Friday, 19 September 2014

Warkah kepada Dato’ KPPN - Jabatan Pendaftaran Negara @jpnm_official

Kepada    : Yang diHormati  Dato’ KPPN @jpnm_official - Jabatan Pendaftaran Negara

Daripada : Eddy bin Daud

Tarikh     : 19 hb. September 2014

Subjek     : Cadangan perbaiki prosedur penyerahan MyKad baru untuk warga Malaysia berumur 12 tahun

Di-dapati kebelakangan ini banyak peristiwa di paparkan didalam laman sosial saperti Facebook dan Twitter dan 'blog posts' yang menunjukkan segelintir orang-orang muda tidak menghormati Lagu Kebangsaan kita. Sila rujuk di sini dan sini.

Bagi mereka yang sudah berumur sudah terlambat untuk diajar kalau mereka tidak menghormati Negara Ku mereka mereka perlu di-nasihati atau didakwa mengikut Undang-Undang yang sedia ada.

Disini saya ingin mencadangkan supaya kanak-kanak yang mencapai umur 12 tahun apabila mereka memohon MyKad nanti adalah baik jika prosedur penyerahan tersebut dibuat secara formal dan beramai ramai bersama dengan Ibu/Bapa mereka.

Atur-cara majlis tidak perlu panjang sekadar:

1. Sebelum mula acara Semua Hadirin berdiri untuk menyanyi Negara Ku.


2. Di ikuti ucapan ringkas oleh Pegawai Atasan Jabatan atau Kementerian mengenai perpaduan atau perkara-perkara lain yang bersesuaian.

3.  Selepas itu setiap penerima MyKad baru akan dipanggil bergilir-gilir bersama Ibu/Bapa mereka dan penerima diminta untuk membaca ikrar Rukun Negara sebelum mereka diberi MyKad mereka yang menjadi tanda permulaan alam dewasa mereka sebagai rakyat Malaysia.


Saya berharap cadangan saya ini mendapat perhatian pihak Dato' KPPN.

Sekian. Terima Kasih.

Eddy Daud

Luaskan lagi nyanyian Negaraku, jangan setakat dipawagam-pawagam:


No comments: