Friday, 13 August 2010

Between Chua Soi Lek and Chua Jui Meng, better trust Soi Lek

This is Pakatan's rag version of the controversy surrounding the PKR banner using the photo of DYMM Sultan Johor without His Majesty's consent:

Chua dakwa Bekas MB Johor dalang kain rentang
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng mendakwa kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor didalangi oleh seorang bekas Menteri Besar Umno BN negeri itu.

Tindakan tersebut diyakini sebagai usaha provokatif bagi mencetuskan kemurkaan sultan dengan dakwaan bahawa beliau adalah calon PKR sebagai menteri besar Johor.

Menurut maklumat yang diterimanya, beliau mendakwa kain rentang itu dicetak di sebuah premis di bandaraya Johor Bahru.

Beliau yakin tindakan tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat dan percubaan untuk dan melaga-lagakan PKR dengan pihak istana.

"Mereka berniat membuat sultan dan orang Melayu marah dengan PKR, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diri saya," katanya mengulas kain rentang yang juga dipasang pihak yang tidak bertanggungjawab di sepanjang laluan 'Kembara Mahkota Johor' sebelum ini.

Kain rentang tersebut bertulis "Kami Menyokong Penuh Datuk Seri Chua Jui Meng sebagai Pengerusi PKR Johor, dan Calon MB Johor" meletakkan gambar Sultan Johor, Anwar dan Jui Meng sendiri.

"Nama bekas Menteri Besar itu ada disebut di dalam maklumat yang saya terima. Nampaknya dia cuba untuk menjadi jaguh dan cuba untuk memulihkan imejnya yang satu ketika dulu tercemar kerana terlibat dalam krisis dengan Raja-raja Melayu sehingga imuniti Raja-raja Melayu dihapuskan.

"Suatu ketika dulu, dia pernah tidak dialu-alukan untuk hadir ke Istana sewaktu Almarhum Sultan Iskandar masih hidup. Chua Jui Meng masih tidak lupa, dan masih mempunyai memori yang kuat. Jadi, tak masuk akal kalau dia meminta saya untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliaulah orang yang paling lantang mengkritik Sultan," kata bekas Menteri Kesihatan itu seperti dilapor suarakeadilan.com.

Jui Meng turut membidas pihak terbabit yang dianggap mempunyai niat jahat dan ingin membelakangkan Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang hanya membenarkan orang Melayu dan beragama Islam sahaja menjadi Menteri Besar.

Tindakan terdesak itu juga katanya memperlihatkan perasaan takut Umno BN berdepan angin perubahan rakyat yang sedang mekanda Johor pada waktu ini.

"Angin perubahan ini tetap akan sampai dalam pilihan raya umum kelak. Yang jelas, Umno dan Barisan Nasional sekarang ini sedang menggigil ketakutan," kata beliau.


Chua Jui Meng said that UMNO/BN is shaking in fear, ya fear my foot, after all that bravado talk, Chua Jui Meng, PKR and PAS's harakah kena kantoi caught with their pants down. Read here from Marahku blogspot:

Why Pakatan leaders are pathological liars

Aftar Anwar told a bare faced lie about September 16, N.Ajis
caught with his pants down lying about cronyism involving
his Son In Law, lim guan eng lying about not getting a VIP
seat at an event and lying about blocking a Pasar Ramadhan,
now chua jui meng is caught lying... about a poster of all things


Tu hari kata poster ni orang BN buat, tuduh Othman lah and
all sorts of other allegations...

well now you see the desperate chua jui meng and the poster,
promoting his event.

Between the two Chua, Chua Soi Lek and Chua Jui Meng,
I would rather believe in Dr Chua Soi Lek.

No comments: