Wednesday, 27 October 2010

Fong Po Kuan Dakwa ‘Takut’ Dengar Ucapan PM? Tidak faham Peribahasa Melayu agaknya

DAP YB Fong's Wiki showed that she can communicate in Chinese, English, Malay and Arabic but somehow I think she should brush up on her Bahasa Melayu especially the Malay peribahasa and the like. Otherwise she will end up  looking stupid(read here) in the Dewan Rakyat in her haste to politicise the recent PM Najib's UMNO assembly speech . 

Fong Po Kuan Dakwa ‘Takut’ Dengar Ucapan PM


KUALA LUMPUR, 26 Oktober: Dakwaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) bahawa beliau ‘takut’ dengan ucapan penggulungan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan Agung Umno Sabtu lepas menghangatkan sesi perbahasan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.


Dalam ucapan itu, Najib menyeru anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk bersungguh-sungguh mempertahankan Putrajaya.


Membacakan petikan kata-kata Najib yang disiarkan akhbar berbahasa Malaysia hari ini, Fong menuntut Najib yang juga Perdana Menteri memberi penjelasan mengenai apa yang dimaksudkannya dengan kenyataan itu.


“Saya mahu Perdana Menteri hadir dalam dewan untuk beri penjelasan terutama mengenai: berkecai tulang dan badan, walau bercerai jasad dan nyawa. Saudara dan saudari, walau apapun terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,” kata Fong ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2011 (Bajet 2011) hari ini.


Fong bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang menyebabkan beliau berasa ‘takut’ dengan ucapan Najib itu.


Tindakan Fong itu menyebabkan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bangun beberapa kali untuk mencelah dengan alasan ingin memberi penjelasan kepada Fong berkenaan ucapan Presiden itu, namun tidak diendahkan Ahli Parlimen Batu Gajah itu.


Bagaimanapun, Mohamad tetap berkeras dan terus bercakap ketika Fong sedang berbahas: “Saya nak buat sikit pembetulan supaya jangan ragu, bimbang, jangan takut. Itu peribahasa Melayu, bagaimana pemimpin nak naikkan semangat. Bukan nak gaduh. (Awak) Tak faham peribahasa Melayu.


“Tak perlu (PM) buat penjelasan dan saya tidak fikir beliau mahu menimbulkan ketakutan dan kebimbangan kepada rakyat. Saya amat tersinggung dengan ucapan Batu Gajah,” katanya menyebabkan Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan Mohamad supaya hanya mencelah apabila diberi laluan.


Mohamad menjelaskan bahawa ucapan Najib itu hanya bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno.


“Ini bukan soal nak bertumpah darah dan bergaduh sesama kita. Tiada niat langsung. Jadi Batu Gajah jangan sangka buruk. Perdana Menteri kita seorang yang penuh tanggung jawab,” katanya. – BERNAMA

I hope the other YBs in the Dewan Rakyat check up on their BM proficiency also, one embarassment in public such as this, is bad enough lah.

No comments: