Friday, 27 July 2012

Tidak sepatutnya berlaku...

Saya tertarik dengan penulisan Blogger Helen Ang mengenai satu surat dari CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA (PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA) KEPADA GEREJA-GEREJA DAN UMAT KRISTIAN MALAYSIA BERKAITAN PILIHANRAYA UMUM KE-13 YANG AKAN DATANG bertarikh 18 Julai 2012 yang ditandatangani oleh Uskup Datuk Ng Moon Hing Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif, Persekutuan Kristian Malaysia. 

Saya tidak berminat untuk membincangkan merit  atau demerit surat tersebut, saya fikir itu hal merekalah untuk memberitahu pengikut mereka apa yang patut lakukan atau tidak, mengikut lunas lunas agama mereka dan undang-undang negara Malaysia yang dirahmati ini.

Walau bagaimanapun ada satu perenggan didalam surat tersebut yang tidak berapa manis dibaca oleh rakyat Malaysia terutama mereka yang beragama Islam:

Link kepada surat PKM tersebut disini
Apakah maksud PKM dengan perenggan ini:

Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang undang, penegahan ataupun larangan.

Tidak munasabahlah  jika PKM sebagai sebuah persekutuan agama yang dianggotai rakyat Malaysia tidak tahu mengenai Perlembagaan Malaysia:

Ekstrak daripada Perlembagaan Malaysia (Sumber disini):

Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

Saya tidak kisahlah parti-parti politik yang mana pilihan kalbu yang dimaksudkan oleh PKM didalam surat mereka itu, tetapi adalah tersilap besar jika mereka ingat Perkara 11 Perlembagaan Malaysia boleh diubah/reform dengan sewenang wenangnya oleh mana mana Parti politik yang memenangi PRU13 yang akan datang.

 
Sekian.

No comments: