlu membuktikan terlebih dahulu - tanpa dibantu dan kononnya sering ditindas oleh kerajaan pusat - Kelantan tetap maju ke hadapan baik dari aspek ekonomi, mahu pun moraliti rakyatnya! Tetapi, ternyata PAS gagal membuktikan Islam itu indah di Kelantan - tandas awam yang kotor (diakui sendiri Nik Aziz), kes perceraian dan keruntuhan moral remaja yang tinggi, ekonomi negeri yang lemah, penyelewengan dan rasuah balak yang tidak pernah selesai dan penghisap dadah tertinggi di Malaysia - menjadikan Kelantan bukanlah sebuah negeri Islam contoh yang sering dicanang baik oleh para pemimpin parti tersebut! Islam memang sudah sempurnah dan baik - tetapi Parti Islam Se-Malaysia atau PAS memang tidak sempurna dan baik.

PAS tidak boleh mewakili keindahan Islam - kerana masih terdapat para pemimpinnya yang terlibat dengan rasuah, skandal seks, memaki-hamun sesama saudara seIslam dan bersekongkol dengan musuh Islam bagi menjatuhkan orang Islam sendiri! Sekiranya Haji Hadi bermaksud Islam boleh menyelamatkan manusia - itu betul, tetapi sekiranya Islam yang dimaksudkan oleh Haji Hadi di atas ialah perjuangan PAS - itu bohong dan sejelek-jelek perkataan. Sebabnya mudah - Islam bukan lagi agenda perjuangan PAS - tiada lagi perjuangan hukum Hudud, tiada lagi negara Islam dan tiada lagi pencegahan amar makruf nahi mungkar - setelah PAS bersahabat baik dengan DAP, ini jelas lagi muktamad! Jangan lagi kiranya kita diperbodohkan dengan slogan Membangun Bersama Islam - sebaliknya yang betul bagi PAS ialah Membangun Bersama DAP.

Bahkan, slogan "PAS for All" juga dikira salah, kerana ternyata yang ingin dinobatkan oleh PAS ialah parti dan bukan Islam itu sendiri - sepatutnya slogan yang tepat ialah "Islam for All". Justeru itu, saya menyanggah kenyataan Haji Hadi di atas dengan satu kesimpulan, "Perkataan yang hak (benar), tetapi makna yang diselewengkan"! Wallahualam.



Saya tidak tahulah pasal PAS for All atau PAS for apa lagi. Yang saya tahu  Islam bukan PAS. Lihat apa jadi pada PAS di Pulau Pinang,dan Selangor dan sekejap masa diPerak, bila mana  mereka hanya ada berapa kerat Adun didalam Kerajaan Negeri Pakatan, sesungguhnya mereka tidak dihiraukan oleh DAP yang membuat polisi sesuka hati mereka. PAS hanya mengganguk dan kata semua OK diatas dasar muafakat kononnya. 


UNDI PAS SAMA MACAM MEMBERI UNDI KEPADA CHAUVINIS DAP.


No comments: