Wednesday, 3 April 2013

The wait for the 13th Malaysian GE is over, Keep Calm and VOTE Barisan Nasional

The long long wait and speculations are over, PRU13 here we come, Paliament was dissolved this morning by our Prime Minister :

Najib announces dissolution of Parliament

This is an interesting place to get updated on the Elections, 13th Malaysian General Election

PRU-13: Parlimen dibubar tepat pada masa - Penganalisis
Oleh AZMAIN IBRAHIM

KUALA LUMPUR 3 April - Pembubaran Parlimen secara rasmi hari ini adalah tepat pada masanya dengan mengambil kira iklim politik, ekonomi dan sosial yang stabil selain pemerintah telah berjaya mencipta rekod pembangunan yang cemerlang, kata penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling.

Malah, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pemerintahannya sejak empat tahun lalu telah pun meninggalkan impak positif kepada negara.

Menurut beliau, pembangunan juga banyak telah dilakukan oleh Najib dalam tempoh empat tahun lalu termasuk melakukan transformasi besar-besaran dalam sektor kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.

Katanya, perancangan terperinci Perdana Menteri telah dibuat sejak sekian lama selain mendapat maklum balas yang positif dari dalam negara dan luar negara.

"Pelaburan asing telah meningkat ke dalam negara, malah, perancangan ekonomi negara untuk tempoh lima tahun akan datang sudah pun tersedia dan selari dengan perancangan,’’ katanya kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.

Zainal diminta mengulas pembubaran Parlimen secara rasmi hari ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan dalam tempoh 60 hari.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapan khasnya yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dari pejabatnya.

Tambah Zainal, Najib telah membangunkan negara lebih daripada sebuah negara kebajikan.

Malah, pakatan pembangkang amat cemburu dengan kejayaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sejak empat tahun lalu.

“Najib sudah pun menyalurkan bantuan kewangan kepada para usahawan, petani, belia, wanita, golongan kurang upaya dan boleh dikatakan meliputi pelbagai peringkat masyarakat,’’ ujarnya. - UTUSAN

Artikel Penuh:© Utusan Melayu (M) Bhd

FRIENDS, Just Remember this....Your Votes will determine the fate of this blessed nation of ours, vote wisely, don't throw your votes by voting emotionally.

No comments: