Friday 11 December 2015

Is it me or did Pas's Hj Hadi just sekolahkan Umno?

'Pas juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. Pas beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari ALLAH SWT'
Tok Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS 10 Disember 2015

Dalam ucapan pembukaan PAU 2015 semalam, the under siege Presiden of Umno   mempelawa Pas untuk join BN .


I was rather skeptical about the offer made when Umno now is at the weakest in its history.

In fact I would be surprised if Pas with its own Islamic agenda would ever be able to work together with Umno's shall we say diverse agenda. I think the only reason why Pas support Najib and please note Pas support Najib not UMNO ok, is because Najib leading Umno to PRU14 would certainly cause massive hemorrhage of votes from the usual voters who voted UMNO in past PRUs. 

Remember Umno have only 3.2 million members while there could be 10 million Malays who are eligible to vote in PRU14. PAS and maybe PAN will be the immediate beneficiary of the votes lost by Umno in PRU 14 and guess who is going to be the PMmaker after PRU14?....read.....


PAS adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa depan yang sejahtera.

Lebih enam dekad Pas berjuang membawa Islam dan syariatnya. Pas mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya.

Pas juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.

Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, Pas selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat ALLAH SWT dengan mana - mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.

Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik Pas akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa Pas Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.

Pas juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. Pas beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari ALLAH SWT.

Pas ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, Pas adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama Pas Pusat.

*Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Pas

Indah sungguh ayat menolak Tok Guru, siap disekolahkan sekali Presiden dan Umno nya.

I think I will vote Pas in PRU14 if they put a candidate in my constituency. I want moral people who uphold the law as my representative in Parlimen and Dewan Undangan Negeri.

Interesting read:

Boleh Sokong Tapi Kaji Jugalah Fakta

No comments: