Thursday 7 January 2016

Di antara Vape dan Bauxite

“Islam itu akan indah jika ia melepasi batasan kepentingan ‘orang agama’ dan penguasa. Namun ia akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang,” 
Dr. Maza

Ada kebenaran dalam apa yg ditegur Dr. Maza Mufti Negeri Perlis itu:


PETALING JAYA: Mufti Perlis mempersoalkan golongan agamawan termasuk mufti yang ghairah memberi pandangan dalam isu vape namun membisu berhubung masalah bauksit di Pahang.

Datuk Dr Asri Zainul Abidin menerusi status Facebooknya, berkata betapa bersungguhnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membincangkan isu vape sehingga menjemput semua mufti ke sidang khas bagi membincangkan isu tersebut.

“Di media massa pula, tokoh-tokoh agama berbual ‘sakan’ tentang bahaya vape. Alangkah baiknya jika mereka lebih memberi perhatian terhadap isu bauksit, yang jauh lebih bahaya daripada vape?

“Apakah munasabah Islam hanya mengharamkan vape, tapi mendiamkan diri dalam isu yang jauh lebih besar dan bahaya?” soalnya lagi.

Selain fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, antara negeri yang telah mengharamkan vape ialah Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu,

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu risau sikap ‘berat sebelah’ yang ditunjukkan agamawan boleh menimbulkan salah faham terhadap Islam.

“Apakah pandangan agama hanya untuk rakyat bawahan sahaja, tetapi ‘sunyi’ segala dalil apabila membabitkan urusan atasan? Saya bimbang generasi muslim yang cerdas berfikir dan golongan bukan muslim akan salah faham terhadap Islam disebabkan sikap kita ini.

“Islam itu akan indah jika ia melepasi batasan kepentingan ‘orang agama’ dan penguasa. Namun ia akan kelihatan tidak indah jika dikendalikan secara tidak seimbang,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah melahirkan simpati terhadap penduduk Kuantan yang terjejas ekoran perlombongan bauksit dan menggesa kerajaan bertindak segera mengatasi masalah itu.

I hope Dr. Maza will keep on his critiques of the so called ulamak-ulamak in Malaysia.

No comments: