Monday 20 September 2010

Not a defence of retired Federal Court Judge Gopal Sri Ram

Retired Federal Court Judge Gopal Sri Ram have made a few colourful comments on the Judiciary since he left the bench a couple of months back, some of which were not very well received and some are critical of his times when he was on the Appeals Court bench.

Blogger Dato' Ahirudin wrote a good  article on the retired Federal Court judge:

Ah, the irony, Gopal Sri Ram!


(Another) Too late the hero. What is it about people like former judge Gopal Sri Ram, who suddenly found the voice of righteousness to criticize their own profession only after they have safely retired from whatever it was they were happily doing? By all means, talk on as talk is cheap. People like Gopal Sri Ram should have rebelled against the system, they should have gotten out or die trying like a few actually did....


read the rest of the post here.


While Prof Aziz Bari the "law expert" was more blunt as reported by MI:



Kritik kehakiman: Mengapa Gopal Sri Ram tak konsisten, soal pakar

September 18, 2010
KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pakar perundangan mempersoalkan bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram yang mendakwa badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti sebagai “tidak konsisten” dalam pendirian sebelum dan selepas mengakhiri khidmat.
Prof A. Aziz Bari, ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, pada pandangannya Sri Ram tidak konsisten dalam melindungi hak asasi, tetapi kini mendakwa hak minoriti tidak dipertahankan oleh badan kehakiman.
Sebab itu apabila dia kritik rakan-rakan yang masih berkhidmat, saya fikir ini fenomena orang pencen macam Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara bersara Ahad lalu).
“Selepas mendapati kenaikan pangkat Gopal dipetisejukkan di Mahkamah Rayuan sedangkan rakan-rakan yang lebih junior dinaikkan pangkat.
“Gopal Sri Ram hanya dinaikkan pangkat ke mahkamah persekutuan beberapa bulan sebelum pencen,” kata beliau dalam ulasannya mengenai pendirian Gopal Sri Ram yang disiarkan portal berita semalam.
Sri Ram, antara hakim yang menjadi tumpuan kes berprofil tinggi dan keputusan “kontroversi” dinaikkan pangkat sebagai hakim mahkamah persekutuan pada April 2009.
Beliau juga sering digambarkan sebagai hakim yang “kreatif” dalam mentafsir undang-undang dan perlembagaan negara.
Beliau juga menerima perhatian bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan media antarabangsa selepas memenjarakan wartawan Murray Hiebert.
Kata Aziz, sejarah menunjukkan bekas hakim mahkamah persekutuan ini mempunyai rekod tersendiri dalam banyak kes termasuk kes Lim Guan Eng, yang kini merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, dan projek empangan elektrik Bakun lebih satu dekad lalu.
“... yang dia sendiri jelas memberi kemenangan kepada kerajaan.
Gopal Sri Ram ialah peguam Umno yang menghujah bahawa Umno haram pada 1987. Ini menyebabkan Tengku Razaleigh dan Team B gagal mencabar semula Dr Mahathir yang hanya menang dengan 43 undi.
Selepas itu Sri Ram terus naik pangkat dengan dilantik terus sebagai hakim mahkamah rayuan,” kata beliau.
Sri Ram, pada satu persidangan di ibu negara kelmarin berkata, badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti di negara ini.
Oleh kerana badan eksekutif itu dilantik oleh majoriti, maka ia mewakili hak majoriti, kata beliau sambil menambah, badan kehakiman mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak minoriti.
“Badan kehakiman yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab itu,” kata beliau lagi.
Berhubung soalan sama ada badan kehakiman telah menunaikan tanggungjawab itu, beliau berkata, jawapan yang diberikan ialah “dengan tegasnya, tidak!”
Sri Ram seterusnya berkata ini berlaku kerana badan kehakiman telah menjadi “minda eksekutif” dan hakim telah menjadi alat kepada kerajaan.
“Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif... dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut,” kata beliau.
Sebagai contoh jelas Sri Ram, apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan.
Sehubungan itu katanya, campur tangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.
Kes rayuan Lim yang menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan dengar oleh Sri Ram.
“Jadi keputusan Gopal Sri Ram itu melemahkan pembangkang yang sebenarnya hanya berbuat sesuatu untuk memperkasakan demokrasi.
“Kenapa sekarang Gopal Sri Ram bercakap seolah-olah dia hakim yang hebat? Kes yang diputuskan pada 1997 itu turut mendapat simpati Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu masih timbalan perdana menteri. Setahun selepas itu Datuk Seri Anwar dipecat.
Gopal Sri Ram juga membuat keputusan yang membantu menyelamatkan projek kontroversi Bakun pada 1997. Sebelum itu di Mahkamah Tinggi Datuk James Foong memutuskan projek itu tidak sah. Malangnya di peringkat rayuan, sebagaimana kes Lim Guan Eng tadi, Sri Ram mengubah keputusan itu. Maka selamatlah projek Bakun,” katanya lagi.
Kata Aziz, selain dua kes profil tinggi itu Sri Ram juga enggan mengiktiraf hak kebebasan beragama seorang budak yang dipecat dari sekolah hanya kerana dia memakai serban.
“Apa yang penting dalam kes Meor Atiqulrahman (2006) ini ialah keputusan memecat itu dibuat oleh guru besar sekolah rendah. Isunya apakah sekolah boleh menafikan hak yang dijamin oleh perlembagaan begitu sahaja?
Apa yang jelas di sini ialah betapa Gopal Sri Ram tidak konsisten dan seolah-olah selektif. Dalam satu kes melibatkan Orang Asli, kes Sagong Tasi (2005), Sri Ram mentafsir Perlembagaan dengan cara yang begitu kreatif kerana beliau bersedia memberi Orang Asli sesuatu yang tidak disebut oleh undang-undang.
“Jadi, soalnya di sini, mengapa Gopal enggan mengiktiraf hak yang sedia ada sebagaimana dalam kes Meor Atiqulrahman tadi? Memakai serban boleh dimasukkan dalam Perlembagaan kerana di situ ada Perkara 11 yang menjamin hak kebebasan beragama,” katanya. 
End of MI Report.
Well, I think a Judge's work is difficult enough without a fellow brother "retired" Judge making unsavoury statements about the Judiciary that he once served for more than 15 years. 

A Judge has to make a decision based on the evidence and the law before him, if he makes a decision based on law favouring the Government of the day, does that makes him pro Government? This labelling of decisions by judges being pro or anti Government just have to stop because it is nonsensical. Let the Judiciary as an independent arm of the Government find their own way to uphold justice according to the Law and the Perlembagaan. 


In all those active times as Judge, Gopal  had the power and influence to voice out a wrong in private among Judges and in public in his written or oral judgement. That he finally found the voice of his conscience so to speak after retirement is too much to bear. I think it is wrong and sets a bad example for the young.



A Judge should serve without fear or favour without which he is just an empty shell. If there is outside official interference he should voice it out there and then and the consequence be damned, and if no action is taken they should take the honourable road to retire early and make a police report about it, otherwise he ought to hold his peace  after he officially retire. 


Too bad that an active Judge could not reply to fair or unfair criticism from a retired Judge. I think its very tough being a Judge.

No comments: