Semenjak akhir-akhir ini nampaknya banyak cerita mengenai the Umno Gang of Seven yang mungkin termasuk Mantan Presiden Umno Tun M dan juga Timbalan Presiden Umno dan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia TS Muhyiddin yang mungkin disingkir terus dari Umno diatas kritikan hebat dan lantang mereka mengenai 1MDB dan bagaimana Perdana Menteri Najib juga Presiden Umno menangani masaalah fiasco 1MDB ini.
Mantan Menteri Zam wrote in his blog:
MUHYIDDIN MESTI DISIKINGRKAN DARI AHLI UMNO
Ok now we read what Umno Semporna has to say about 1 MDB and the Gang of Seven.:
Mantan Menteri Zam wrote in his blog:
MUHYIDDIN MESTI DISIKINGRKAN DARI AHLI UMNO
Tapi saya rasa cubaan penyingkiran Gang of Seven ini akan hanya memecah belahkan Umno yang buat masa ini didalam keadaan retak menanti belah mainly kerana fiasco 1MDB ini.
Belum lagi kita ambil kira rating Kerajaan BN dan Umno dan PM Najib sekarang dalam kajian yg dilakukan Merdeka Center baru-baru ini.
Petikan daripada lapuran Straits Times 17.10.2015:
- Malaysians' overall happiness with their government has steadily dropped since the 2013 General Election, when it hovered at around 50 per cent.
- Last year it was largely under 40 per cent, the Merdeka Centre pollster said, according to its survey released earlier this week.
- This plummeted to 23 per cent in the middle of this year.
- Worryingly, for the Umno- led Barisan Nasional ruling coalition, happiness among the majority Malay community - a reliable vote bank for Umno - has also dipped, from more than 50 per cent last year to 31 per cent currently.
- This is largely driven by the economy, with over two-thirds of respondents citing it as the top issue.
- According to the poll, dissatisfaction over how the government has handled the economy has risen to 80 per cent, from under 60 per cent for most of last year.
Read in full here.
Omputeh kata this is unprecedented! ..and I think Umno has got serious problems going into PRU14.
Berlatar belakang maklumat terkini adalah sangat tidak bijak jika pemimpin Umno sehaluan dengan Najib membuang Gang of Seven ini diatas kritikan mereka.
Sila baca blog Dato' Kadiaq untuk mengetahui dengan secara ringkas tapi padat hal 1MDB dan permasalahan nya disini:
Masa depan parti lebih penting daripada 1MDB, kata Umno Semporna
Umno Semporna membidas langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas pemimpin parti hanya kerana membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menegaskan hari ini, masa depan parti adalah lebih penting.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Semporna melahirkan kekecewaan mereka berhubung khabar angin mengatakan ketua bahagian mereka, Datuk Seri Shafie Apdal, merupakan salah seorang daripada 7 pemimpin yang bakal berdepan tindakan tersebut, selain Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa yang lain.
"Adakah bersuara demi kepentingan rakyat bukan lagi menjadi keutamaan kepada Umno?
"Adakah syarikat 1MDB ini sudah menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding parti Umno sehinggakan mana-mana pemimpin yang mengkritik cara pentadbiran dan pengurusan syarikat ini bakal berdepan dengan ancaman digantung, dilucut atau dipecat keahlian mereka?
"Adakah 1MDB ini milik Umno? Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti?"
kata Umno bahagian itu dalam satu kenyataan.
Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, 7 pemimpin Umno sedang disiasat dan berdepan tindakan penggantungan keahlian kerana melanggar peraturan parti.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nama-nama pemimpin tersebut.
Umno Semporna juga mahu membuat pertimbangan sebaiknya diambil terlebih dahulu sebelum membuat keputusan drastik hingga mengakibatkan Umno bertambah lemah.
"Adakah dengan penyingkiran, penggantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin yang banyak berjasa kepada perjuangan parti ini dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti Umno?
"Sedarkah pemimpin serta setiausaha agong Umno, majoriti ahli parti dan rakyat percaya, pemimpin-pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau ini, sebenarnya menyuarakan isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
"Kuat sangatkah Umno pada hari ini hinggakan kita seolah-olah lupa asas kepada perjuangan parti adalah perjuangan untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan pemimpin," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut juga mempertahankan Muhyiddin dan Shafie yang didakwa melanggar peraturan parti hanya kerana mengkritik 1MDB dan dipecat dari jemaah menteri pada hujung Julai lalu.
Umno Semporna juga mengingatkan kesan yang bakal dihadapi parti jika tindakan disiplin diambil terhadap kedua-dua pemimpin tersebut.
"Perlu kita ingat, setiap undi dan kerusi pada pilihan raya umum ke-14 akan datang adalah penting kepada survival Umno," kata kenyataan itu lagi, sambil menambah, tindakan disiplin itu hanya akan menghakis sokongan rakyat kepada Umno. – 30 Oktober, 2015.
Read in full here.
Soalan Saya:
Adakah Umno bersatu jika pengkritik 1MDB di buang keahlian mrk?
Bilakah 1MDB jadi core perjuangan Umno sampai pemimpin yg kritik di buang?
— eddydaud. (@eddydaud) October 30, 2015
I am Eddy bin Daud and I have voted UMNO/BN without fail for the past 5 PRUs
No comments:
Post a Comment