Wednesday 22 September 2010

Sikap sebenar Majlis Peguam?

This is an article which appeared in Utusan Malaysia, looks like a call to the Majlis Peguam / Bar Council to keep its house in order:

Sikap sebenar Majlis Peguam — Mohd Khuzairi Ismail
September 21, 2010(Utusan Malaysia)


Ramai tertanya-tanya sejauh mana integriti dan ketelusan Majlis Peguam dalam menilai amalan guaman ahli mereka rentetan pembunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.


Majlis Peguam tidak boleh lepas tangan dan beranggapan mereka tidak ada kena mengena dengan suspek utama kes itu kerana peguam terbabit pernah digantung lesen amalan undang-undang peguam oleh badan tersebut.


Ini bermakna Majlis Peguam sedia maklum mengenai salah laku peguam terbabit dan seharusnya lebih peka, memantau dengan penuh berhati-hati aktiviti dan amalan guaman peguam berkenaan.


Difahamkan, peguam tersebut hanya digantung lesen guaman selama setahun sahaja iaitu bermula pada Mac 2007.


Bagi peguam yang mempunyai rekod kesalahan dalam aktiviti guaman mereka, hukuman itu tidak setimpal kerana Majlis Peguam boleh memilih untuk menarik balik lesen peguam berkenaan seperti yang dikenakan kepada beberapa peguam lain.


Apatah lagi peguam berkenaan juga dikatakan terlibat dengan tujuh kes jenayah komersial lain membabitkan kerugian kira-kira RM7.1 juta dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.


Sekiranya Majlis Peguam peka dengan aktiviti ahli-ahli mereka, kepincangan amalan guaman di kalangan ahli mereka dapat dihidu dengan lebih awal. Dalam masa yang sama, Majlis Peguam juga dapat bekerjasama lebih erat dengan pihak berkuasa untuk menyiasat salah laku ahli mereka memandangkan laporan polis juga sudah dibuat oleh individu yang pernah menjadi mangsa.


Apa yang turut menjadi kemusykilan juga ialah bagaimana peguam yang pernah dikenakan hukuman gantung lesen amalan undang-undang guaman itu mampu memiliki aset dan kekayaan yang luar biasa. Perkara itu dilaporkan dengan meluas oleh media dan ramai yang percaya jumlahnya mencecah jutaan ringgit meskipun angka sebenar tidak pernah didedahkan. Persoalannya ialah bagaimana Majlis Peguam boleh terlepas pandang dengan nilai aset dan kekayaan peguam tersebut sedangkan difahamkan badan itu mengaudit aset setiap firma guaman di seluruh negara.


Tanggungjawab itu termasuk memastikan akaun pelanggan dan pejabat sesebuah firma guaman tepat dan selaras dengan laporan akaun kewangan. Aset dan kekayaan yang luar biasa jumlahnya itu tidak mungkin akan terlepas sekiranya kerja-kerja audit itu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati.


Keraguan audit itu sepatutnya boleh mendorong Majlis Peguam menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat peguam berkenaan memandangkan ia mempunyai unsur-unsur keraguan.


Malangnya, perkara itu tidak berlaku pada peguam ini dan Majlis Peguam juga seolah-olah tidak berminat untuk menjawab bagaimana mereka boleh terlepas pandang mengenai jumlah aset tersebut.


Apa yang membuatkan orang ramai terus mempersoalkan pendirian dan tindakan Majlis Peguam berhubung kejadian pembunuhan ngeri itu ialah kerana ia bertentangan dengan sikap yang ditunjukkan oleh badan itu dalam beberapa kes sebelum ini.


Majlis Peguam sering dilihat ke depan dalam beberapa perkara dan isu yang mana peranan mereka dalam hal berkenaan sebenarnya tidak diperlukan.


Kita masih ingat bagaimana tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam pada 2008 yang mencetuskan kekecohan dan kemarahan umat Islam di negara ini. Begitu juga ketika badan itu menganjurkan perbincangan terbuka mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu menerusi Forum Kontrak Sosial pada tahun yang sama.


Forum itu jelas menyentuh secara langsung mengenai kedudukan orang Melayu yang sebenarnya sudah termaktub dalam Perlembagaan. Lebih mengundang kemarahan apabila ahli panel forum itu pula terdiri daripada bukan Melayu yang disifatkan tidak layak untuk membincangkan hak dan kedudukan kaum majoriti di negara ini.


Majlis Peguam juga mengambil tindakan bertentangan dalam isu penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam apabila menganjurkan satu tinjauan pendapat di laman web mereka.


Dalam kes-kes tersebut, serta beberapa peristiwa yang lain, Majlis Peguam dilihat lebih selesa memilih untuk tampil radikal dan agresif. Badan ini seolah-olah cuba menjadi juara dalam isu-isu sensitif yang bersifat perkauman dan keagamaan kaum tertentu yang tidak sepatutnya dibincang dan dipertikai secara terbuka. Kerana itu tidak hairan Majlis Peguam sering dilabel sebagai anti-Islam dan Melayu.


Ini adalah satu label yang sangat memalukan bagi sebuah badan yang seharusnya lebih berperanan dalam mengajak masyarakat menghormati ruang lingkup undang-undang dan menjunjung tinggi semangat Perlembagaan.


Sebagai pengamal profesional yang terlibat secara langsung dengan undang-undang juga, Majlis Peguam tentunya lebih arif mengenai keperluan menjalankan tugas dengan mengambil kira kemajmukan kaum dan agama di negara ini.


Dalam masa yang sama, Majlis Peguam juga dilihat lebih berminat untuk membincangkan isu-isu politik negara dengan kebanyakan masanya cenderung berpihak kepada pakatan pembangkang. Sehinggakan badan ini berkali-kali didesak supaya dibubarkan dan didaftarkan sahaja sebagai sebuah parti politik.


Dari satu sudut, desakan itu menggambarkan bahawa Majlis Peguam gagal dalam peranan mereka sebagai sebuah badan profesional bagi para peguam menjalankan kegiatan perundangan di negara ini.


Tanggapan sebegitu boleh menjejaskan nama baik negara dari sudut perundangan apatah lagi kita juga tidak pernah mengetahui Majlis Peguam di negara lain bertindak jauh dalam mempersoalkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan negara mereka sendiri. Atau mungkin bercakap dan berlagak melangkaui batas-batas seperti ahli politik.


Adalah lebih baik sekiranya Majlis Peguam yang suka sangat membincangkan isu-isu berkaitan perkauman, keagamaan dan politik itu membantu kerajaan menyelesaikan puluhan ribu kes-kes mahkamah yang tertunggak.


Barangkali dalam mengembalikan semula keyakinan orang ramai dan ‘maruah’ Majlis Peguam yang sering dipertikai, kerajaan wajar menimbangkan sebuah penubuhan jawatankuasa khas untuk memantau badan tersebut.


Jawatankuasa itu antara lain berperanan memantau aktiviti guaman ahli Majlis Peguam serta aset dan kekayaan yang dimiliki mereka dan diumumkan pula kepada orang ramai.


Cadangan beberapa pihak supaya Majlis Peguam diletakkan di bawah kuasa Jabatan Peguam Negara juga wajar dipertimbangkan. Majlis Peguam pastinya tidak mempunyai masalah dalam hal ini kerana mereka juga sering mendesak kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas apabila berlakunya sesuatu kes yang berprofil tinggi.

I agree public perception of the Bar Council of late is that they are more interested in fronting discussion of issues on human rights, politics and religion, in light of the events now maybe best that it should now concentrate on how best the Honourable Officers of the Court under its umbrella serve their client the rakyat better.


Example:
-Lawyers called to the Bar should decide to become just  professional practising lawyers and not also become land salesman or property brokers etc;

-the advocacy/court craft of lawyers/counsels in court should be observed and monitored by appointed senior lawyers so that a professional standard is consistently attained at all courts and hence clients gets best value for services rendered;


-Cases of lawyers being consistently late and never appearing at all as in the
case of Felda should be investigated and called for disciplinary action;etc.etc.


Anyway, I think that the official condolences for the victims of the Banting mass murders, are a wee bit late:

Press Release: Heartfelt condolences to the families of the murder victims


Tuesday, 21 September 2010 03:15pm


The Malaysian Bar expresses its deepest condolences to the families of Datuk Sosilawati Lawiya and the other victims of the recent murders, and conveys its sympathies and support particularly to the family of Ahmad Kamil Abdul Karim, a Member of the Bar.


We condemn the perpetrators of these heinous crimes, and urge the police to continue their efforts to investigate the incidents exhaustively, and to ensure that those responsible are charged in court as soon as possible. Nothing should be allowed to detract from the primary focus of the matter, which must be that justice is served expeditiously through the criminal justice system. The police investigation has been thorough thus far, and we are pleased to note that the police have indicated that they are close to solving the case.

I guess better late than never.

No comments: