Sunday 17 October 2010

UMNO and BN to apply Blue Ocean Strategy for election quota?

Here is an interesting proposal from Zahid Hamidi about allocation of seats in BN in the soon to be called GE13:

Strategi ‘laut biru’

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA - Utusan Malaysia
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 16 Okt. – Barisan Nasional (BN) perlu mengamalkan strategi ‘laut biru’ yang berpandangan jauh dengan mengkaji semula pembahagian kuota kerusi kawasan pilihan raya bagi membolehkan parti itu menang selesa pada pilihan raya umum akan datang.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah pembahagian kuota kerusi sedia ada dilihat sudah tidak lagi praktikal dengan kehendak pengundi terutamanya selepas tsunami politik pada Mac 2008.


“Saya fikir soal kuota adalah untuk memberi peluang kepada semua parti komponen bertanding. Namun, kalau ia membawa padah kepada BN, elok dikompromi dan kawasan itu diberi kepada parti yang boleh meraih kemenangan.


“Jika mahu menang selesa, kita harus keluar daripada strategi dan pendekatan sedia ada, kita perlu pendekatan ‘laut biru’. Jadi sistem kuota sedia ada wajar dikaji semula dan diganti dengan formula baru yang selesa kepada semua parti komponen,” katanya di sini hari ini.


Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika ditanya sama ada BN bersedia untuk merombak semula sistem pembahagian kuota kawasan pilihan raya yang kini dilihat tidak lagi relevan dengan suasana politik semasa selepas mengadakan pertemuan dengan Kelab UMNO Luar Negara.


Sebelum ini, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyarankan agar sistem kuota itu dikaji semula jika pengundi tidak selesa dan tidak suka dengan calon daripada parti komponen BN yang bertanding di sesuatu kawasan itu.


Cadangan tersebut kemudiannya disambut baik Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mahu semua parti komponen BN berlapang dada untuk mengkaji kelemahan masing-masing dan pada masa yang sama mempraktikkan sistem baru dalam soal pembahagian kerusi.

Blue Ocean Strategy? I don't understand what it means, so I did some Googling and found something here and here if any body is interested. I understand it is a title of one the books read by PM Najib. 


Notwithstanding, the next GE13 will be a make or break for the Barisan Nasional Government, the old election strategies where seats are allocated equitably between the component parties are no more workable and is outdated even very risky. 


Lets go straight to the point without beating around the bush shall we, common sense politics tells us  that it would be suicidal to allocate seats based on the old quotas, the last MCA AGM showed that it would be risky to put an MCA candidate in a Malay dominant area and risked being defeated by the Pakatan. 


UMNO need to put in as many qualified candidates as possible so that they can win comfortably, a strong UMNO means a strong Barisan. A weak UMNO spells defeat for BN in the next GE13. All BN parties will have to make the necessary sacrifices for the greater good and survival of BN as the Ruling Government.

No comments: