Tuesday 4 September 2012

Sebarkan: Polis siar gambar Himpunan Janji Bersih, orang ramai diminta bantu siasatan

Polis siar gambar Himpunan Janji Bersih, orang ramai diminta bantu siasatan
September 03, 2012

KUALA LUMPUR, 3 Sept — Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan ASP Azmi Abd Azizi di talian 019-2602344,” kata Ku.

Ketika perhimpunan ambang merdeka, Khamis lalu sekumpulan peserta perhimpunan itu dilihat memijak gambar pemimpin negara, membawa bendera “baharu” sebagai pengganti Jalur Gemilang dan ada yang menunjukkan punggung di khalayak ramai. — Bernama


In pictures, source Polis KL Facebook here:

MENGENAI KESALAHAN YANG DILAKUKAN OLEH PESERTA PERHIMPUNAN JANJI BERSIH DI DATARAN MERDEKA PADA MALAM 
30 OGOS 2012

Berikutan dari sidang media yang telah diadakan pada 2 September 2012 bersabit kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa Perhimpunan Janji Bersih pada malam 30 Ogos 2012, pihak Polis menyiarkan sejumlah (11) keping gambar hasil penelitian gambar-gambar yang telah dirakam semasa kejadian berlaku.

Polis Kuala Lumpur menyeru kepada orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang gambarnya disiarkan oleh media untuk tampil menyalurkan maklumat kepada mana-mana Pegawai Polis, Balai Polis, Hotline PDRM ditalian 03-20319999, Hotline Polis Kuala Lumpur ditalian 03-21159999 atau berhubung terus dengan ASP Azmi bin Abd Azizi talian 019-2602344.

t.t
(DATO’ KU CHIN WAH) SAC
KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH
KUALA LUMPUR

( Dikeluarkan pada 3 September 2012 )

Gambar #1
Gambar #2

Gambar #3
Gambar #4

Gambar #5

Gambar #6

Gambar #7

Gambar #8

Gambar #9

Gambar #10

Gambar #11

No comments: