Saturday, 9 May 2015

Amarah

Copy Paste dari blog SyedOutsyedTheBox I hope he doesn't mind:

Isu Tabung Haji : Penjelasan Yang Biadap, Kurang Ajar Dan Menghina Pendeposit Tabung Haji
Saya diberi faham kenyataan yang berikut ini telah dikeluarkan oleh sebuah agensi psy-war Kerajaan, kononnya untuk mencerahkan kekeliruan Tabung Haji membayar harga tinggi dan lumayan untuk membeli tanah kepunyaan 1MDB. 

Jawapan dan komentar saya diselitkan dalam tulisan biru.

JANGAN POLITIKKAN TABUNG HAJI, BUKAN TABUNG HAJI BELI TETAPI ANAK SYARIKAT TABUNG HAJI BELI TUJUAN PELABURAN DALAM PERNIAGAAN HARTANAH

Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.

Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.  Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.

Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?

My comments : Ini adalah jawapan yang paling bodoh yang hanya boleh keluar dari otak orang yang kurang berpendidikan, tidak berpelajaran dan tidak faham apa pun berkenaan perniagaan dan corporate structure atau struktur syarikat.  Juga agensi psy-war Kerajaan yang menulis penjelasan ini cuba spin atau putar belitkan kenyataan untuk memperbodohkan orang kampong.

Anak syarikat mesti ada ibu syarikat (parent atau holding company), terutama sekali apabila ibu syarikat memegang 50% atau lebih saham anak syarikat.  Anak syarikat yang dipunyai 100% disebut 'wholly owned subsidiary'.  Dengan secara otomatik, akaun anak syarikat yang dipunyai lebih dari 20% sahamnya mesti digabungkan (consolidated) dengan akaun ibu syarikat. Jika ibu syarikat pegang saham lebih 50%, maksudnya 'anak syarikat' adalah tidak beza dari 'ibu syarikat'.

Modal untuk mulakan perniagaan 'anak syarikat' bukan jatuh dari pokok mangga belakang rumah di kampong. Modal anak syarikat datang dari ibu syarikat juga. Ibu syarikat yang kena tanggung  kewangan 'anak syarikat'.

Jika anak syarikat rugi, bankrap, kena saman hutang di mahkamah  dsbnya maka ibu syarikat, sebagai pemegang saham utama, akan turut tanggung rugi.

Contoh yang paling senang untuk faham perkara ini adalah 1MDB. 1MDB adalah anak syarikat Minister Of Finance Incorporated atau Perbadanan MOF.  1MDB boleh pinjam duit atas jaminan 'ibu syarikat' MOF (Kerajaan M'sia). Jika 1MDB bankrap, ibu syarikat terpaksa tanggung beban jaminan serta turut kehilangan duit. 

Kalau tidak begitu, cuba jelaskan kenapa ibu syarikat 1MDB ia itu MOF Inc baru ini beri pinjaman tambahan RM950 Juta kepada 1MDB? Kenapa tidak suruh 'anak syarikat' nya ia itu 1MDB pergi mampus saja? 

Tanah yang dijual kepada TH itu pun bukan kepunyaan 1MDB tetapi dimilik atas nama anak syarikat 1MDB (yang memang mempunyai banyak anak syarikat). 

Tetapi umum sedia faham pemilik yang sebenarnya adalah 1MDB. 

Seterusnya umum juga sedia faham bahawa pemilik sebenarnya adalah MOF Inc ia itu Kerajaan Malaysia (wang rakyat Malaysia).

Jelas bahawa status anak syarikat tidak melepaskan ibu syarikat daripada tanggung jawab, tanggung rugi dsbnya.  

Jadi tolonglah jangan tipu atau cuba klentong orang kononnya anak syarikat itu beza dan terasing dari ibunya.

THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.

Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?

Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.

Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?

Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.

Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.

My comments :  Ini ditujukan kepada agensi Kerajaan yang telah mengeluarkan kenyataan ini. 

Membohongi pendeposit dari kalangan penoreh getah, nelayan, petani, suri rumah, peneroka dan penjawat am yang hanya berdoa untuk menunaikan haji adalah satu perbuatan dosa besar yang bakal menjemput pelbagai bala atas kepala termasuk kalah pilihanraya (selain dari anak jatuh sakit, keluarga huru hara, rezeki tersempit dsbnya). Percayalah.  

Pertama sekali tidak ada sebarang jaminan projek bodoh ini akan membawa keuntungan.

Sura 18:23 - 24   Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". 

Jadi janganlah begitu bongkak dan takbur membuat spin bahawa projek bodoh ini dijamin mendapat untung besar. Sekurang-kurangnya sebutlah 'Insya Allah' dahulu. 

Kita belum tahu apa pun lagi. Sebenarnya tiada jaminan projek bodoh ini akan bermula pun. 

Kawasan Golden Triangle atau Segi Tiga Emas di Kuala Lumpur (Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi, Jalan Tun Razak dsbnya) menjadi Golden Triangle sebab ini adalah pusat tumpuan orang bukan Islam, termasuk pelancung Arab jahiliyah. 

Hotel antarabangsa, night club, karaoke, disco, rumah urut maksiat, bar, arak, perempuan murahan, kegiatan pelacuran dsbnya menjadi kegemaran mereka.  Inilah yang telah menjadikan Segitiga Emas ini famous. 

Justru nilai hartanah kawasan ini menjadi tinggi.  Inilah tempat tumpuan maksiat, pelacuran dsbnya yang dilarang syarak pegangan Tabung Haji - kononnya.  (Tetapi club house tepi Sungai Thames di London itu dikecualikan, bukan begitu pak aji?)

Soalannya bagaimana pula dengan perancangan Tabung Haji untuk melancarkan 'projek halal' dalam kawasan 'bukan halal' seperti Segitiga Emas Kuala Lumpur? 

Its too late - Tabung Haji telah terkonpius membayar RM2860 psf untuh tanah itu. Takkan Tabung Haji nak buat projek rumah kos rendah di atas tanah yang mahal gila macam ini.Sudah tentu harga jualan kondo atau ruang niaga yang bakal siap akan melebihi RM1000 psf, mungkin RM2000 psf atau lebih.

Maksudnya kondo siap bina seluas 1000 sf perlu dijual dengan harga RM1 juta ke atas.    Soalannya berapa ramai kah orang Melayu, bumiputra atau orang Islam yang akan mampu membeli kondo dan ruang niaga "halal" dengan harga RM1 juta atau RM2 juta yang bakal dibina oleh Tabung Haji (err maaf oleh anak syarikatnya) di "kawasan maksiat antarabangsa" Segitiga Emas ini? 

Sudah tentu TH terpaksa menjual projek yang telah siap mengikut kehendak pasaran ia itu di mana majoriti pembeli adalah orang bukan Islam yang ingin menjalankan perniagaan dan kegiatan mengikut kesukaan mereka yang lazimnya bukan halal dan tidak menepati syarak TH. 

Jika TH meletakkan syarat halal, kena ikut syarak dsbnya apakah pembeli bukan Islam sanggup menanggung risiko untuk mulakan perniagaan atau menduduki tempat penginapan mengikut syarat halal dan syarak TH? Saya rasa tidak mungkin.

Kecuali TH 'melonggarkan' syarak untuk membenarkan pembeli bukan Islam menjual arak, menjalankan perniagaan rumah urut, bar, nightclub, hotel antarabangsa, karaoke dsbnya yang menjadi kegemaran pelancung asing, Arab jahiliyah, pelancung negara Barat, Korea, Jepun, China dsbnya.  

This is a maksiat area brader, according to your syarak. 

You have to sell the completed units at RM1000 psf or more. How many Malay buyers or Muslim buyers can afford to buy these expensive units.  The Chinese wont buy if you put your halal and syarak restrictions. So how are you going to sell this project?  Halal hotel will not make money.  Even the Pak Arab dont want to stay in halal hotels. The  Pak Arab want beer, whiskey and women. That is why there are more Pak Arab in Phuket and Bangkok than in KL.  

Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.

Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.

Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?

Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.

Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.

Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.

Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.

Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka.

My comments : Inilah hujah bodoh oleh orang yang tidak tahu niga atau pun orang yang sanggup menjadi penipu untuk menyokong perbuatan mencuri atau songlap duit.

Tanah itu dibeli dengan harga RM60 psf sahaja dari Kerajaan. Itu adalah serupa dengan ungkapan "daylight robbery". 

Sudah tentu hak rakyat telah dicabul.  

Di manakah lojik nilai harga tanah boleh berlipat ganda sebanyak    47 kali  (RM2860 / RM60 = 47 kali) dalam tempoh beberapa bulan atau beberapa tahun yang singkat sekali?  Sudah tentu hak rakyat Malaysia telah ditipu untuk menjual hak mereka kepada 1MDB dengan harga murah RM60 psf sahaja. 

Jika TH boleh membuat valuation yang menunjukkan nilai RM2860 psf pada tahun 2015, bagamana pula valuation yang tidak begitu lama sebelumnya boleh letakkan nilai yang begitu redah sekali ia itu hanya RM60 psf? Bukankah ini satu penipuan? Bukankah ini satu kecurian hak rakyat?

Jadi apakah hukum syarak yang sanggup beli tanah dengan harga kepala hotak apa pun, yang sebenarnya adalah pencabulan dan pembolosan hak rakyat Malaysia?

The a$$holes have acquired property by cheating the people of their rights. 

Pihak Tabung Haji perlu faham bahawa Allah swt telah wahyukan sebuah kitab kepada manusia yang disebut kitab Al Quran.  Dalam kitab Al Quran itu tersebut juga ayat-ayat seperti berikut :

Surah 7:85    "Dan kepada penduduk Madyan (Kami utuskan) saudara mereka Nabi Syuaib. Ia berkata: "Wahai kaumku sembahlah kamu akan Allah, (sebenarnya) tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya; dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah menjadikannya dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman."

Dengar baik-baik ok " "..


Kaum yang tersebut itu kafir. Mereka tergelincir pegangan mereka sebab mereka suka mengurangkan sukatan dan timbangan dan mereka suka menipu manusia. Mereka lebih gemar mengurangkan bagi orang perkara-perkara yang menjadi hak manusia. 

Jadi tabung haji pula macam mana? Rela kah TH mengikut fe'el kaum kafir yang ditegur Nabi Syuaib itu? Kalau Nabi Syuaib kata 'jangan kurangkan perkara-perkara yang menjadi hak manusia' maka TH pula nak kata apa pula?

"We dont care. That is not our problem. We dont care how 1MDB bought that land or what price they paid. That is not our concern." Boleh ke macam itu? 

Kalau TH betul tak tahu apa benda yang telah berlaku, then its ok. Kita boleh simpati atas alasan Tabung Haji bodoh.  If TH really did not know the history of 1MDB or this TRX land then its ok. TH must be stupid too.

Tetapi satu dunia telah sedia faham bahawa 1MDB telah mendapat tanah mahal itu dengan harga yang paling murah ia itu RM60 sahaja.  The whole world knows that land was bought at a ridiculously low price of RM60 psf.
  • Tanah Seksyen 7 Shah Alam, jauh dari KL,  harganya lagi mahal RM100 psf.   
  • Tanah dekat Nilai  (Bandar Puteri) lagi mahal ia itu RM80 psf. 
  • Tanah Equine Park, Sri Kembangan jauh dari KL pun lagi mahal RM150 psf. 
Habis macam mana pula tanah di kawasan elitis Segitiga Emas boleh dibeli dengan harga jualan lelong RM60 psf? 

TH tidak terpikir ke nak tanya kepada 1MDB :

..sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya.."

Apa yang sebenarnya telah berlaku ialah TH bersubahat dengan 1MDB untuk mengambil untung besar daripada tanah yang telah dibeli oleh 1MDB atas dasar

"...tidak sempurna sukatan dan timbangan, dan  yang telah kurangkan bagi manusia akan benda-benda dan perkara-perkara yang menjadi haknya.."
You are dealing in property that has been acquired through unfair and unethical means.  Macam mana tuan-tuan boleh cuci benda yang tercemar jadi benda yang suci pula?

Dan sekarang TH sanggup menjadi kerbau kampong yang dicucuk hidung untuk membeli tanah itu dengan harga RM2860 psf pula;  atau dengan harga 47 kali berlipat ganda daripada harga "menipu hak rakyat" itu.  

Macam ini pun masih boleh menepati syarak ke? Masih halal ke?
 
Dan sekarang TH bakal mengalami kerugian besar daripada memajukan projek di atas tanah itu sebab risikonya adalah sangat tinggi. Mengikut dokumen yang bocor di Internet yang tidak dinafikan oleh TH, pengurusan Tabung Haji telah meletakkan amaran 'High Risk' untuk beberapa aspek projek ini.

TH membuat pelaburan yang sebenarnya 'speculative' yang mempunyai risiko yang sangat tinggi.  

Pelaburan ini  membahayakan duit  pendeposit yang terdiri dari petani, nelayan, penoreh getah,    pengusaha kecil, suri rumah, penjawat awam, anak yatim dan rakyat biasa di kampong yang tidak faham pot pun apa itu psf, GDV, Segitiga Emas, 1MDB, Crystal champagne, Paris Hilton, "the earth moving under my feet" dsbnya.

Surah Nisaa : 10  "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala. "

Makan harta sesiapa pun dengan cara zalim  lebih kurang lah. Menelan api ke dalam perut. 

Better watch out. Nanti anak jatuh sakit, family jatuh sakit, family bermasalah, rezeki jadi sempit, selalu rasa gelisah - semua ini serupa 'menelan api ke dalam perut'. 

Just wait and see. 

For more go here.

No comments: