Tuesday 11 February 2014

Marilah kita sokong Dasar Pendidikan Negara, jangan sekali-kali kita benarkan Gomen tunduk pada ekstremis Dong Zong

This is something that the Prime Minister and the Deputy Prime Minister should take note, if the UEC is given Gomen recognition we will be a totally polarised country in just under 20 years. It is really bad for the country, the race relation is really bad as it is. Language Extremists Dong Zong's demands if met by the Gomen will destroy the fabric of our multiracial society, we will be many nations in one country.

Pengiktirafan UEC oleh kerajaan satu pengkhianatan kepada Dasar Pendidikan Negara - Dr Mohd Amir Sharifuddin

FEBRUARY 11, 2014

Perkasa memandang serius tuntutan oleh Dong Zong agar kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang tersiar dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi Perkasa pengiktirafan UEC itu oleh kerajaan atau kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah suatu pengkhianatan kepada Dasar Pendidikan Negara.

Dasar Pendidikan Negara bukan memihak kepada mana mana pihak tetapi adalah untuk kebaikan kita bersama.

Perkasa menganggap kerajaan adalah agen kepada kerosakan perpaduan antara kaum jika UEC diterima kerana ianya akan menjadi pemangkin kepada masyarakat Cina menghantar anak-anak kereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina sehingga peringkat tertinggi pendidikan di mana mereka tidak akan bercampur-gaul dengan pelajar dari kaum lain. Pastinya perpaduan kaum lebih buruk di masa akan datang.

Saya yakin dasar pendidikan kebangsaan adalah satu satunya alat perpaduan yang penting bagi Malaysia. Mana boleh sekolah berbagai aliran membantu perpaduan. Carilah sebuah negara lain di dunia yang mengamalkan sistem berbagai bahasa pengantar di sekolah.

Perkasa melihat Dong Zong masih mahu bersendiwara kerana setiap kali ada pilihan raya ketika itulah pelbagai tuntutan dibuat oleh Dong Zong. Dan setiap kali itulah Perkasa juga melihat kerajaan ada menunaikan sebahagian tuntutan mereka.

Perkasa gesa kerajaan cukup-cukuplah melayani kehendak Dong Zong. Lebih baik kerajaan tegas dalam membina perpaduan kaum negara ini bermula dari bangku sekolah lagi.

Perkasa tekankan bahawa kerajaan perlu hentikan segala bentuk bantuan kepada semua sekolah jenis kebangsaan ini. Lebih baik tumpukan kepada sekolah kebangsaan sahaja. Banyak lagi keperluan yang masih kurang di sekolah-sekolah kebangsaan.

Disebabkan bantuan begitu banyak diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan, kerajaan terpaksa mengurangkan peruntukan kepada sekolah-sekolah kebangsaan.

Sekolah kebangsaan adalah untuk semua pelajar berbilang kaum dan bukan untuk pelajar Melayu sahaja. Itu sebabnya dipanggil sekolah kebangsaan. Sekolah untuk semua kaum.

Mengapa tidak mewajibkan semua pejalar perlu berlajar di sekolah kebangsaan? Jika kaum lain mahu sekolah bahasa sendiri mereka perlu tanggung perbelanjaannya sendiri kerana dalam perlembagaan negara telah menyatakan begitu.

Cari waktu sesuai untuk belajar dalam bahasa lain selain bahasa kebangsaan. Semua rakyat wajib bersekolah di sekolah kebangsaan dan pastinya perpaduan antara kaum lebih erat di masa-masa akan datang.


Bukan setakat murid-murid sahaja, malah ibu bapa berbagai kaum juga boleh bergaul semasa mereka bila ada acara-acara tertentu. Apakah Dong Zong tidak terfikir ini sebagai satu kebaikan? Apakah Dong Zong tidak mahu anak-anak dan ibu bapa kaum Cina bergaul dengan kaum lain?

Perkasa tegas menggesa kerajaan jangan menerima UEC yang didesak oleh Dong Zong itu. Jangan kerana mahu sokongan undi di Kajang, kerajaan rela menggadai masa depan perpaduan negara. – 11 Februari, 2014.

* Profesor Dr Mohd Amir Sharifuddin adalah Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa.

No comments: