Monday 6 June 2011

After the 57th PAS Muktamar 2011, I can safely say a vote for PAS is just a vote for the DAP

The unexpected defeat of many pro-Ulama candidates in the just ended PAS Muktamar marks a watershed in PAS's chequered history,  the victory of the liberals and professionals candidates  marks the end of PAS struggle for an Islamic State and a victory for their allies, the DAP and Anwar Ibrahim:


Kemenangan bagi Anwar, DAP

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kekalahan calon ulama dalam pemilihan Pas hari ini melengkapkan penguasaan DAP terhadap parti berasaskan Melayu dan Islam dalam pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, kemenangan besar calon-calon profesional itu juga membuktikan kejayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon-calonnya atau kumpulan Anwarinas di dalam Pas.

"Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Pas selepas ini tidak ubah seperti buah catur kepada Anwar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejayaan kumpulan profesional menguasai jawatan tertinggi di dalam Pas menewaskan calon pro ulama pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam. Read more here.

Some are more blunt:

PAS tersungkur di pintu syurga




Dengan kemaraan geng Erdogan ,ejen DAP dan anwarinas dalam PAS,telah membuka satu lembaran baru dalam sejarah perjuangan sebuah parti antara yang tertua selepas UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.PAS yang dahulunya dengan terkenal dengan Negara Islam, Hudud dan pelbagai unsur keislaman yang cuba diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat.Tapi lihat selepas muktamar PAS , apa dah jadi???

Kini PAS sedar agenda mereka tidak sampai kepada rakyat dan tidak diterima pakai khususnya oleh golongan bukan islam . Golongan bukan islam tidak faham konsep yang cuba dibawa oleh PAS satu ketika dahulu yg begitu hebat dengan pendirian mereka terhadap islam.

Tapi kini, PAS sudah berubah corak dengan cuba menarik sokongan melayu dan bukan islam melalui apa yang diucapkan oleh Hj Hadi pada muktamar baru-baru ini .


“Apa yang penting adalah pelaksanaan. Kalau letak jenama saja tak laksana tak ada faedah. Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan”.

Tema Negara Kebajikan pula yang dicetuskan oleh Hj Hadi, mana perginya "Daulah Islamiyyah" yang dulunya kuat dilaungkan oleh Pemimpin PAS???? Takkan sampai disini sahaja perjuangan islam PAS, negara kebajikan yang macam mana PAS cuba nak ketengahkan. Kerajaan sekarang bukan negara kebajikan ka??

Saya ingin memetik kata-kata Mufi Perlis, Datuk Juanda Jaya yang menganggap muktamar PAS kali ini secara rasminya memperlihatkan retorik negara islam yang diperjuangkan parti itu selama 30 tahun lalu ditinggalkan sahaja. 

PAS kini yang diterajui oleh Barisan Kepimpinan Tertinggi yg baru dijangka  bakal menerima tempias menjelang PRU-13 ini . Akar umbi PAS sudah banyak bercakap dan kedengaran ketidakpuasan hati mengenai kemenangan Mat Sabu dan konco-konconya yang menewaskan golongan Ulama dalam pemilihan kali ini. Sokongan Melayu dijangka akan meleset buat PAS dan pengundi atas pagar banyak akan memilih BN sebagai platform menyuarakan suara mereka. Mereka merasa perjuangan PAS sama seperti perjuangan PKR hanya untuk menaikkan Anwar Pandikutty sebagai PM selepas melihat barisan kepimpinan PAS baru yang banyak dimenangi oleh peyokong kuat anwar dan DAP.

PAS ibarat sudah tersungkur dipintu syurga yang mereka janjikan buat ahli-ahli  dan penyokong mereka dengan keputusan yang mengecewakan akar umbi PAS sendiri dan amnya pengundi diluar sana . Read more from the blogger Pejuang Bangsa here.

I will be more blunt, after the PAS 57th Muktamar 2011, I can safely say that PAS leadership has thrown its founding principles out of the window for political expediency. 

PAS leaders even find it acceptable to be on the side of a convict jailed for abuse of power and now facing a charge of sodomy and who was ordered by the trial Judge to enter his defence.

I say a vote for PAS is just another vote for the DAP.

Posted in Chittagong, Bangladesh

1 comment:

Anonymous said...

Negara kebajikan semestinya memerlukan belanjawan yang besar untuk membiaya pelaksanaan program-program mengasuh dan menyusu yang meluas serta menyeluruh. Lihatlah negara-negara kebajikan lain misalannya Norway, Sweden dsb.

Lantaran itu, demi Malaysia menjejaki langkah negara-negara kebajikan contoh yang disebut tadi, maka bakal pihak pemerintah (PAS) hendaklah terpaksa menaikkan kadar cukai pendapatan peribadi serta korporat bagi memperolehi dana yang secukupnya.

TDM pernah dipetik sebagai berkata orang Cina merupakan pembayar income tax yang paling banyak. Baguslah tu. Masih ingat tak, sewaktu PAS menakluki Terengganu dulu, Tuan Guru Hadi Awang telah mempelopori pengenalan sistem kharaj? Teruskan usaha!