In Malaysia, freedom of religion is enshrined in our Perlembagaan, extract from the Constitution of Malaysia:
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal(4),mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Is it necessary to have state exco portfolio for Non-Muslims when freedom of religion is enshrined in our Perlembagaan. The climate for religious freedom in Malaysia is good, the non-muslims have the Hindu Sangam, Buddhist Missionary Society, Council of Churches, MALAYSIAN CONSULTATIVE COUNCIL ON BUDDHISM, CHRISTIANITY, HINDUISM AND SIKHISM and many more.
Is there a need for an Exco post like what have been created by DAP Pulau Pinang CM Lim Guan Eng apparently as inspired by BN Perak MB Zambry, at this juncture I think it is not necessary. There are enough Laws and enforcement to ensure the Welfare and Freedom of Religion in Malaysia as long as it is within the ambit of our Perlembagaan. Our formula is successful, we have had no religious riots the likes of the one that was encountered in Ambon, Indonesia(1999), Jos,Nigeria (2010) and in Gujerat,India(2009) and the BN Government will make sure it stays that way.
We have a saying let us "sangka baik" i.e not doubt the good intention of the two state Ministers. If the creation of the exco post for Non Muslim affairs is to look after the welfare of the various religions then it is very well and good, however if the reason is political towards another hidden political agenda then it is not fine, we should not politicise ANY religion to score political points. So we will be watching what goes on in Pulau Pinang and Perak from time to time.
Perhaps many more will be watching Lim Guan Eng as his media statement on the formation of new exco for non-Muslim affairs touched a wee bit more on race rather than religious welfare, in the ending paragraphs. Hmm...how strange. Read Guan Eng press statement here.
The following is what Professor Buang Salleh wrote through Utusan Malaysia, expressing his concern of the DAP action in Pulau Pinang:
Oleh PROF. SALLEH BUANG
Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng mengumumkan penubuhan satu portfolio exco baru bagi hal ehwal agama bukan Islam baru-baru ini. Matlamat usaha terbaru kerajaan negeri itu, mengikut penjelasan Guan Eng kepada media adalah untuk mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan agama Buddha, Kristian, Sikh, Tao dan Hindu.
Ini pertama kali portfolio seumpama itu diwujudkan di mana-mana negeri di negara ini. Portfolio ini akan dipengerusikan oleh beliau sendiri, sementara Dr. P. Ramasamy dilantik menjadi timbalannya.
Mengikut Guan Eng, portfolio itu tidak sama dengan sebuah jawatankuasa kerajaan pusat yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedikit masa lalu bagi meningkatkan keharmonian dan kefahaman antara agama.
Guan Eng mendakwa apa yang diusahakan oleh kerajaannya itu 'mencerminkan keprihatinan tulen kerajaan negeri terhadap semua perkara berkaitan agama'.
Bagi mencari kepastian sama ada usaha terbaru Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu bercanggah atau tidak dengan undang-undang semasa, terutama sekali Perlembagaan Persekutuan, saya menelefon seorang peguam kanan di Petaling Jaya yang pakar dalam hal ini. Menurut beliau tidak ada halangan bagi mana-mana ketua kerajaan negeri (termasuk Pulau Pinang) menubuhkan portfolio exco hal ehwal bukan agama Islam, asalkan ia tidak cuba menyentuh secara langsung atau tidak langsung hal ehwal dan kebajikan orang Islam di negeri itu.
Peguam itu seterusnya menegaskan lagi bahawa Perkara 11 Fasal (3) memang menjamin hak setiap kumpulan agama menguruskan hal ehwal berkaitan agamanya sendiri. Sebagai seorang ketua kerajaan beragama bukan Islam, Guan Eng mempunyai hak untuk menguruskan hal ehwal dan kebajikan orang lain yang seagama dengannya.
Dari aspek ini, apa yang dilakukan oleh Guan Eng tidak boleh dipersoalkan, jelas peguam itu lagi.
Dalam pada itu, keinginan untuk mengetahui rasa hati orang Melayu Pulau Pinang sendiri terhadap penubuhan portfolio exco baru itu telah mendorong penulis untuk menghubungi seorang usahawan terkenal bergelar Datuk yang berasal dari negeri itu.
Meluahkan rasa hairannya, usahawan warga emas ini menyatakan selama lebih lima dekad Pulau Pinang diterajui oleh beberapa Ketua Menteri bukan beragama Islam silih berganti sejak merdeka, tidak pernah timbul kebajikan orang beragama bukan Islam di negeri itu diabaikan atau hak kebebasan beragama mereka disekat atau digugat oleh mana-mana pihak, termasuk oleh kerajaan negeri sendiri.
Usahawan itu merasakan bahawa apa yang hendak dicapai oleh Guan Eng serta barisan ahli exconya daripada usaha terbarunya itu hanyalah satu publisiti murahan dan keuntungan politik (political mileage) semata-mata. Ia tidak lebih daripada itu.
Setelah membaca semua laporan media mengenai hal ini yang terdapat di ruang siber, terutama sekali setiap baris dan ayat yang diucapkan oleh Guan Eng mengenainya, penulis dapat merasakan semacam ada sindiran dalam kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu bahawa apa yang diusahakan oleh Kerajaan Pusat sebelum ini tidak sehebat mana jika mahu dibandingkan dengan apa yang baru diwujudkan di Pulau Pinang ini.
Sementara Perdana Menteri Malaysia sebelum ini hanya sekadar menubuhkan 'satu mekanisme' untuk berdialog dan interaksi antara pemimpin semua agama di bawah satu payung di peringkat pusat, impak usaha Kerajaan Pulau Pinang itu lebih besar lagi.
Dengan lain perkataan, sekiranya usaha terbaru Kerajaan Pusat itu diumpamakan sebagai mengambil satu langkah sederhana ke depan, tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Guan Eng boleh diumpamakan sebagai mengambil dua tiga langkah besar ke hadapan.
Justeru, tidak hairanlah kita kenapa Guan Eng berani bermadah dengan bangganya bahawa apa yang diusahakan olehnya adalah sebenarnya satu 'kerjasama bukan konfrontasi, saling menghormati bukan toleransi, dan kefahaman bukan kejahilan'.
Untuk seluruh pembaca akhbar ini, saya tinggalkan senario berikut untuk renungan bersama.
Katalah ditakdirkan pada satu hari nanti, Guan Eng dan kaum kerabatnya (termasuklah rakan seperjuangannya dari kelompok parti yang menggunakan label Islam sebagai identitinya) berjaya mengambil alih kuasa pusat dan merampas Putrajaya.
* Apakah uji kaji yang sekarang ini dilakukan di Pulau Pinang akan diulang di peringkat pusat?
* Apakah satu jabatan seumpama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tetapi khusus untuk menjaga kepentingan hal ehwal orang bukan Islam akan diwujudkan?
* Apakah akan ada satu Pusat Bukan Islam yang sama tarafnya dengan Pusat Islam?
* Apakah akan ada satu entiti lain yang selari (parallel) dengan Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), khas untuk menimbulkan kefahaman rakyat terhadap agama bukan Islam?
* Andainya senario sebegitu boleh wujud, apakah akan jadi akhirnya kepada kedudukan Islam di negara ini? Apa akan jadi kepada Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan?
SALLEH BUANG ialah Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
Let me end this post with an extract from Prof. Dr. Chandra Muzaffar's, "Kua Kia Soong Ugly attempt at misrepresentation", as food for thought:
"The truth is that Kua and his ilk have always sought to repudiate this fundamental historical fact. They just cannot accept the fact that this nation has a Malay root. It is a root that is explicitly acknowledged in the Constitution through the position of the Malay Rulers, the role of the Malay language and the status of Islam. For people like Kua this is “Malay dominance” while Malaysians who have a better grasp of Malaysian realities will see this as an essential dimension of the equilibrium that sustains this nation. It is an equilibrium which at its best expresses itself through a profound appreciation of the Malay position, on the one hand, and a genuine accommodation of non-Malay interests, on the other, embodied in the incorporation of their languages and religions into the nation’s social fabric. Because Kua views the ethnic situation in our country from a skewed perspective, he has very little empathy for the Malay position."
Read Prof. Dr. Chandra full article here.