An article from Sinar Harian by Tan Sri Abdullah Ahmad (kok lanas) which I think should be read by voters going into the polls this 5th of May:
Pindaan makan diri sendiri
17 April 2013
Pindaan makan diri sendiri
17 April 2013
Telah pun saya bercerita peristiwa bersejarah di Malaysia dan Singapura yang berlaku dalam bulan Mei. Pandangan dan reaksi tentang calon yang diumumkan oleh semua parti minggu ini akan diulas dalam kolum Ahad 21 April. Dalam PRU13, hari mengundinya 5 Mei.
Satu sejarah baru akan berlaku! Pertama BN dan Najib Tun Razak, Perdana Menteri kembali menang majoriti dua pertiga. Kedua menang majoriti tipis. Ketiga Pakatan Rakyat menang! Keempat berkemungkinan rakyat "berpecah-belah". Apa pun kelima tiada hung parliament.
Sebelum tsunami 2008, gelanggang pembangkang tidak nasional, hanya lokal – memusatkan kepada beberapa negeri tertentu sahaja. Kejayaan PR lima tahun dahulu menjadikannya benar-benar pakatan kebangsaan.
Kejayaan PR kerana kepimpinan kerajaan, BN dan Umno di bawah Badawi lembik, gagal menunaikan ikrar pokoknya sebuah kerajaan telus dan memerangi rasuah tanpa takut dan segan. Apabila Badawi diketepikan Najib mengambil alih dan kini memohon daripada rakyat mandatnya sendiri.

Sebenarnya benih yang melemahkan BN dan Umno telah ditanam tahun 2003 apabila Parlimen, yang dikuasai dengan majoriti besar oleh BN, meluluskan undang-undang penyusunan semula sempadan baru kawasan pilihan raya Parlimen dan Dun.
Explains Speaking: “There was a major change in the 2002 delineation or reconfiguration of new constituencies. The Government deliberately reversed a long-standing tradition of creating more Pribumi majority constituencies in favour of more mixed constituencies in its attempts to outflank Pas” – mengurangkan jumlah kawasan majoriti Peribumi dan menambahkan pula kawasan “campuran” untuk kononnya mengatasi atau merusukkan Pas!
Juga kerana terlalu gembira dengan sokongan kritikal pengundi bukan Melayu dalam pilihan raya kelapan hinggalah ke-11. Satu dasar dan tindakan keuntungan jangka pendek! Benar pengundi semua bangsa telah memberi Badawi kemenangan hebat 2004 tetapi empat tahun empat bulan kemudian mereka beramai-ramai meninggalkannya dalam pilihan raya ke-12 (2008).

Dasar tidak bijak tahun 2003 – mengurangkan kawasan majoriti Peribumi, mujur hanya berlaku di Semenanjung sahaja, telah memakan diri sendiri. Umno/BN telah melahirkan satu Frankenstein, satu gergasi! Sudahlah sudah mewujudkan 50 kawasan majoriti Cina sekarang kerusi majoriti absolut Peribumi hanya tinggal 140 sahaja!
Dasar ini, iaitu menambahkan kawasan “campuran” dan mengurangkan kawasan majoriti Peribumi, mengikut seorang nasionalis adalah satu dasar yang bebal dan memecahkan tradisi yang telah di terima oleh semua bahawa kerusi Parlimen terus kekal majoriti Peribumi mengikut jumlah populasi dan keluasan daerah di mana mereka tinggal.
Peribumi terlampau cepat berbudi pada orang. Meski pun mereka menikmati budi mereka tidak begitu sentimental atau mengenang budi. Melayu cepat dan mudah lupa diri! Pada hakikatnya, secara pukul rata, lebih kurang hanya tinggal 140 sahaja kawasan majoriti Melayu yang absolut dari jumlah 222 kerusi Parlimen.

Inilah medan politik sekarang:
140 kawasan majoriti Peribumi,
50 kerusi Cina absolut,
dan 82 kerusi “campuran”.
BN dan Umno kini mulai menghadapi risiko jangka panjang dari tindakannya yang tidak bijak terdahulu.
Pemimpin Umno obviously kerana keterlaluan gembira (dan takut kepada Pas!) tidak tersangka Pas, PKR dan DAP boleh bersekongkol dan tidur bersama atas satu katil! Dalam politik, tiada musuh dan kawan yang abadi! Yang kekal hanya tegas Speaking, “self-interest” sahaja.
Kalau menang (besar atau kecil majoritinya) dan kalau kalah besar kecil kekalahan itu bergantung pada kawasan Parlimen yang disifatkan sebagai “in the Peribumi heartland” – iaitu di kawasan Peribumi absolut dan 82 kawasan “campuran”. Walaupun di kawasan “bumi Peribumi” ini sokongan kepada kerajaan dan BN telah menurun agak terserlah mulai 2008.
Bagaimana pula dalam PRU13? Kalau kita percaya kepada kerajaan, Umno, MCA dan MIC dan media perdana dan juga propagandis mereka Peribumi/Melayu yang dulu lari telah kembali ke pangkuan Umno dan BN. Bagus kalau itu kenyataan. Tahniah! Cuma kononnya pengundi Cina sahaja yang belum lagi rujuk. Pengundi India pun telah rujuk.
Bolehkah BN, Umno terutamanya, merampas kembali kerusi yang dirampas oleh PR – oleh PKR dan Pas khususnya? Berjayakah MCA, MIC dan Gerakan menyambar kembali kerusi yang hilang dari DAP dan PKR? Apa yang nyata pembalikan kerusi dari majoriti Peribumi absolut kepada mixed-seats satu dasar yang tidak waras; nasib baik tidak berlaku di Sarawak dan Sabah kalau tidak kedominanan Peribumi di sana pun terancam dan tergugat seperti keadaannya di semenanjung.

Dasar DAP yang keterlaluan chauvinis itu, mengikut pandangan Dr Mahathir terutamanya dan juga orang lain, telah mempolarisasikan kaum terutama antara Cina dan Melayu/Peribumi. Juga divisif. Keadaan sudah meningkat hingga situasi ini yang tidak pernah wujud di Johor, di Sarawak dan Sabah yang terkenal dengan dasar toleransi dan liberal itu tidak lagi demikian, tidak seharmoni seperti sebelumnya.
Adalah bijak, pihak berkuasa, pihak penguat kuasa tidak mengambil ringan atau pooh-poohkan kebencian yang merebak bagai sekam ini. Parti chauvinis itu terus-menerus membangkit dan mengungkit hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, Islam serta Peribumi walaupun kepentingan legitimasi Cina, India – bahasa dan agama mereka - dilindungi oleh perlembagaan.
Adakah PRU13 titik kebangkitan semula Melayu, Peribumi, Islam setelah mengalami keaiban pada tahun 2008, kritikan, perlekehan yang terus menerus mempersoalkan isu sensitif melibatkan kedudukan dan hak istimewa Melayu dan Islam?
Trend pengundi 2013: Cina, majoritinya jelas memihak setakat hari ini, kepada DAP walaupun MCA dan Gerakan cuba sedaya upaya, bertungkus lumus memujuk pengundi Cina jangan kerana kepentingan politik jangka pendek menghasilkan kemudaratan jangka panjang melalui polarisasi antara majoriti Peribumi dan Cina yang akan merugikan kedominanan kaum Cina dalam ekonomi, kewangan dan profesion.
Stabiliti politik hanya terjamin jika hubungan muhibah antara dua kaum terbesar ini terus wujud. Terus kekal, terus berkembang dan mempunyai ketahanan. Adakah Cina (25 peratus dari jumlah populasi dan mungkin 30 peratus jumlah pengundi kerana mereka ramai mendaftar sebagai pengundi) mahu terus berkonfrontasi, bertentangan dengan Peribumi, Islam dan juga Melayu – 65 peratus bilangan dari populasi dan dari bilangan pengundi?

Saya tidak fikir begitu, saya berharap tidak macam itu kerana saya sedar dan memuji orang Cina - lazimnya mereka satu bangsa yang realistik, praktikal, cerdik dan melihat masa depan menggunakan kaca mata yang bervision 20/20.
Polarisasi dan kekacauan sudah tentu merugikan semua bangsa, tiada kecualian, tetapi mereka yang mendominasi ekonomi, kewangan, ekonomi runcit, construction dan SMEs akan jadi mangsa dan merana terteruk.
PR, DAP terutamanya, begitu berani; begitu agresif. Pengundi Cina, saya kira, berwawasan. Masakan mereka begitu jitu, semuafakat untuk merenggangkan hubungan muhibah dengan Melayu, Peribumi, Islam yang bilangannya ditaksirkan lebih besar dari bilangan yang menyokong Pas dan PKR?
Sudahkah kita sampai ke tahap retak menanti belah? Adakah kita menantikan timbulnya malapetaka yang lebih besar, lebih merugikan dari keadaan sekarang? Jangan sekali-kali - termasuk Peribumi - bermain politik polarisasi, bermain api dan melakukan sesuatu hingga retak melampaui tara, garis!

3 comments:
salam dato , salah kira
222 parlimen:
140 pribumi
50 chinese
bagaimana mungkin 82 mixed seats
tidak tally
drmuzi
Pandangan Tan Seri Abdullah tidak mencerminkan situasi sebenar dalam kesungohan kaum Cina dalam mengejar impian untok berkuasa,atau mengambil alih tampok pemerentahan.
Andaian yang mengatakan mereka lebih pratical dalam membuat keputusan memang benar bedasarkan setiuasi semasa adalah tidak mustahil mereka (kaum Cina) mendapat apa yang mereka inginkan,mengepalai Pakatan Rakyat dan seterusnya mengepalai pentabiran negara berdasarkan permainan demokrasi.
Sedia maklom undi Melayu akan berpechah kapada tiga ,UMNO , PAS ,dan PKR,memungkinkan UMNO tidak berupaya mengepalai dan membentuk kerajaan sekiranya BN dan PR berkeadaan 50/50 . Olih kerana sokongan padu masyarakat Cina kapada DAP memungkinkan DAP mempunyi jumlah kerusi terbanyak dalam PR ,barang diingat sekiranya UMNO tidak berjaya membentuk kerajaan ,Barisan National akan berpechah dan kerusi-kerusi yang dimenangi olih parti komponen seperti MCA,Gerakan dan MIC pastinya akan menyertaai DAP membuatkan pimpinan DAP dalam kerajaan Pakatan mungkin tidak mampu digugat.
Bersetuju dengan Tan Seri yang mengatakan Kaum Cina adalah kaum yang pratical dan berdasarkan itulah mereka yakin yang mereka ,yang mereka mampu menguasai kerajaan mengunakan formula yang sama yang diamalkan olih BN selama ini cuma yang bezanya kaum Cina medemonasi kepimpinan.
Tidak kesungohan MCA ,Gerakan dan juga MIC dalam Memenangkan BN dalam PRU 2008 dan 2013 adalah satu permainan yang teranchang yang sangat halus .
Eddy,
This is my first time "looking" at your blog.
Will read once I have more free time.
Will call you for tea.
Happy blogging
Thanks
Ir HS
Post a Comment