Saturday, 18 February 2012

Bayan Mutiara: So when will the Chief Minister resign then?

This will step up the temperature on the Bayan Mutiara Land scandal by a few notches and I have a few thots too on the Great Chinese Debate between Guan Eng and Dr Chua at the end:

Jual Tanah Di P.Pinang: Guan Eng Harus Letak Jawatan Ketua Menteri


GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang pada Jumaat mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata UMNO mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebusguna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.
"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.
"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini, Jumaat.
Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu. Menurutnya kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.
Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika UMNO boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.
Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah.
"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC,"katanya. -BERNAMA
Will CM Lim Guan Eng resign? No he is too ignorant and too arrogant to know that he has done wrong to the people of Pulau Pinang, its the same not so clever Guan Eng accepting the debate with Dr Chua on Saturday 18 February in Mandarin which for all practical purpose revealed the DAP as a Chinese party, not a multiracial entity like they tried to portray. 

Read a good post on how the MCA's Dr Chua has already won the debate which will take place on Saturday here, yup my blogger buddy BigCat can really pack a punch. Token Indians and Malays in the DAP please realise that you guys stick like a sore thumb in the Chinese party, go set up your own multiracial party ya.

No comments: