Tuesday, 28 January 2014

'Konsensus Nasional' - Anwar should get his messy party in order and accept the result of the 13th General Election first

YB Zahid Hamidi should have got consensus before he recommend Anwar's 'National Consensus' to the YAB PM, the YAB PM too should seek consensus with the UMNO's MT before talking to the Cabinet about Anwar's offer which by his tricky past, is likely a Trojan Horse designed to look pretty but in reality will mess up everything that goes on in this country. 

Anwar is responsible for the disunity between the Malays and its no secret that is why the DAP is keeping him as Opposition Leader specifically to keep the Malays disunited so that DAP is strong and can be the ultimate kingmaker in Malaysia's politics. If you don't know this then please just go to work enjoy your salary go on holiday don't bother about politics in Malaysia.

Tan Sri Shahrir Samad has some strong words for Zahid Hamidi:

From TMI:

Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak bersetuju dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyambut baik gesaan mewujudkan konsensus nasional dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Ahmad Zahid menerima baik tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi bagi Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu, PR perlu terlebih dahulu menunjukkan keikhlasan sebelum menawarkan sebarang konsensus nasional dengan kerajaan.

"Itu pandangan dia, pandangan saya lain," kata Shahrir kepada The Malaysian Insider merujuk kepada kenyataan Zahid yang mengalu-alukan saranan Anwar.

"Orang yang buat kacau, dia (Anwar) betulkan tempat dia dulu, dia punya sendiri. Kalau kita pun sama terlibat dalam benda ini, orang kita pun sendiri, kenalah tegah orang kita dahulu," katanya.

Anwar yang juga ketua pembangkang pada Ahad lalu sekali lagi mengulangi cadangan mewujudkan konsensus nasional dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun cubaannya sejak selepas pilihan raya 5 Mei masih belum membuahkan hasil.

"Mereka (pembangkang) boleh menunjukkan keikhlasan, bukan hanya tunjuk hendak rekonsiliasi nasional sahaja.

"Mana yang Anwar boleh kawal, dia patut buatlah. Janganlah nak rekonsiliasi tapi orang dia provok seperti Adun PKR buat demo kangkung tidak senonoh. Apa keikhlasan dan asas hendak rekonsiliasi macam itu?" kata Shahrir merujuk kepada demonstrasi kangkung Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk, Lee Khai Loon.

Shahrir yang juga bekas anggota Kabinet di zaman pentadbiran Tun Abdullah Badawi berpendapat Anwar tidak layak untuk bercakap tentang konsensus nasional.

"Saya lagi skeptikal, Anwar cakap rekonsiliasi nasional sudah banyak kali.

"Saya ketawa sahaja. Adakah mereka yang sepatutnya meminta rekonsiliasi nasional," katanya.

Anwar dilihat serius apabila sekali lagi membuat tawaran perbincangan konsensus nasional dengan BN pada Ahad, tiga hari selepas gesaan sama dikeluarkan beliau sebelum itu.

Anwar sebelum ini membuat jemputan sama kepada Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut berkenaan ekoran beberapa siri demonstrasi dan tindakan rakyat yang agak keterlaluan sehingga dikhuatiri mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyaksikan BN mendapat keputusan lebih buruk, hilang tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding pada 2008 selain gagal untuk merampas kembali majoriti tradisi dua pertiga di Dewan Rakyat.

Perebutan berhubung penggunaan kalimah Arab Allah oleh penganut Kristian dan Islam menguji pentadbiran Najib.

Selain itu, penyelarasan subsidi serta kenaikan harga barangan dan perkhidmatan menambahkan lagi kemarahan ramai pihak kepadanya.

PR mengkritik pendirian kerajaan dalam isu menyentuh poket rakyat dan pendirian kerajaan dalam isu kalimah Allah.

"Saya rasa mereka (pembangkang) kena berhenti perang dahulu, jangan menyerang benda yang bukan-bukan.

"Sebelum itu, kalau masih teruskan pelbagai provokasi, buat demonstrasi dan sebagainya, siapa hendak percaya," katanya.

BN berjaya memperolehi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen pada PRU13 lalu berbanding PR yang hanya memperolehi 89 kerusi.

Bagaimanapun, buat pertama kali dalam sejarah BN kehilangan undi popular apabila hanya mendapat 47% berbanding PR yang mendapat 51%. - 28 Januari 2014.

No comments: