Saturday 7 May 2016

Apa nak jadi dengan orang Melayu diMalaysia ini?

Apa nak jadi dengan orang Melayu diMalaysia ini?


Berhentilah menyalahkan kaum lain atau jadi kan mereka sebagai boogeyman...

DrM's blogpost pasal 1MDB:

Saga 1MDB (Bahagian 1)
4 May 2016 | 1MDB

1. 1MDB bukanlah dana kekayaan sepertimana yang diwarwarkan. Selain daripada RM1.0 juta yang disumbangkan oleh Kerajaan, yang lain daripada RM 42,000,000,000 (42,000 juta) itu adalah wang yang dipinjam. Wang yang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ianya adalah liabiliti yang dikenakan ke atas 1MDB dan jika ianya gagal Kerajaan perlu membayar balik faedah dan pokok pinjaman. Jumlahnya adalah begitu besar dan jika Kerajaan tidak mampu membayarnya Kerajaan boleh jatuh bankrap. Ini adalah apa yang telah berlaku kepada Greece.

2. Kemungkinan ini berlaku membebankan pengurusan 1MDB dengan tanggungjawab yang berat dan menunjukkan kecuaian pengawasan oleh pihak Kerajaan. Dan dengan pantas sekali telah jelas kelihatan bahawa eksekutif dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka secara serius.

3. Shahrol, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB meminjam RM5.0 bilion daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah.

4. Pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi. Dalam satu kes Goldman Sachs telah dibayar komisen 10% untuk mendapatkan pinjaman dengan faedah 5.9%. Ini bermakna bahawa 1MDB hanya mendapat 90% daripada pinjaman tetapi perlu membayar faedah ke atas 100%. Ia adalah sama juga untuk pokok pinjaman.

5. Wang ini kononnya digunakan untuk membeli loji janakuasa dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Lesen-lesen untuk beberapa loji janakuasa ini hampir akan tamat. Jika pembelian telah ditangguhkan sehingga tamat tempoh lesen, harga pembelian akan menjadi kurang daripada harga pasaran.

6. Tetapi pengurusan seolah-olah tidak kisah untuk mendapatkan harga yang terbaik. Akibatnya apabila loji janakuasa ini dijual kepada orang Cina, 1MDB mengalami kerugian lebih daripada RM1.0 bilion.

7. Terdapat dua kes yang lain di mana Ketua Pegawai Eksekutif Shahrol telah bertindak tanpa kelulusan pengarah 1MDB. Dia telah memeterai usaha sama (JV) dengan Petro Saudi sebelum dilakukan “due diligence” yang intensif dan wajar. Kemudian dia melabur USD1.0 bilion dalam JV tersebut, juga tanpa kelulusan Lembaga.

8. Pelaburannya begitu besar dan ia memerlukan kajian “due diligence” yang menyeluruh dan perinci sebelum ianya dapat dibentang untuk mendapat kelulusan Lembaga Pengarah. Ketua Pegawai Eksekutif sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk melabur jumlah wang yang begitu besar. Tetapi ini adalah apa yang dia lakukan.

9. Tidak dapat dibayangkan bahawa dalam tiga ketika Ketua Pegawai Eksekutif, Shahrol, akan bertindak tanpa mengikuti peraturan syarikat. Dalam Memorandum Syarikat Seksyen 117 dinyatakan bahawa semua hal ehwal syarikat itu mesti diluluskan oleh Penasihat 1MDB, iaitu oleh Dato Sri Najib, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

10. Walaupun Shahrol mungkin cukup berani untuk bertindak tanpa kelulusan pihak Lembaga, tidak dapat dibayangkan bahawa beliau akan bertindak tanpa kelulusan Najib. Tanggungjawab bagi tiga tindakan yang dilakukan oleh Shahrol sudah semestinya telah dibuat selepas, atau atas arahan Najib, Penasihat syarikat. Jika tidak, dia akan telah dimarahi dan mungkin dipecat oleh Najib.

11. 1MDB tidak dapat membayar faedah sejumlah RM2.0 bilion bagi pinjaman. Ia terpaksa meminjam untuk membayar. Pinjaman kini telah meningkat kepada RM50 bilion mungkin kerana pinjaman berikutan. Peningkatan dalam jumlah pinjaman ini dicatitkan dalam laporan PAC.

12. Kemudiannya dilaporkan bahawa Najib mempunyai USD681,000,000, bersamaan dengan RM2.6 bilion Malaysia di dalam akaun peribadi rahsia beliau di Ambank. Tiada Perdana Menteri Malaysia harus mempunyai wang begitu banyak di dalam akaun peribadi. Beliau harus menolak sebarang pemberian sedemikian. Jika sekiranya ia bukan suatu jenayah, ianya adalah salah dari segi moral.

13. Pada mulanya Dato Sri Najib telah menyangkal kebenaran laporan itu. Beliau berkata beliau tidaklah begitu bodoh sehingga sanggup meletakkan wang di dalam akaun peribadinya. Tali barut beliau semuanya melaung-laung kata-katanya.

14. Kemudiannya beliau mengakui bahawa beliau memang mempunyai RM2.6 bilion dalam akaun beliau, tetapi ianya adalah hadiah. Kemudian beliau menjelaskan bahawa ianya adalah sumbangan dari Arab oleh kerana tindakan beliau terhadap I.S. dan minat beliau terhadap Islam.

15. Kemudiannya Arab tersebut menjadi seorang putera dan seterusnya Allahyarham Raja Saudi.

16. Tiada satu pun penjelasan beliau boleh dipercayai. Tiada siapa yang akan memberi jumlah wang sebesar ini kepada sesiapa pun walaupun beliau pernah melakukan sesuatu untuk Islam atau bagi perjuangan-perjuangan yang lain. Apa yang dipercayai adalah wang ini datangnya dari 1MDB, satu-satunya sumber wang begitu banyak yang boleh diakses oleh Najib. Sudah semestinya beliau menafikannya tetapi beliau tidak mempunyai sebarang bukti berdokumen untuk membuktikan bahawa wang itu tidak daripada 1MDB.

17. Kemudiannya IPIC yang telah dilantik sebagai penjamin bagi pinjaman untuk 1MDB membuat kenyataan kepada pihak berkuasa di London bahawa wang sejumlah USD1.7 bilion yang patut diterimanya tidak dibayar oleh 1MDB. Oleh sebab itu, mereka enggan membayar faedah berjumlah USD50 juta yang perlu dibayar ke atas pinjaman yang diambil oleh 1MDB.

18. 1MDB berkata ia telah pun membayar wang itu kepada anak syarikat IPIC bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands).

19. IPIC menyatakan bahawa Aabar PJS(BVI) bukanlah sebuah syarikat kumpulan IPIC walaupun ia mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd. Syarikat ini tidak menerima sebarang bayaran daripada 1MDB. IPIC membayangkan bahawa syarikat yang dibayar oleh 1MDB mungkin adalah sebuah syarikat palsu.

20. Terdapat saranan bahawa telah berlaku penipuan, dan Arul, Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB mengakui bahawa mungkin wang telah dibayar kepada syarikat yang salah. Tetapi 1MDB menegaskan bahawa IPIC perlu membayar faedah USD50 juta itu kerana ia adalah penjamin pinjaman. 1MDB tidak akan membayar.

21. Seseorang penjamin boleh dibertanggungjawabkan untuk membayar jika 1MDB adalah benar-benar tidak mampu membayar. Tetapi penjamin tidak diwajibkan untuk membayar hanya kerana 1MDB enggan membayar. Selain itu, IPIC sebagai penjamin tidak dibayar wang sejumlah USD1.7 bilion yang perlu dibayar.

22. Oleh sebab 1MDB dan IPIC tidak akan membayar faedah ke atas pinjaman, akan terjadi kemungkiran. Ini akan menyebabkan kemungkiran bertalian (cross default) bagi pinjaman-pinjaman lain yang diambil oleh 1MDB. Oleh sebab 1MDB ialah syarikat milik penuh Kerajaan, kemungkiran akan menjejaskan status kredit Kerajaan. Kerajaan mungkin tidak lagi dapat meminjam di pasaran.

23. Kerajaan akan mengalami defisit kewangan yang boleh membawa kepada kebankrapan jika pinjaman tidak diservis dan pokok pinjaman dibayar.

24. Dalam pada itu RM2.6 bilion dalam akaun Najib dikatakan telah dipindahkan ke bank Singapura. Singapura dikatakan telah membeku akaun beberapa orang sementara menunggu siasatan pengubahan wang haram (money laundering). Walaupun tidak disebutkan bahawa akaun-akaun yang dibekukan itu adalah kepunyaan Najib, Singapore, sebagai pusat kewangan, tidak boleh dilihat sebagai menutup satu kes yang jelas melibatkan pengubahan wang haram.


25. Bank Negara telah membuat laporan kepada Peguam Negara, barangkali mengenai wang Najib di Ambank. Tetapi Peguam Negara menolak laporan itu, dengan dakwaan tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri. Begitu juga laporan oleh SPRM turut ditolak oleh Peguam Negara. Isi kandungan laporan tersebut telah diisytiharkan sebagai rahsia rasmi untuk mengelakkan penelitian awam. Tetapi OSA tidaklah bertujuan untuk menutup kemungkinan berlaku jenayah.

Saga 1MDB (Bahagian II)

1. 1MDB, kemungkinan atas nasihat penasihat syarikat it, iaitu Perdana Menteri telah membeli tanah Kerajaan di Kuala Lumpur pada harga RM60 setiap kaki persegi di kawasan mana tanah telah dijual pada harga mencecah RM7,000 setiap kaki persegi. Najib yang juga Menteri Kewangan sepatutnya menjual tanah Kerajaan pada harga hampir harga pasaran. Dengan menjual pada kadar RM60 setiap kaki persegi, Kerajaan telah kehilangan banyak wang.

2. Jelas terdapat konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan adalah juga penasihat kepada 1MDB. Jika bukannya Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang melakukannya? Pegawai yang meluluskan penjualan ini harus didakwa atas kehilangan wang Kerajaan.

3. Tanah ini telah dinilai semula ke atas supaya nilai aset 1MDB meningkat menjadi RM50 bilion.

4. Begitu juga tanah lapangan terbang Sungai Besi telah dijual kepada 1MDB. Harga jualan tidak diketahui tetapi pada hakikatnya 1MDB sudah pun memiliki tanah ini dan telah membuat persiapan untuk memindah pangkalan TUDM ke Subang. Dengan menilai semula tanah ini nilai aset 1MDB akan sekali lagi meningkat. Sekali lagi Kerajaan kerugian banyak wang.

5. 1MDB kemudian menjual sebahagian daripada tanah di Jalan Tun Razak kepada Tabung Haji dengan harga RM 3,500 setiap kaki persegi. Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh bakal jemaah Haji telah digunakan untuk membayar balik pinjaman 1MDB. Ini adalah tidak adil kepada bakal jemaah yang sebahagian besarnya terdiri daripada mereka yang miskin.

6. Tanah juga telah dibeli di Pulau Pinang dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Tanah ini diduduki oleh hampir seribu orang setinggan. Selain daripada itu Pulau Pinang diperintah oleh parti pembangkang. Tidak mungkin rancangan pembangunan untuk tanah ini akan diluluskan.

7. 1MDB menghadapi kemungkinan kehilangan lebih banyak wang kerana pembelian ini.

8. Semua 1MDB pelaburan yang lain hampir tidak menghasilkan sebarang keuntungan. 1MDB tidak boleh membayar balik RM42 bilion yang ia telah pinjam. Terdapat bukti penipuan dan kehilangan wang yang tidak dapat diterangkan. Dakwaan bahawa wang telah dilaburkan dengan sempurna dan akan memberi keuntungan tidak dapat disahkan. Tiada terdapat bukti dokumentari yang boleh menunjukkan di mana jumlah wang yang banyak itu disimpan.

9. Kepercayaan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib adalah dari 1MDB tidak disangkal dengan sempurna dan kebolehpercayaan.

10. Hakikat Najib tidak menyaman Wall Street Journal kerana mendedahkan banyak kesalahan yang dilakukan oleh 1MDB dan Najib sendiri seolah-olah membuktikan bahawa apa yang akhbar itu laporkan tidak dapat disangkal. Begitu juga kegagalan untuk mendakwa Sarawak Report mengenai 1MDB dan USD681 juta dalam akaun peribadi Najib.


11. Ini hanya sebahagian daripada cerita 1MDB. Terdapat lebih banyak skandal yang melibatkan 1MDB daripada mana-mana lain dana dalam sejarah Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada sebab mengapa Najib perlu berhenti menjadi PM Malaysia.

Baca dan lihat...yang terlibat secara terus dengan skandal penipuan wang paling besar dalam sejarah Malaysia tu siapa? yang terlibat untuk cuba tutup skandal ni siapa? semua Melayu kan.

Baca:

Game over for 1MDB and Najib?

excerpts:

Numbers cannot be hidden

1MDB did a dirty sneaky trick when it allowed others to make an estimated RM6 billion by deliberately mispricing some of its key bonds. By flipping these bonds at higher prices once they are traded in the market, those who got first bite made billions. Meantime 1MDB and the nation pays higher interest rates.

And then there was the overpayment for their advisers, Goldman Sachs, by about RM2 billion for the various bonds they arranged - a loss of RM2 billion to the nation.

Add these up (RM3 billion + RM6 billion + RM2 billion), and they amount to RM11 billion. Add this to the RM33 billion in bond proceeds and investments that may never get recovered, and you get that RM44 billion. The final figure may well exceed that!

Those numbers cannot be hidden or hushed up. You can’t hide the movement of such large sums of money across international borders forever. Eventually the international authorities will get to the bottom of it and all will be revealed. The amount of fraud committed will become obvious and it will become impossible to deny it.

All the land that 1MDB has now is not worth that much - it’s not enough to cover the losses. The black hole that is 1MDB is already very obvious and soon more and more losses will crystallise while investigators across the globe tighten their noose on the miscreants - it’s a matter of time before they are nailed.

That means game over for 1MDB with losses of at least RM44 billion or more, and by extension for Najib Razak, the prime minister and 1MDB sponsor whose reign at the top continues to prolong the agony and prevent investigation to bring this to closure, among the saddest, longest chapters of our country’s history.

P GUNASEGARAM has no doubts that history will judge the perpetrators of the 1MDB fiasco, the worst ever financial scandal in Malaysia and probably the world, harshly. For Malaysia’s sake, he hopes they will be brought to account in their own country well within their lifetimes.

Read also:






Yes the architect of the 1MDB fiasco are Malays and they have done serious damage to the credibility and integrity of the Malays in Malaysia now and for many years to come. 

I hope they, and those who aid in covering the 1MDB crime will pay for what they have done..if not in my lifetime then in my children or grandchildren lifetime.


No comments: