Saturday, 22 August 2015

Diambang Merdeka 2015


Diambang Merdeka 2015 adalah baik jika kita semua Rakyat Malaysia termasuk orang Politik yang jadi Eksekutif  dalam Kerajaan yang parti mereka memenangi mandate untuk memerintah SEMENTARA sehingga PRU yang akan datang dan juga Penjawat Awam yang berpangkat tinggi dan rendah baliklah kepada perkara pokok:

 


Saya tahu thema Merdeka tahun ini 'sehati sejiwa'...memang molek sungguh dengarnya saya sokong...tapi dalam keadaan politik negara yang tidak berapa nampak selesa semenjak perlucutan jawatan Peguam Negara TS Gani Patail pada 28 Julai 2015 yang lepas, saya harap Rukun Negara ini dihayati semula oleh semua Rakyat Malaysia.

Ingatlah:

Kesetiaan kita adalah kepada Raja dan Negara, bukan kepada pemimpin politik yang datang dan pergi mengikut  PRU yang datang setiap 5 tahun, maka beringat-ingatlah bila menjalan kan tugas menjaga keselamatan dan kemakmuran Negara kita Malaysia.

1 comment:

tebing tinggi said...



Pemimpin dan pimpinan negara seharusnya memberi tauladan yang baik ,bukankah begitu lebih mudah .