Thursday, 4 June 2015

Hari Raya is coming..better get ready earlylah wahai Ibu dan Ayah

Hari Raya is coming soon...well not so soonlah, we still have to do our fasting in Ramadhan first. Anyway for those of you who have children and is thinking about nice and exclusive dresses for them, cuba browse artikel Harian Metro ini:



Oleh Faizatul Farlin Farush Khan 

ffarlin@hmetro.com.my

Fesyen kanak-kanak kini semakin berkembang dan tidak terhad kepada gaun comel, seluar ataupun blaus. Malah, golongan cilik mempunyai cita rasa mereka sendiri dan sudah pandai memilih gaya digemari.

Melihat kepada perkembangan itu, butik Cipta memperkenalkan fesyen lebih anggun melalui koleksi jubah kanak-kanak menggunakan fabrik crepe Itali yang berkualiti tinggi serta rekaan eksklusif.

Menampilkan potongan menarik, jubah moden ala gaun kanak-kanak perempuan itu dijahit dalam tujuh saiz bagi disesuaikan dengan usia bermula setahun hingga 13 tahun.

Lebih menarik, jubah yang dijual pada harga bermula RM159 itu ditawarkan dalam sembilan warna ceria dan lembut antaranya hijau zamrud, hitam, krim, merah jambu, ungu, merah dan biru firus.

Menurut pengasasnya, Arif Eddy, jubah berkenaan dihasilkan memandangkan ia mendapat banyak permintaan daripada pelanggan yang mahukan pakaian kanak-kanak fesyen Muslimah yang menggunakan fabrik dan mempunyai rekaan berkualiti.

“Lebih penting, selain nampak anggun, kain yang dipilih juga tidak panas, sesuai untuk keselesaan kanak-kanak. Saya juga menambah perincian yang eksklusif pada jubah seperti penggunaan manik yang membuatkan ia juga sesuai digunakan ketika majlis perkahwinan termasuk sebagai pakaian gadis pengiring pengantin,” katanya.

Menurutnya, kotoran tidak mudah melekat pada fabrik jubah berkenaan selain ia mudah dicuci dengan tangan. Jubah itu dikeluarkan dalam stok terhad dan boleh didapati melalui laman Facebook: CiptaRTW dan Instagram: CiptaRTW.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:17 AM





In case some of you are wondering the founder of CIPTA RTW is Arif Eddy, my son.

No comments: