Wednesday, 2 October 2013

Give a man a fish and you feed him for a day

'Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja'
Tun Dr. Mahathir

Saya terbaca Gomen ada perancangan untuk memberi wang lagi kepada rakyat Malaysia  melalui BR1M bagi tahun 2014. Walaupun tujuan BR1M ini amat murni ia itu untuk menolong rakyat Malaysia yang dikategorikan dalam gulungan tak berkemampuan, saya berpendapat bahawa BR1M ini hanyalah bersifat sementara dan tidak akan dapat menyelesaikan masaalah pokok ia itu membantu orang yang betul-betul daif dan miskin. Bak pepatah Cina yang berikut:

Give a man a fish and you feed him for a day. 
Teach a man to fish and you feed him for a lifetime.

.......patutlah difahami. 

Lagi baik peruntukan BR1M ini di gunakan untuk memberi latihan(living skills) kepada gulungan yang daif dan miskin supaya mereka boleh mendapat tambahan punca rezeki keluarga dengan berniaga atau menawarkan perkhidmatan harian yang diperlukan.


Saya sangat bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir:


PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.

Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Saya harap Gomen ambil perhatian teguran bernas dari Tun Mahathir, saya rasa ada banyak lagi cara lain untuk meraih undi untuk PRU14 akan datang.



No comments: