Saturday 7 June 2014

Dear PM @NajibRazak Save our Parliamentary Democracy, Keep the Sedition Act

If it ain't broke why replace it?

Mr Prime Minister stop. Malaysians do not need greater civil liberties, we need stability and we don't get stability if people are allowed to talk rubbish and provoke each other everyday. Do not repeal the Sedition  Act. Singapore kept it, they are thriving so what's with this transformation. 

Last time you repealed the ISA and EO the people who wanted greater Civil Liberties did not vote for you or BN they voted for PKR DAP and PAS! We who supported the ISA and EO still voted for you and BN even though you seemed to listen to these minorities rather than us the majority which support you. Repealing the Sedition Act will break the camel's back for sure.

Unfettered freedom will only make us to be another Thailand where opposing groups quarrel and finally the Army steps in, no more democracy.

Save our Democracy, Keep the Sedition Act!

Please read carefully:


KENYATAAN MEDIA (PENUH) BERHUBUNG CADANGAN DERAF RANG UNDANG-UNDANG BAGI MENGGANTIKAN AKTA HASUTAN 1948

5 Jun 2014 bersamaan 7 Syaaban 1435

Sidang akhbar ini diadakan bagi menyatakan pendirian sebilangan tokoh-tokoh Negara serta pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam yang berkongsi keprihatinan terhadap perkembangan terkini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri pada 30 Mei 2014 berkenaan hasrat kerajaan memperkenalkan akta baharu yang akan menggantikan Akta Hasutan 1948 [Akta no. 15].

Dalam pengumuman tersebut YB Nancy mengesahkan telah menerima tiga deraf rang undang-undang berkaitan iaitu Rang Undang-undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional (National Unity and Integration Commission Bill) dan kini sedang dikaji Pejabat Peguam Negara.

Pihak kami telah berpeluang meneliti ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dimaksudkan dan melalui siri perbincangan didapati wujud beberapa asas kukuh yang menjadi sebab kebimbangan masyarakat Malaysia, khususnya umat Melayu-Islam, tentang beberapa aspek yang dicadangkan, sama ada dari sudut pemansuhan Akta Hasutan 1948, kandungan deraf rang undang-undang tersebut serta tujuan dan fungsi “Unfair Discrimination Tribunal” yang dinyatakan di dalam salah satu rang undang-undang tersebut.

Akta Hasutan 1948 mempunyai latarbelakang sejarah dan alasan penggubalan yang signifikan di dalam usaha membina perpaduan dan keharmonian Negara. Undang-undang tersebut telah melindungi asas-asas Negara khususnya Perkara 153, Perkara 152, Perkara 181 dan Bahagian Ketiga Perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan sama sekali termasuk oleh ahli-ahli Parlimen. Pada waktu akta tersebut digubal, kesemua kaum di Negara ini telah bersepakat. Perkara-perkara yang dilindungi Akta tersebut tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Rentetan kewujudan cadangan deraf ketiga-tiga rang undang-undang ini juga diselubungi beberapa persoalan yang perlu dijawab pihak yang mencadangkan deraf. Hal ini demikian kerana kaedah penggubalan ketiga-tiga rang undang-undang ini bertentangan dengan norma penggubalan undang-undang Negara. Kami mendapati bahawa penggubal yang terlibat adalah Majlis Peguam yang telah mencadangkan kepada satu kelompok kecil Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara. Kami difahamkan hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.
Hakikat bahawa penggubalan rang undang-undang yang sangat mustahak tidak dibincangkan dengan teliti dan dirujuk kepada pihak-pihak berkepentingan terlebih dahulu menimbulkan pertanyaan serius tentang motifnya. Selain itu, rang undang-undang tersebut telah diserahkan terus kepada Jemaah Menteri, lantas mengenepikan institusi-institusi yang bakal terjejas oleh penguatkuasaannya kelak. Ini jelas merupakan langkah provokasi yang boleh mencetuskan keresahan serta kebimbangan ramai pihak.

Berikut kami gariskan beberapa keprihatinan awal tentang kandungan ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut:

i. Di dalam mencanang tema perpaduan dan keharmonian Negara, ketiga-tiga rang undang-undang tersebut jelas lebih tertumpu pada niat menjulang hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, tetapi gagal merujuk pada fasal-fasal utama lain di dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan perkara-perkara asas yang membentuk Negara ini dan asas-asas perpaduan dan keharmoniannya, khususnya Perkara 3(1), Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan;

ii. Ketiga-tiga deraf rang undang-undang yang dikemukakan ternyata bersifat menghakis kedaulatan perkara-perkara asas Negara. Sebagai contoh, dengan memberikan tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan (‘equality’), penggubal telah mengenepikan prinsip “positive discrimination” yang merupakan kekecualian dalam Perkara 8 Perlembagaan itu sendiri.

iii. Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan kedaulatan Negeri-negeri dalam perbagai aspek hanya kerana terpaksa tunduk kepada prinsip kesamarataan yang terlalu umum yang dipegang oleh penggubal. Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). Malaysia tidak meratifikasi ICERD dan tidak perlu tunduk pada konvensyen seumpama ini yang belum tentu merupakan model terbaik perpaduan dan keharmonian Negara.

iv. Ketiga-tiga deraf rang undang-undang tersebut juga ternyata mengenepikan kedaulatan Raja-raja Melayu dalam hal memelihara hak keistimewaan orang Melayu termasuk kuota dalam perkhidmatan awam dan sebagainya yang hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja Raja di bawah Perkara 153 dan 38 Perlembagaan Persekutuan. Dengan menggunakan istilah-istilah seperti ‘discrimination” dan “racial superiority”, jelas bahawa penggubal tidak sensitif terhadap peruntukan-peruntukan tersebut di atas.

v. Deraf rang undang-undang tersebut juga mengenepikan Kedaulatan Agama Negeri iaitu agama Islam yang telah termaktub di Negeri-negeri sejak berabad. Kedudukan ini tidak pernah diganggu oleh British dan Kerajaan Persekutuan. Malah Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Negara dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 3(1),(2), 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A) .


Kami ingin menegaskan bahawa peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

vi. Isu-isu di sekitar keharmonian antara agama dan kaum adalah terlalu penting untuk diserahkan hanya kepada sebuah tribunal yang dicadangkan di dalam deraf rang undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. Fungsi sebuah “Unfair Discrimination Tribunal” yang dicadangkan di dalam rang undang-undang tersebut ternyata mengambilalih peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu. Malah, jika diperhalusi, kuasa dan fungsi tribunal tersebut mengingatkan kita kepada cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission) yang telah ditolak sekeras-kerasnya cadangannya oleh pelbagai pihak khususnya NGO Melayu Islam dan kerajaan Pusat.

vii. Kami ingin menegaskan bahawa cadangan tribunal ini tidak wajar berselindung di sebalik usaha perpaduan dan keharmonian Negara untuk mengadjudikasi isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa. Kita telahpun mempunyai insitusi kehakiman yang berwibawa untuk menangani isu-isu berkait perlembagaan. Isu-isu berkaitan perpaduan dan keharmonian tidak sepatutnya ditangani melalui cara legalistik semata-mata, oleh kerana realiti sejarah, kebudayaan dan latarbelakang keagamaan di Negara ini terlalu bermakna untuk diketepikan begitu sahaja.


Oleh yang demikian kami menggesa supaya pihak Kerajaan Pusat mendengar kegusaran kami berhubung perkembangan ini, termasuk melihat semula secara serius keputusan memansuhkan Akta Hasutan 1948 berdasarkan perkembangan mutakhir yang berlaku. Jika kerajaan meneruskan hasrat untuk memperkenalkan ketiga-tiga akta baharu tersebut, maka kami menggesa penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.

Pada hakikatnya, jika asas-asas kenegaraan terus dirobek, hasrat melihat perpaduan dan keharmonian tidak akan berjaya, sebaliknya, generasi akan datang akan menderitai kehilangan jati diri kenegaraan berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan yang telah sekian lama dipupuk berdasarkan kedudukan istimewa Islam sebagai agama Negara, kematangan hubungan antara kaum dan kemajmukan budaya dengan Melayu-Islam sebagai teras kenegaraan Malaysia.

Malahan, pandangan dan wawasan tokoh-tokoh dan NGO Islam dan Melayu hari ini ialah perpaduan unggul  dan asali sebuah Negara Merdeka harus membawa kepada kesedaran dan pengiktirafan semua warga Negara dan penduduknya terhadap pembentukan Visi Peradaban dan Tamadun Malaysia. Ia tidak wajar semata-mata mengagong-agongkan warisan peradaban yang kini menakluki seluruh dunia tanpa kewarasan kritik dan pengakuan peradaban alternatif yang telah diamalkan olih sebilangan besar manusia sejagat di luar wilayah pengaruh Anglo Saxon yang dominan hari ini.

Kami menyatakan bahawa nasib baru, rezeki generasi baru dan masa hadapan baru melalui wawasan perpaduan Negara oleh semua lapisan rakyat adalah berteraskan amanah dan tanggungjawab kepada Negara yang berdaulat , bermaruah dan berintegriti selain dari hanya menekankan hak dan kehendak masing-masing sebagai tuntutan tanpa bertanggungjawab kepada maslahah umum dan daulah Negara. Ini boleh disebutkan sebagai kesamaratan sejagat tulin untuk membangunkan peradaban Malaysia yang berteraskan kepada etos peradaban sejagat iaitu agama, keselamatan diri, akal, zuriat dan harta yang kita sama2 saksi nyata kepada keunggulan Malaysia sebagai "Civilization Hub" - Islam, China, India, Barat, serta kuasa baru- Latin America, Africa dan Timur Jauh pada abad ke 21 ini.

Inilah warisan kemerdekaan intelek dan budaya Negara yang merdeka selama 57 tahun kepada khazanah sejarah peradaban baru untuk generasi Malaysia, Asia dan Dunia Alaf ke 22, menginsafi hakikat dan ikatan iman rakyat Malaysia sebagai manusia berakhlak mulia, berilmu tinggi dan beramanah sesama insan dan mengejar kebahagian dan kejayaan semua.



Wisma Sejarah, Kuala Lumpur
5 Jun 2014 bersamaan 7 Syaaban 1435

These people will destroy our Malaysia as we know it:

Unity council presents three draft bills to replace Sedition Act

BY JOSEPH SIPALAN
JUNE 6, 2014

 The NUCC is suggesting three separate bills to replace the Sedition Act 1948.KUALA LUMPUR, June 6 — The National Unity Consultative Council (NUCC) is suggesting three separate bills to replace the Sedition Act 1948, including one to promote harmony and another prescribing mediation as a means to resolve disputes.

The conciliatory tone of the National Unity Bill is a departure from the restrictive nature of the colonial era law it is partly meant to replace and which critics contend is abused to silence dissent.

The bill aims to promote mediation as a means to solving any dispute that come under a list of “prohibited grounds”.

The list covers race, gender, sex, pregnancy, marital status, ethnic or social origin, colour, sexual orientation, age, disability, religion, conscience, belief, culture, language and birth.

It also includes other grounds where discrimination “causes or perpetuates systemic disadvantage”, “undermines human dignity”, or “adversely affects the equal enjoyment of a person’s rights and freedoms in a serious manner” based on colour, descent or ancestry, nationality or national origin, ethnicity or ethnic origin, or religion.

Mediation will not have a binding effect on the parties involved in the process, though the committee is considering including a mechanism to convert the agreed remedy to a problem into a High Court order in the case of a default by the offender.

Another proposed law, the National Harmony Bill, also seeks to spell out offences that will come under its purview, instead of the broad interpretation of sedition that has seen the law being applied to a broad range of instances.

Dubbed the National Harmony Bill, it outlines a list of punishments for conduct that is deemed to be deliberately aimed at instigating or leading to threats or actual acts of physical harm based on racial and religious hatred.

The bill also proposes to outlaw incitement against the Rulers, racial or religious hatred — proposing a penalty of RM5,000 fine, up to seven years’ jail time or both for each of the three categories.

Penalties prescribe go up to a RM10,000 fine, 10 years in prison or both if a person voluntarily causes physical harm against another person or class of persons or property on the basis of racial and religious hatred.

Preliminary drafts of the three bills were presented to a roundtable of civil society and NGO representatives last night, which aim to provide avenues for punitive action and routes for mediation in dealing with a host of disputes that are deemed threats to national harmony.

NUCC working committee on law and policy deputy chairman Lim Chee Wee, who presented the drafts, noted that the Bill includes a clause that a person shall not be deemed to “excite disaffection against any Ruler if it is to show that any Ruler has been misled or mistaken in any of his measures”.

A third bill will deal with the formation of a National Unity and Integration Commission, which will be tasked to promote national unity, integration, equality and non-discrimination, among others.

It will also be empowered to investigate complaints of discrimination, leading to the establishment of an unfair discrimination tribunal should mediation efforts fail.

Lim stressed that all three bills are still at the preliminary stage and are far from being finalised.

“This is just the third roundtable session we have had so far and there will be many more. We hope to continue with public consultation over the next few months, and hopefully we can send back our findings to the NUCC within this year,” he said when met after the roundtable meeting.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak pledged to repeal the Sedition Act in July 2012 as a continuation of his pledge to afford Malaysians greater civil liberties.

On another note I think the NUCC should be revamped, there are too many people with their minority political and personal agenda in it,example if the Bar Council is well represented in the working Committee on Law and Policy then the NUCC is kaput, I am quite sure by the time their report come out all hell will break loose because it will not meet the majority requirement. Nak unity macam mana?

1 comment:

tebing tinggi said...



Najib are never known's to listen to the rakyat , other then his adviser and consultant .
He dont even listen to UMNO that voted him in ,or probably UMNO are with him too .
What choice does Malay have then ?.