Wednesday 23 June 2010

Rousing Speech by YB Wee - Pukul Keliling Semua

On 21 June 2010, in our Parliament, YB Wee Choo Keong gave a rousing and in my opinion a critical but constructive speech aimed at the Gomen and the Opposition Pakatan.

I think Malaysia needs more of this kind of quality critics by non Government Legislators aimed at putting the Government on their toes, instead of the normal almost daily diet of politicking by the Opposition Pakatan who are interested only in scoring political capital in their dream to occupy and control Putrajaya.

Syabas YB Wee and I hope to hear more classy, researched and constructive speech from the Independent Caucus YBs in Parliament.

Some Highlights/excerpts of YB Wee's Speech in Parliament on 21 June 2010:

1. Saya juga hairan bagaimana Pengerusi Sime Darby Tun Musa Hitam boleh membuat kenyataan bahawa Lembaga Pengarah nya tidak tahu menahu tentang kerugian yang dialami. Ini amat memalukan kerana Sime Darby adalah syarikat perladangan yang terbesar di dunia. Sepatutnya Sime Darby menjadi contoh kepada syarikat lain dalam tadbir urus atau Corporate Governance (dengan izin).

Ini bermakna Sime Darby Berhad mempunyai Lembaga Pengarah yang MATI PUCUK atau IMPOTENT (dengan izin). Ataupun Lembaga Pengarahnya masih tidur bersama dengan pentadbiran Tingkat 4.

Lembaga Pengarahnya hanya sedar tentang perkara tersebut apabila kerugian Sime Darby sudah mencecah hampir 2 billion ringgit, termasuk dalam projek Bakun. Ini amat memalukan bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia, sebab Sime Darby mempunyai operasi di 20 negara.



........Dengan ini saya ingin mendesak Tun Musa Hitam dan keseluruhan Lembaga Pengarah Sime Darby meletakkan jawatan dengan serta merta.

2. Salah satu objektif dari RMK 10 adalah hasrat Kerajaan untuk menghapuskan rasuah. Tetapi apabila ada kes rasuah yang melibatkan kakitangan seseorang Menteri, tiada pula tindakan. Saya ingin memberikan satu contoh. Iaitu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan Encik Hasbie, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Kewangan Ke II, iaitu YB Tasek Gelugur, dan hasilnya SPRM telah menemui berpuluh-puluh juta ringgit di sebuah kondo di Pulau Pinang. Kita juga dimaklumkan beliau iaitu Orang Kena Tahan, turut memiliki beberapa buah kondo mewah.

YAB PM perlu memberi penjelasan kenapakah sehingga kini En Hasbie belum di dakwa di Mahkamah atau pun kes rasuah ini telah ditutup walaupun SPRM telah memperolehi bukti-bukti yang mencukupi dan juga adakah siasatan juga dijalankan terhadap bekas Menteri Kewangan II.


3. Apa rasional subsidi hendak ditarik semula sekarang, walhal itu sepatutnya langkah yang terkakhir! Sudah bertahun subsidi memberi menafaat kepada rakyat miskin dan kaya. Samada kita suka atau tidak, kita mempunyai peluang untuk memenafaatkan pertaruhan sukan. Mengapa kita perlu bertindak membuta tuli tanpa sebab dan gagal mengambil sesuatu yang positif daripadanya untuk kebajikan rakyat dan negara. Benarkan saya membuka mata dan telinga semua yang hadir di Dewan yang mulia ini berkaitan isu ini.

PERTARUHAN SUKAN: MENGAPA IA PERLU DIBAWA KE ARUS PERDANA DENGAN PENGAWALAN YANG SISTEMATIK


4. Saya tidak bersetuju dengan terma “menghalalkan judi bola” kerana kita adalah negara umat Islam. Sebaliknya saya usulkan supaya pertaruhan sukan diperlesenkan dan dikawalselia supaya ianya boleh dipantau dan dikawal. Dan apa juga duti dan cukai yang diperolehi boleh dimenafaatkan untuk pembangunan social saperti pemberian biasiswa, bantuan sarahidup bagi yang memerlukan, kemudahan kesihatan untuk rakyat miskin dan lain-lain, termasuklah menngunakannya untuk pembangunan sukan bolasepak agar pasukan Malaysia dapat mencapai persada antarabangsa dan membawa nama Malaysia ke tiap penjuru alam, sekaligus meningkatkan industri pelancungan negara.

Saya adalah seorang realistik. Dan saya nampak faedahnya pertaruhan sukan diperlesenkan dan dikawalselia didalam negara ini kerana menafaatnya jauh mengatasi keburukannya. Contohnya:

a. Pertaruhan secara hutang akan terhapus serta merta. Kerana pertaruhan dibuat secara tunai, para pemain akan berfikir banyak kali sebelum mengeluarkan wang tunai mereka sebelum bertaruh. Ini kerana mereka tahu daripada kehilangan wang tersebut, lebih baik mereka menggunakannya untuk makanan keluarga, atau membayar sewa atau ansuran kereta contohnya;

b. Kerajaan akan mendapat dana tambahan untuk membangunkan sukan bolasepak untuk kepentingan rakyat dan negara;

3. Kita akan dapat mengawal dan memantau kegiatan pertaruhan sukan daripada membiarkan ia menjadi kegiatan haram dan bawahtanah;

c. Kita akan dapat mengawal dan menghalang aliran keluar wang negara akibat pertaruhan yang dibuat dengan operator pertaruhan luarnegara;

d. Kita akan dapat menghalang pembiakan aktiviti haram dan tidak sihat dengan menghalang sindiket haram daripada memperkayakan diri mereka;

6. Kita juga dapat menghalang aliran wang negara ke negara lain kerana sindiket haram memerlukan ‘tempat selamat’ untuk menyimpan hasil mereka;

e. Kita juga akan mendapat dana tambahan untuk tujuan pembangunan sukan sekiranya pemegang lesen pertaruhan sukan saperti Tan Sri Vincent Tan, Pengerusi Ascot Sports yang berjanji untuk memberi sumbangan kepada satu yayaysan pembangunan sukan daripada hasil pendapatan syarikat beliau kelak;

f. Dan tidak lupa penambahan peluang pekerjaan untuk rakyat!

Akhir kalam, saya menyeru rakan Yang Berhormat semua supaya bersikap lebih realistik; dan berhenti daripada mempolitikkan isu ini dan bersikap hipokrit. Berilah kerjasama kepada Kerajaan untuk membawa aktiviti pertaruhan sukan ini ke arus perdana dan mengawal selia dan memantaunya untuk kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara.

Saya sedar bahawa kini kita tiba-tiba mempunyai juara-juara sumbang yang kononnya menentang aktiviti pertaruhan ini saperti Ketua Pembangkang!


5. Apatah lagi jika Menteri Kewangan berani mengambil pendirian membenarkan kegiatan pertaruhan sukan, ianya sudah pasti akan dapat meringankan beban rakyat kerana Kerajaan tidak perlu mengenakan cukai-cukai baru untuk mendapatkan dana pembangunan. Kerajaan boleh melupakan hasrat melaksanakan GST, dan saya yakin rakyat akan berterima kasih kepada Kerajaan. Ya, saya menyatakan bahawa Menteri Kewangan bertindak bijak dan membenarkan aktiviti pertaruhan sukan yang terkawal dan diperlesenkan. Menteri Kewangan sepatutnya lebih realistik, apa juga pendirian beliau, aktiviti pertaruhan sukan sedang berlaku secara haram dan bawahtanah. Mengapa biarkan wang berbillion ringgit terbuang begitu sahaja, sedangkan dana tersebut boleh digunakan untuk kepentingan dan kebajikan rakyat dan negara.

6. Adalah tidak masuk akal untuk kita menghapuskan subsidi, tetapi diwaktu yang sama membenarkan sindiket haram judi sukan mengaut keuntungan yang banyak!!

7. Pertaruhan sukan yang diperlesenkan dan dikawalselia dengan peraturan akan membawa menafaat yang banyak kepada rakyat berbanding dengan keburukannya. Jadi marila kita bersama menyatakan “YA” kepada perlesenan pertaruhan sukan”. Saya mendesak Kerajaan supaya memberikan lesen sukan pertaruhan bukan sahaja kepada Ascot Sports tetapi sebaliknya hendaklah diujudkan sistem tendet terbuka untuk membolehkan syarikat lain juga turut serta kerana “the more the merrier” (dengan izin, lebih banyak syarikat lebih hasil yang akan diperolehi Kerajaan yang akhirnya akan memberi menafaat kepada rakyat dan negara.

Read the full speech here.

2 comments:

Anonymous said...

New broom? But for how long?

The PR jokers will pull something else from their sleeves like digging up his life story and incidents of 30 years ago and magnify it....... and their one tracked followers will believe every bit.

The truth hurts, so cover it and create new sensations. This is the SOP of both BN and PR.

Let's see how long YB Wee can tahan.

A GOOD MAN DOES NOTHING.

eddy said...

Yes Bro, interesting to see how long YB Wee can tahan..but I have a sneaky feeling that he will last the distance.