Sunday, 1 April 2012

Tuntutan rasis Dong Zong menambahkan lagi jurang perpaduan antara kaum

Another follow up article of the racist Dong Zong/DAP rally. Sourced here.

Dong Zong tebalkan lagi perkauman

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

DONG Zong cetus isu lagi. Rakyat tidak tahu apa motifnya kali ini. Tapi nampaknya Dong Zong lebih agresif dan serius. Tidak pandang kiri dan kanan lagi berbanding satu dekad lepas.

Nampak benar semakin 'besar kepala' lagaknya. Penulis tidaklah mahu komen panjang lebar motif perhimpunan Gabungan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia ini atau Dong Zong di Kajang baru-baru ini.

Sebab kalau 'terlangsung' pengamatan penulis, akan timbul pula kontroversi. Maknanya kontroversi 'di atas kontroversi' pula apabila membicarakan soal empat 'usul besar' yang dibangkitkan Dong Zong.

Dalam empat ini, salah satunya dikehendaki Dong Zong adalah mahu pihak Kementerian Pelajaran memindahkan segera guru-guru yang dihantar ke SJKC pada sesi persekolahan awal tahun ini yang tidak tahu berbahasa Cina. Ini termasuk guru-guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.


Mengambil pendekatan tidak berpihak, penulis semalam mengajukan kemelut yang dicetuskan Dong Zong ini kepada dua tokoh pendidik, iaitu bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad yang kini merupakan Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI). Dan seorang lagi, profesor yang sering dimomokkan 'Cina yang bukan Cina lagi' oleh Dong Zong, Prof. Emeritus, Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Ikuti suara hati kedua-dua individu ini mengenai tindak tanduk Dong Zong di Kajang tempoh hari.

Luahan Tan Sri Abdul Rahman:

"RANCANGAN yang dicadangkan Dong Zong ini jelas tidak mahu terima orang bukan Cina di SJKC. Saya amat terperanjat dengan tindak balas ini. Masakan orang Melayu dan India yang mengajar bahasa Melayu dan Inggeris di SJKC semuanya tahu berbahasa Mandarin.

Dahulu, kita dapat guru yang mengajar bahasa Inggeris, dia bukannya orang Inggerispun. Kalau yang mengajar bahasa Inggeris di sekolah Melayu pun, tidak semestinya dia boleh berbahasa Melayu.

Tindak tanduk Dong Zong ini seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada orang bukan Cina mengajar di SJKC. Tidakkah juga satu pembaziran juga jika orang yang tahu bahasa Cina nak mengajar bahasa Melayu pula.

Cuma, satu sahaja yang saya lihat kesan daripada perbuatan Dong Zong ini iaitu menebalkan lagi jurang perpaduan. Masalah kita sekarang adalah perpaduan. Perpaduan bererti kita semua kaum boleh bergaul bersama. Adakah baik sekolah Cina semuanya Cina belaka?

Seelok-eloknya yang bagus dalam bidang Geografi mengajar Geografi, bagus dalam bahasa Melayu ajar bahasa Melayu. Apa erti semuanya ini Dong Zong? Adakah anda tidak mahu bangsa asing di SJKC.

Kalau tebalkan lagi perkauman, jangan sebutlah kita tentang perpaduan. Yang saya boleh rumuskan ialah Dong Zong tidak mahu bangsa asing selain Cina di SJKC. Saya tak mahulah kaitkan isu ini dengan politik sementelah lagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlaku tidak lama lagi dah.

Apa yang saya perhatikan juga ialah sebelum ini belum pernah berlaku tuntutan-tuntutan serius seperti ini. Jika kita melayan Dong Zong, apa akan jadi pula jika sekolah Tamil pun nak begitu iaitu yang hendak mengajar bahasa Melayu di sekolah Tamil, mesti boleh berbahasa Tamil dan di Sarawak pula, kalau ajar bahasa Melayu, harus tahu bahasa Iban.

Kita pun di sekolah kebangsaan tidak mahulah yang mengajar bahasa Mandarin mesti tahu bahasa Melayu di sebalik boleh berbahasa Melayu (kebangsaan) itu sebenarnya satu keperluan nasional.

Sebenarnya orang boleh menilai Dong Zong ini sebab jelas tuntutannya bertentangan dengan dasar bahasa kebangsaan yang mengutamakan soal perpaduan. Kalau kita berpolitikpun, ia hanyalah politik perpaduan.

Sekali lagi kalau kita benarkan tuntutan Dong Zong ini, dikhuatiri nanti kita semua berpecah belah. Yang Melayu dengan Melayunya, Cina dengan Cinanya dan India dengan Indianya.

Dan dalam hal ini juga bukannya kerajaan menganaktirikan sekolah Cina. Banyak peruntukan pun telah dihulurkan ke SJKC.

Juga, sekali lagi saya ingin ingatkan jika kita melayan tuntutan kecinaan (Dong Zong) ini, ia bukannya untuk hari ini sahaja. Tetapi ia akan menjadi isu kecinaan jangka panjang. Kalau lepas PRU13 pun, ini tetap juga akan dibangkitkan balik. Dan kita pula terpaksa pikulnya untuk jangka masa panjang.

Dengan tuntutan Dong Zong ini, ia bererti perpaduan yang dilaung-laungkan tidak ada erti lagi oleh kerana perasaan kecinaan bertambah tebal. Kadang kala bila kita beri 'betis, mereka nak paha pula."

Kata Tan Sri Khoo Kay Kim:

"Ini (tuntutan-tuntutan Dong Zong) memang masalah yang hangat dalam politik. Hanya politik ada niat sendiri. Kita tidak tahu apa mereka mahu sebenarnya.

Saya pernah dikritik oleh ahli politik UMNO kerana minta supaya Penyata Razak dilaksanakan sebab penyata ini dari awal lagi menyebut objektif utama Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah perpaduan negara. Tetapi ahli politik UMNO tidak setuju, apa kita nak buat.

Dan akhbar-akhbar Cina pun selalu kritik saya. Sangat susah! bagaimana kita nak wujudkan negara yang bersatu padu. Bagi saya, semua warganegara Malaysia mesti kena tahu bahasa Melayu.

Saya inginlah menarik perhatian di sini bahawa hanya Malaysia satu-satunya di dunia yang ada sekolah vernakular. Di negara lain tidak ada. Di Singapura tidak ada sekolah Cina pun.

Bahasa Cina bukanlah bahasa kebangsaan. Tindakan Dong Zong ini saya fikir kerana mereka mahu masyarakat Malaysia terus menjadi masyarakat majmuk. Tiap-tiap kaum duduk berasingan.

Sedangkan kita sudah menjadi negara bangsa, mana boleh mereka mahu keadaan ini diulangi. Apa maksud warganegara pun mereka tak tahu.

Sekarang kita adalah orang Cina di Malaysia, bukannya kita berada di China. Kita sudah jadi orang Malaysiakan.

Sebenarnya istilah bangsa suatu ketika dahulupun bermaksud kaum juga. Tetapi selepas Perang Dunia Kedua, apabila PBB ditubuhkan, kita terjemahkan United Nation Organisation sebagai

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Bangsa itu nation, bukannya kaum.

Saya juga ingin ingatkan juga kalau di China tidak akan ada tuntutan-tuntutan sebegini (yang dilakukan Dong Zong) boleh disaksikan. Apa yang ditetapkan oleh kerajaannya, itulah juga dasar kebangsaan yang mesti dipatuhi. Singapura pun begitu juga, tetapi di sini (Malaysia) lain.

Saya bagaimanapun tidak boleh beri pandangan tentang tuntutan-tuntutan Dong Zong ini. Ini disebabkan mereka benci pada saya. Apa saya kata, mereka tidak setuju.

Definitely the Gomen must decide on unity over votes, as the racist Dong Zong and their supporters are in cahoot with the divisive DAP. The Gomen would not lose anything as their votes are already with the DAP, just look at how the hooligans treated the MOE Deputy Minister Dr Wee. Such Shameless Behaviour only reflects a failed education.
 

No comments: