From time to time retired Senior Civil Servant Dato' Abdul Rahman Mohd. Noor will send me e-mails of his writings to be shared by all Malaysians. This email from the good Dato' is about the hottest thing in Malaysia now, hotter than the hot spell that Malaysia is experiencing right now.
Please take time to read Dato' Rahman's letter which I was told has been read by all parties mentioned in it:
Semuga usaha Murni untuk reconcile Tun Mahathir dan Dato Sri Najib kesampaian. InsyaAllah.
Please take time to read Dato' Rahman's letter which I was told has been read by all parties mentioned in it:
Sengketa
Di antara Dato Sri Najib dengan Tun Mahathir
–
Usaha ikhlas yang tidak kesampaian.
Tidak
ramai di antara kita yang rela mengaku kegagalan dalam satu-satu usaha. Namun
oleh kerana sengketa di antara pemimpin-pemimpin ini sudah tentu sekali akan
memberi impak/kesan terhadap iklim serta halatuju politik Negara, maka dengan
rasa ikhlas hati saya ingin mencatitkan usaha-usaha yang telah di lakukan agar
anak-anak serta generasi saya masa depan akan mengetahui peranan kecil yang
telah saya mainkan untuk mendamaikan mereka berdua.
2.
Kesemua yang terlibat telah
dihubungi dan diberi kesempatan untuk mengesahkan kesahihan catatan-catatan
saya. Namun saya ingin mengistiharkan bahawa saya bertanggungjawab sepenuhnya
di atas segala yang di utarakan dalam artikel ini.
3. Pada awal tahun 2013, dan setelah diperkenankan untuk menyembahkan kepada
Tuanku Sultan Johor mengenai minat saya untuk melaksanakan satu projek di
Johor, maka saya telah menyediakan satu surat permohonan kepada Dato Sri Najib dan
seterusnya berjumpa dengan Tun Mahathir dengan harapan agar surat saya akan
dapat di salurkan kepada Dato Sri Najib
dengan sokongan. Projek yang saya maksudkan adalah ‘Brain Child’ Tun M semasa
beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
4. Sungguhpun Tun M bersetuju dengan segala
alasan-alasan yang saya beri namun pandangan serta kenyataan berikutnya amat mengejutkan
saya.
5. Tun M dengan terus terang mengatakan bahawa Dato Sri Najib
tidak mahu lagi mendengar dan menerima pandangan-pandangannya. Saya cuba dengan
sopan mengingatkan Tun M bahawa saya anak kelahiran Pekan Pahang dengan harapan
kenyataan negatif terhadap Dato Sri Najib dapat dikurangkan. Saya gagal.
6. Antara perkara-perkara yang menjadi
rungutan Tun M adalah;
a) Penubuhan
PEMANDU dan dua insan yang menjadi tulang belakang organisasi tersebut.
b) BR1M
c) Trans
Pacific Partnership (TPPA)
d) Kesediaan
Dato Sri Najib untuk tunduk kepada kuasa besar seperti USA.
e) Agenda
Bumiputra secara keseluruhan.
7. Surat saya kepada Dato Sri Najib sungguhpun
di terima oleh Tun M dengan janji untuk membantu, namun saya hampir pasti
bahawa tiada tindakan lanjutan yang telah di ambil olehnya.
8. Semua kenyataan-kenyataan Tun M serta
pandangannya terhadap Dato Sri Najib amat mengganggu fikiran saya . Setelah di
kaji secara mendalam dan memerhati perkembangan politik Negara , maka saya
telah membuat kesimpulan bahawa terdapat banyak kebenaran di atas
pandangan-pandangan yang di utarakannya.
9. Pada awal
2014 saya telah terpanggil untuk menyediakan satu artikel bertajuk ‘Pandangan Yang Tidak Di Undang’dan menyerahkan satu salinan kepada Dato Sri Najib melalui peguamnya.
10.
Secara ringkasnya saya dengan ikhlas
hati menyatakan bahawa persepsi rakyat
terhadap pentadbirannya kian merosot dan mungkin akan menjejaskan legasi positif yang telah di tinggalkan
oleh Tun Razak.
11. Di antara syor saya untuk memperbaiki
keadaan adalah:-
a) Menyuntik
semula semangat juang di kalangan kakitangan awam.
b) Melantik
kumpulan bijaksana untuk membantu bijakpandai di setiap lapisan pentadbiran
kerajaan.
c) Memastikan
setiap program ‘mesra rakyat’.
12.
Oleh kerana tiada respon daripada Dato
Sri Najib, maka saya beranggapan bahawa tugas dan niat saya untuk membantu telah
selesai sehinggalah Tun M membuat pengistiharan untuk tidak memberi sokongan
lagi ke atas Kerajaan yang di pimpin oleh Dato Sri Najib.
13. Saya telah dapat rasakan bahawa jika
perkembangan baru ini tidak dapat dibendung maka ianya akan mengakibatkan
keadaan yang lebih buruk di hari-hari mendatang.
14.
Secara kebetulan rakan kongsi saya amat
dekat dengan Tun M sekeluarga. Beliau telah bersetuju untuk cuba juga
mendamaikan mereka berdua dan telah bersedia untuk membawa Tun M berjumpa
dengan Dato Sri Najib secara rahsia agar ‘salahfaham’ di antara mereka dapat
diselesaikan melalui saluran kekeluargaan. Kami juga tahu strategi bagaimana
untuk melembutkan hati Tun M.
15. Saya tiada talian terus kepada Dato Sri
Najib untuk mengaturkan perjumpaan yang kami rancangkan. Oleh demikian cubaan
telah saya buat untuk mengaturkan perjumpaan ini melalui kenalan-kenalan saya :-
a) Mantan
SUPOL Dato Sri Najib.
b) Peguam
peribadinya.
c) Bapa
saudaranya.
Kesemua mereka memberi
reaksi samada tidak mampu tidak berminat ataupun tidak bersedia.
16. Tanpa perasaan putus asa, saya telah
menghubungi dan bertemu mantan ipar saya yang juga orang bergelar di Pahang
untuk membantu. Beliau adalah kenalan Dato Sri Najib dan bersedia membantu jika
mempunyai kesempatan untuk bertemu dan
menjelaskan kesemuanya secara empat mata apabila Dato Sri Najib dapat
melapangkan masa semasa berada di Pekan. Beliau
tidak dapat masa dan kesempatan yang diharapkan bersama-sama Dato Sri Najib.
17. Oleh kerana pada pandangan saya sengketa di
antara Dato Sri Najib dan Tun M kian meruncing, maka saya sebagai usaha
terakhir, telah memberanikan diri untuk mendapat bantuan daripada Datin Sri
Rosmah sendiri. Barang di ingat sungguhpun saya telah mempunyai nombor telefon
bimbitnya sejak beberapa tahun yang lepas, namun inilah pertama kali saya telah
cuba berhubung dengan beliau. Datin Sri Rosmah tidak mengenali saya dan kami
tidak pernah berjumpa ataupun bersua-muka.
18. Pada bulan Oktober 2014 saya telah menghantar mesej kepada Datin Sri untuk
mendapatkan bantuan supaya kedua pemimpin ini berdamai. Saya memetikkan rayuan
saya :-
“Salam
Idul Adha Datin Seri, maaf jika menggangu. Kemelut di antara YAB dengan Tun M
amat membimbangkan. Ianya perlu di atasi melalui saluran kekeluargaan dan bukan
melalui saluran politik. Saya selaku anak Pahang dan partner (anak angkat Tun M
dan Tun Asmah) bersedia mendamaikan mereka. Saya berikhtiar menyampaikan hasrat
kami ini kepada Dato’ Seri Najib tapi tidak berhasil. Harap sangat Datin Seri
dapat menyampaikan usaha kami yang perlu di RAHSIAKAN ini kepada YAB. Kami
penuh keyakinan negara memerlukan kepimpinan Dato’ Seri sekurang-kurangnya 2
penggal lagi. Saya bersedia berjumpa Datin Seri dan Dato Seri untuk memberi
penjelasan lanjut. tq dan wassalam. Dato Rahman.”
19. Inilah jawapan balas yang telah saya terima
daripada Datin Sri Rosmah :- (Respon yang telah di edit).
“Ada
baiknya Dato’ berjumpa sendiri dengan Dato’ Najib. Sekiranya benar Dato’
merupakan anak angkat Tun Mahathir, apa salahnya Dato’ nasihatkan beliau.
Apakah yang beliau mahukan sebenarnya. Saya kira apa yang Tun lakukan bukanlah
sesuatu yang mendatangkan kebaikan baik di sisi Allah mahupun Negara”.
20. Inilah jawapan balas saya :-
“Pembetulan
Datin Seri. Saya bukan anak angkat Tun M tapi partner saya. Saya anak kelahiran
Pekan Pahang. Rancangan kami adalah untuk mereka mengadakan pertemuan empat
mata dan bincang hati ke hati seperti
anak dan bapa atau rakan karib. Pls believe me I have met Tun M and he
loves Dato’ Seri ‘s family like his own. Things are going to get worse and
nobody would benefit except d enemies of the state. I was one of the 5 Malaysian
who personally witnessed Tun Razak’s death in London after being tasked to be the
duty officer by the high commissioner arwah Dato Abdullah Ali. I want Dato’
Seri Najib to continued Tun Razak ‘s positive legacy. Well Datin Seri I have
tried my best to help and if I fail to assist then it is not for lack of trying.
Wassalam. Rahman.”
21. Jawapan balas daripada Datin Sri Rosmah (Respon
yang telah di edit) :-
“Tun
Mahathir seharusnya perlu ikhlas dalam komennya. Jangan hanyamencari kesalahan Dato’
Najib”
22. Saya telah memberi jawapan seperti berikut:
“
Datin Sri mengikut partner saya tiada apa yang Tun mahu. Hanya dia kecil hati
saja. Maklumlah Tun sudah berumur. Itulah sebabnya saya cuba ikhtiar supaya
mereka berjumpa 4 mata n bincang hati ke hati. Kami mahu d Seri Najib kekal PM
sekurang2 nya 2 penggal lagi. Saya penuh keyakinan kemelut ini boleh di
selesaikan ASAP. Kalau boleh sebelum PAU ini. Datin Seri, I’m not a politician
neither am I a big time businessman. I am just a retired civil servant who
sincerely want Dato Sri to succeed. Wassalam.”
23. Ada beberapa perkara lagi yang saya
bincang, namun ianya tidak releven kepada isu yang diperbincangkan di sini.
24. Pada bulan Januari 2015 saya telah berkesempatan berjumpa dengan Tun M sekali
lagi. Tujuannya adalah untuk memberitahu Tun bahawa;
a) Projek
yang saya pohon bantuannya pada tahun
2013 telah di tunda (komen Tun M amat menarik).
b) Memaklumkan
kepadanya buat pertama kali bahawa saya adalah pegawai yang menganjur
perjumpaan-perjumpaannya semasa di London dan Cardif dan mengiringinya semasa
lawatan-lawatannya ke Oxford dan Brighton pada
pertengahan tahun 70-an. (Tun ingat-ingat lupa).
c) Untuk
memaklumkan bahawa saya masih tidak berputus asa untuk Dato Sri Najib berdailog
secara ikhlas dengannya.
25. Mengenai
para (C) di atas, Tun M dengan
nada yang serius telah menyatakan kepada saya bahawa masa untuk memberi ruang berdailog
dengan Dato Sri Najib telah berlalu. Mengikutnya, Dato Sri Najib telah berjumpa
dengannya beberapa hari sebelum saya berjumpa beliau dan menghabiskan masa selama
hampir 2 jam di mana Tun M telah memberikan buah fikiran bagaimana keadaan yang
tidak menentu boleh dipulihkan. Mengikut Tun M satu pun tidak di ambil endah
oleh Dato Sri Najib – ‘masuk telinga
kanan keluar telinga kiri’.
26. Bersamaan dengan isu dan kontroversi pembunuhan
Altantuya ; perlaksanaan GST dan kemelut 1MDB , maka saya sudah boleh agak
bahawa Tun M akan mengambil tindakan
yang lebih ‘decisive’ dalam masa terdekat. (sekembalinya dari
bercuti di Argentina bersama-sama rakan kongsi saya).
27. Jangkaan saya telah menjadi kenyataan
apabila Tun M pada bulan April 2015 dengan tanpa berselindung telah menyarankan
agar Dato Sri Najib berundur dari tampok
kepimpinan kerajaan atas alasan-alasan yang sudah pun umum mengetahui.
28. Kehampaan di atas kegagalan amat saya rasai
oleh kerana kami mempunyai peluang yang amat istimewa dan terbaik untuk
mendamaikan kedua pemimpin ini. Niat saya adalah semata-mata untuk membalas
budi Almarhum Tun Razak terhadap keluarga saya dan rakan kongsi saya yang amat
rapat sekali dengan Tun M (pangkat anak angkat) sedia pula untuk membantu.
29. Saya telah sekali lagi memaklumkan kepada
Datin Sri Rosmah pada bulan April 2015
mengenai rasa hampanya atas kegagalan misi saya. Di antara isi kandungan adalah
seperti berikut :-
“Salam
Ybhg Dato Seri, ampun dan maaf jika
mengganggu. Saya pernah berusaha untuk mendamaikan PM Najib dengan Tun M,
beberapa insan yang rapat sengan PM Najib termasuk Datin Seri telah saya cuba
hubungi untuk kedua mereka mengadakan pertemuan 4 mata namun tidak berhasil. 3
bulan lalu saya bertemu Tun M sekali lagi tetapi beliau “berkerat rotan
berpatah arang “ dengan PM Najib dan meminta saya hentikan usaha”.
30. Saya telah juga memaklumkan kepada Datin
Sri bahawa saya bercadang untuk menulis artikel ini untuk menceritakan segala
usaha yang saya telah ikhtiarkan untuk mengelakkan sengketa yang sedang
berkembang sekarang daripada berlaku.
31. Respon daripada Datin Sri adalah seperti
berikut :-
“
Apa lagi yang Dato’ Najib nak cakapkan
kepada Tun? Beliau telah pun berjumpa dengan Tun sebelum beliau pergi bercuti.
Tapi Tun tidak bercakap apa-apa.
32. Jawapan balas saya adalah seperti berikut
:-
“
Salam Datin Seri, tqvm 4 responding. It is true that PM Najib met Tun 4 almost
2 hours before I last met Tun 3 months ago. That’s d reason he asked me not to
waste my time.
I
think it is rather too late now. The dispute bet them is going to be a
protracted war of attrition where all dirt on both sides will be exposed to
the benefit of the enemies of the state.
This is what worries us now..”..
Being
Pekan born I will always try and defend Najib on issues that r considered
slanderous. However there is nothing anyone can do if it is proven that news r
facts n true. Wassalam.
33. Saya telah mendapat jawapan balas yang
panjang lebar daripada Datin Sri Rosmah seperti berikut (Respon yang telah di
edit) :-
Its
ok.. I agree we must stand by the truth. Tun should not treat people according
to his whims and fancies. He must have concrete evidence before he could accuse
people of things. Najib has to prioritise the project in accordance to
affordability and needs of the rakyat. Malaysia belongs to the rakyat and not
him alone. There were many things that najib had give him which he could not
enjoy under Pak Lah.
I
stand by my husband because I know he is very kind man. He thinks of the rakyat
and the country the moment he opens his eyes. We all come second.
I
don’t think Tun should call people to fish for information because they all
come back to us. I believe, one should hold one’s stature with dignity and
credibility especially when you want to be known as a statesman. I also think
there is a limit to wants and desires. Particularly not at the expense of the
party, rakyat and the country.
34. Daripada respon yang diterima daripada
Datin Sri Rosmah, maka bolehlah saya membuat rumusan seperti berikut :-
a) Beliau
keberatan untuk membantu dalam usaha kami mengenemukan kedua pemimpin besar ini
bagi tujuan perbincangan dari hati ke hati.
b) Selaku
isteri mithali , beliau amat menyokong serta melindungi Dato Sri’ Najib.
c) Tentangan
Tun M adalah ekoran daripada keengganan Dato’ Sri Najib memenuhi kesemua
tuntutan yang di pohon beliau.
35. Saya pada mulanya memang tiada langsung
niat untuk mencampuri insiden salah faham di antara kedua pemimpin ini. Saya
sedar bahawa insan yang sekerdil saya tidak mungkin akan dapat memberi impak ke
atas kemelut yang sedang Negara alami sekarang. Malahan saya telah juga dicemuh
oleh rakan-rakan termasuk mantan boss saya supaya tidak menjadi tukang sibuk
(busy body).
36. Apa juga kritikan dan cemuhan yang
dilemparkan, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya dengan rakan kongsi
merasakan bahawa kami mempunyai kesempatan yang amat istimewa untuk menghindar
kemelut yang di alami Negara sekarang. Tidak
serupa insan-insan yang lain, saya lebih cenderong untuk menyaksikan pendamaian
daripada mengambil sikap menyebelahi mana-mana pihak dan memburukkan lagi
keadaan.
37. Kita bukan manusia maksum dan sudah
tentunya mempunyai segala kelemahan. Yang penting adalah supaya kita mengetahui
kesalahan dan cuba membetulkannya dengan seikhlas hati.
38. Sungguhpun setelah berbelanja wang sendiri,
menghabiskan masa dan di cemuh, saya
gagal sama sekali dalam usaha yang saya anggap murni ini. Namun saya dan
rakan kongsi masih belum berputus asa dan akan berusaha membantu mencari jalan
penyelesaian.
39. Sungguhpun Tun M telah juga memberi isyarat
bahawa hubungan beliau dengan Dato Sri Najib boleh di umpamakan sebagai ‘berpatah arang dan berkerat rotan’,
namun kami masih yakin bahawa dalam lubuk hati kecilnya Tun M masih sayangkan
Dato Sri Najib.
40. Umum mengetahui bahawa kedua belah pihak
telah bertekad untuk mempertahankan pendirian serta kemahuan mereka. Dengan
ikhlas saya berani menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak mempunyai kekuatan
tersendiri. Di sebelah pihak ianya mempunyai kuasa penjawat (power of incumbency) dan di sebelah satu pihak lagi
mempunyai kuasa rakyat (perceived people’s
power). Oleh demikian saya tidak hairan jika ianya akan berpanjangan hingga ke
PRU14. Jika ianya tidak di bendung dan diselesaikan sekarang maka ianya tidak
akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa. - “yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu”.
41. Apa yang saya khuatiri dan secara peribadi
tidak boleh menerima sama sekali ialah di mana pihak ketiga dengan senang
mengambil kesempatan untuk merampas Putrajaya ekoran daripada perpecahan di
antara kedua-dua pemimpin ini.
42. Akhir kata saya sekali lagi dengan penuh ikhlas
dan rendah diri ingin mengistiharkan bahawa saya bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap rencana ini dan tiada sesiapa yang mendorong atau mempengaruhi saya
untuk menyediakannya.
43. Saya berdoa agar dalam bulan yang penuh
dengan berkah ini kedua pemimpin besar kita ini akan terbuka hati untuk mencari
titik persamaan sebagai asas untuk memulakan proses pendamaian. Sifat berbaik
sangka di antara mereka mungkin boleh membawa kepada perkembangan yang lebih
positif.
44. Buatlah yang terbaik demi bangsa, agama dan
Negara.
Wallahualam.
Dato' Abd Rahman Mohd Noor.
Catatan
: Artikel ini di sediakan pada 26/06/2015.
Additional Read written by Dato' Rahman in my blog: