Saturday 16 January 2016

Al-fatihah untuk Almarhum Tun Razak pejuang bangsa dan negara

Al-fatihah untuk Almarhum Tun Razak dan semua ikon-ikon dan pejuang bangsa dan negara yang telah meninggalkan kita.

I had a long chat with Dato' Rahman yesterday, he was reminiscing the days when he was a young PSD officer in London 40 years ago when Allahyarham Tun Abdul Razak was receiving medical treatment for cancer which ultimately took his life. 

He remembered vividly how Toh Puan Rahah, PM Najib's mother carried herself in quite dignity throughout that period in her life yang sangat mencuba and wished that any PM's wife would be like Toh Puan Rahah standing firm and behind the scene giving strong moral support while the PM carried out his duty for the nation. 

This great nation of ours is being shaken morally and economically, what we need now is a Leader who is competent and honest who places nation first before family party or anything else, really some one like Tun Razak and his wife Toh Puan Rahah.

On Dato' Abdul Rahman's request and as a way of commemorating 40 years of Tun Razak's leaving us forever, I am reposting my blog post dated 22nd January 2015:

HARI-HARI TERAKHIR TUN RAZAK DI LONDON by Dato' Abdul Rahman Mohd Noor

I received this email from my old friend Dato' Rahman who has kindly shared some lost moments in our Nation's History when he was a young PSD officer newly stationed in London during the passing of Malaysia's second Prime Minister, Tun Abdul Razak. 

Dato' Rahman request that his article be posted as a lasting legacy for his children and a history lesson for all who would find time through their busy schedule to read:

HARI-HARI TERAKHIR TUN RAZAK DI LONDON

Bagi memperingati pulangnya ke rahmatullah Almarhum Tun Abdul Razak 39 tahun dahulu beberapa catatan telah di sertakan oleh beberapa orang tertentu. Saya secara peribadi, ingin juga berkongsi pengalaman semasa di arahkan menjadi pegawai bertugas selama Almarhum Tun menerima rawatan di London.

2.       Tidak ramai yang mengetahui kehadiran Almarhum Tun  di London untuk menjalani rawatan. Kami mula sadar apabila mantan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke London Almarhum Dato Abdullah Ali telah mengarah kami (katakanlah orang kepercayaan Pak Duta) menjadi pegawai bertugas.

3.       Ekoran daripada arahan tersebut maka mulalah saya dan Tuan Syed Kassim (colleague saya di Jabatan Penuntut Malaysia) berkongsi secara bergilir-gilir melaksanakan tugas selama 7/8 jam setiap hari.

4.       Kami telah diingatkan supaya merahsiakan kehadiran Almarhum Tun daripada warga Malaysia di UK terutama sekali oleh penuntut kerana ianya adalah  arahan daripada Timbalan Perdana Menteri sendiri (Almarhum Tun Hussein).

5.       Pada mulanya Almarhum Tun telah tinggal di York House (rumah tetamu Kerajaan Malaysia). Almarhum Tun amat jarang sekali keluar dari kamar tidur dan hanya menerima pelawat yang dekat dan sah sahaja dibenarkan berjumpa beliau.

6.       Saya dimaklumkan bahawa ada juga ketika Almarhum Tun bersama pembantunya akan bersiar-siar di HydePark pada awal pagi (saya kurang pasti kerana hanya mula bekerja pada jam 9 pagi hingga 4/5 petang atau 5 petang hingga 11/12 malam setiap hari).

7.       Apa yang terpahat diingatan saya adalah cara YAM Tun Rahah (isteri Almarhum) membawa dirinya (carryherself) sepanjang masa beliau mendampingi Almarhum Tun. Beliau senantiasa berwajah ‘elegant’ serta murah dengan senyuman dan menerima tetamu dengan penuh kesantunan yang tulen. Hanya Tuhan sahaja yang mengetahui betapa gundah gulananya perasaan beliau melihat suami terbaring (berehat) sambil melayani tetamu.

8.       Saya pernah juga memerhati secara dekat YAM Tun Asmah (isteri Tun Mahathir) semasa mereka berada di London dan semasa saya di arah untuk mengiringi mereka melawat Universiti Oxford; Sussex University di Brighton (tempat Marina menuntut) dan semasa bertemu penuntut-penuntut Malaysia di Caudiff. Perwatakan mereka berdua hampir sama. Saya juga perhatikan Ibu Negara Iriani Jokowi (isteri Presiden Joko Widowo) mempunyai karektor dan  perwatakan yang hampir sama. Ada kemungkinan besar rakyat Indonesia akan memberi penghormatan yang tinggi kepada beliau sama seperti rakyat Malaysia memberikan penghormatan dan menyanjung YAM Tun Rahah dan YAM Tun Asmah.

9.       Setelah beberapa ketika tinggal di York House, Almarhum Tun telah meminta beliau dipindahkan ke Tower Hotel yang lebih berdekatan dengan Hide Park.

10.     Pada hari yang bersejarah itu, saya ditakdirkan bertugas di sebelah pagi. Sebaik sahaja saya sampai ke tingkat 7 (tempat kediaman Almarhum Tun) saya dikejutkan dengan aktiviti yang luar dari biasa. Saya telah dimaklumkan oleh Pembantu Khas Almarhum Tun, arwah Dato Ghazali Khalid bahawa mereka sedang menunggu ambulan untuk membawa Almarhum Tun ke Hospital.

11.     Almarhum Tun dengan memakai gown mandi (bath towel) telah di usung ke lobi Hotel dengan kerusi roda dan diletakkan di dalam ambulan.

12.     Itulah ketikanya saya dapat melihat tubuh Almarhum dengan jelas. Bukan  sahaja keadaannya amat lemah tetapi mukanya amat cengkung dan seluruh badannya amat kurus sekali.

13.     Saya tidak sedari air mata saya mengalir dan rasa sayu serta emosi saya amat tersentuh. Ini adalah kerana saya anak kelahiran Pekan, Pahang dan rasa terhutang budi kepada Almarhum Tun kerana memberi kerja tetap kerajaan kepada arwah ayah saya (Hj. Mohd Noor Bin Osman).

14.     Saya telah mengiringi ambulan dengan kenderaan saya. Sebaik sahaja Almarhum dimasukkan ke dalam Unit Rapi Harley Street Clinic, saya dan Arwah Dato Ghazali terpaksa kembali ke Tower Hotel untuk mengambil barang-barang ‘personal’ Almarhum Tun. Namun sekembalinya kami ke Harley Street Clinic, pakar yang merawat Almarhum Tun telah mengistiharkan pemergian Almarhum Tun.

15.     Tidak ramai yang ada di sisi Almarhum ketika itu. Salah seorang yang membisikkan syahadah ke telinga Almarhum ialah Tn Hj (arwah) Jamaluddin (Warden Malaysia Hall). Beliaulah yang telah mengambil alih semua urusan menyempurnakan jenazah.

16.     Jenazah Almarhum telah dimandi; di kafan dan di sembahyangkan di East London Mosque sebelum di bawa ke Kedutaan Malaysia di Belgrave Square untuk rakyat Malaysia terutama penuntut-penuntut memberikan penghormatan terakhir.

17.     Sungguhpun jangkamasa pengumuman kematian Almarhum Tun sangat singkat, namun ribuan juga yang sempat datang untuk memberikan penghormatan terakhir.

18.     Kami terpaksa juga menerima kritikan yang amat hebat terutamanya daripada Pemimpin Persatuan Pelajar serta beberapa orang pelajar ‘senior’ yang mempersoalkan keperluan merahsiakan kehadiran Almarhum Tun di London kerana mereka dengan lantang mengatakan  bahawa Almarhum Tun adalah Perdana Menteri mereka juga. Sungguhpun kami bersimpati dengan rasa kecewa mereka tetapi kami perlu patuh untuk memastikan maklumat ini tidak sampai kepada rakyat Malaysia di UK.

19.     Pada sebelah petangnya jenazah telah dibawa di Terminal 4 (bahagian kargo) Heathrow Airport. Apa yang saya kesalkan ialah keranda Almarhum Tun yang hanya di selubungi dengan bendera Malaysia telah di tinggalkan bersendirian di atas ‘tarmac’ beberapa jam sebelum keranda di pindahkan ke pesawat Khas. Maklum sahajalah cuaca ketika itu amat sejuk sekali dan semua pegawai Kedutaan serta individu yang mengiringi jenazah terpaksa berlindung dan memasuki dalam kawasan menunggu yang lebih selesa.

20.     Oleh kerana kematian Almarhum Tun adalah tidak diduga, maka banyak persiapan dibuat secara ‘ad hoc’. Alangkah baiknya jika sekiranya kedutaan ketika itu menjemput pelajar-pelajar melayu Islam untuk sama-sama membantu. Sekurang-kurangnya mereka boleh bertahlil dan bersedekah Yassin sementara menunggu jenazah di bawa pulang ke Malaysia.

21.     Tn Hj Jamaluddin telah mengiringi jenazah sampai ke Lapangan Terbang Subang di mana pihak berkuasa di Malaysia telah mengambil alih. Saya mendapat maklum bahawa sepanjang perjalanan ke Malaysia Tn Hj Jamaluddin telah memimpin bacaan tahlil dan Yassin. Jasanya tidak seharusnya dilupakan oleh sesiapa. Bayangkan betapa sulitnya jika beliau tidak mampu memimpin dan menguruskan jenazah Almarhum dari Harley Street Clinic sehinggalah ke Lapangan Terbang Subang.

22.     Semasa bertugas banyaklah episod-episod yang baik dan yang kurang menyenangkan yang boleh saya kongsikan bersama. Namun biarlah kita tumpukan sahaja kepada legasi-legasi positif yang di tinggalkan oleh Almarhum  Tun  agar rakyat sekarang dan pada masa akan datang akan mengingati beliau sebagai salah satunya anak watan yang terulung.

23.     Almarhum Tun meninggalkan kita di dalam usia yang realitifnya muda dan saya percaya banyak lagi usahanya untuk memperkasakan bangsa melayu amnya dan rakyat Malaysia umumnya yang tidak sempat di laksanakan.

24.     Saya percaya orang yang boleh membantu kita dalam hal ini ialah Dato Amir Yaakub (x Boss saya di Kementah). Beliau pernah menjadi Setiausaha kepada MAGERAN dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa Almarhum Tun menjadi Pengerusinya. Perhubungannya dengan Almarhum Tun sangat rapat sekali. Selaku Setiausaha beliau berurusan dengan Almarhum Tun hampir setiap hari bagi membincangkan program dan hala tuju Negara.

25.     Dato Amir pernah menceritakan kepada saya perasaan amat terkilannya kerana pelawaan Almarhum Tun secara beria-ia supaya  beliau mengikuti rombongannya ke London untuk rawatan telah tidak di sambut olehnya. Pada pertemuan mereka yang terakhir Almarhum Tun telah membuka rahsia bahawa beliau bertambah uzur sambil menunjukkan kepada Dato Amir keadaan badannya yang amat kurus dengan membuka butang ‘bush jacket’nya.

26.     Dato Amir telah bersara dari perkhidmatan kerajaan dengan penuh rasa kekecewaan. Jasa besarnya harus dikenang dan di ikhtiraf oleh Kerajaan. ‘That is the least the government can do to reward him for his dedication and for being a true nationalist’.

27.     Saya pernah juga terfikir kenapa banyak ikon-ikon bangsa melayu meninggalkan kita di usia yang masih muda dan dalam keadaan penuh ‘misteri’. Mungkin personaliti seperti Maarof Zakaria (Banker); Hanafiah Raslan (Banker) dan Aminuddin Baki (educationist) belum sempat memberi sumbangan yang optima serta amat bermakna sebelum meninggalkan kita. Begitu juga dengan Almarhum Tun. Pemergian beliau amat dirasai sehingga ke hari ini. Marilah kita bersedekah ‘al-fatihah’ semoga semua mereka ini di cucuri rahmat oleh Allah swt dan diletakkan mereka bersama-sama orang yang solehah. Amin.

ARMNOOR

21/01/2015

Thank You.

Additional reading:




No comments: