Monday 21 January 2013

Paderi Jahya Iskandar: ALLAH is for Muslims Only

After reading this article, I don't think there is any doubt that the name ALLAH is exclusively for Muslims, from Utusan:

Penganut Kristian harus bersikap toleransi - Paderi Jahja

Saharudin Musthafa

JAKARTA 20 Jan. - Penganut agama Kristian di Malaysia harus bersikap toleransi menerima kebenaran bahawa kalimah Allah hanya khusus untuk kegunaan umat Islam.

Segala desakan yang dibuat untuk meminta kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian tegas Paderi Jahja Iskandar, hanya akan mencetuskan suasana kurang elok dalam masyarakat.

Menurut Jahja (atau disebut Yahya), beliau yakin penganut agama Kristian yang rasional di Malaysia boleh menerima kebenaran itu tanpa sebarang rasa prejudis.

"Apa lagi agama Kristian juga mengajar penganutnya supaya menanam nilai-nilai peradaban yang baik dalam kehidupan mereka.

"Justeru, saya menasihatkan pengurusan gereja atau pemimpin-pemimpin Kristian supaya menerima kebenaran ini dengan rasa terbuka," kata Jahja kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jahja juga memberitahu, beliau menyedari dan memahami desakan yang datang daripada masyarakat untuk bukan Islam menggunakan kalimah Allah dibuat disebabkan salah faham terhadap ajaran dan pengetahuan yang ada pada mereka selama ini.

Salah faham itu jelas Jahja, menyebabkan bukan Islam membuat kesimpulan bahawa Allah juga hak mereka.

"Sedangkan hakikatnya nama Tuhan umat Islam sangat konsisten iaitu Allah. Nama itu langsung tidak pernah berubah sejak Islam wujud lagi sehingga ke hari ini.

"Atas kerana itu saya katakan dalam kitab suci al-Quran, dalam terjemahan bahasa apa sekalipun nama Allah tetap diguna pakai. Nama Allah tiada terjemahan atau dialih bahasa. Ini yang harus menjadi ingatan umat Kristian," tegas Jahja lagi.

Pada masa sama, Jahja memberitahu, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan semua umat tidak kira Islam, Kristian atau apa agama sekali pun hidup sejahtera di dalam dunia ciptaan Yang Maha Esa ini.

Paderi Jahja dalam kenyataan yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia menegaskan, penganut agama Kristian harus menyedari bahawa sejak sekian lama kalimah Allah secara umum lebih banyak difahami dan berkonotasi sebagai kata nama Tuhan atau sembahan yang khas untuk umat Islam.

"Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa ada sebarang perubahan.

"Dari sudut pandang linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan umat Islam itu ialah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan nama khas," kata beliau.

Berbeza dengan umat Kristian, Tuhan sembahan mereka berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani (bahasa digunakan orang Yahudi) dikenali sebagai Elohim.

Seandainya diterjemahkan ke bahasa Arab, kata yang tepat bagi menggantikan Elohim ialah Ilah iaitu berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

Kalimah Elohim turut disebut dalam pelbagai nama lain seperti Tete Manis bagi penganut Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian Filipina), Sang Hyang Widi (Kristian Bali), God (Kristian Amerika Syarikat), Theos (Kristian Yunani) dan lain-lain lagi. - UTUSAN

If there are still doubts, the Pope's emissary is now here in Malaysia, perhaps my Malaysian Christian friends  would like to seek his opinion once Archbishop Marino settles down.

No comments: