Friday, 30 December 2016
Thursday, 29 December 2016
The War in Syria - Peperangan Di Syria (2011 - ?)
Pencerahan Konflik di Syria
Fauzi Hasim
Akademi Siasah
Pertamanya, konflik di Syria bukan semudah Sunni vs Syiah. Ada sunni vs sunni juga.
Bukan juga Bashar Assad vs ISIS semata-mata. Musuh sebenar Bashar ialah kebangkitan rakyat Syria sendiri. ISIS hanya penyibuk.
Pihak yang terlibat:
Ada 4 fraksi besar yg terlibat:
1. Kerajaan Bashar Assad, yg dibantu oleh Hizbullah, Iran, Russia, dan militia Syiah dari Iraq, Pakistan dan Afghanistan.
2. Free Syrian Army (FSA)/Jaishul Hurr, yg terdiri drp berpuluh2 kumpulan. Mereka kebanyakannya adalah bekas tentera Kerajaan Syria yg tidak mahu bersama Bashar. Juga orang awam Syria yg mengangkat senjata. Mereka mendapat sokongan dari Turki, Qatar & Saudi. Ada juga group tertentu di selatan Syria yg dekat dgn US. Ada yg Islamik, ada yg sekular, ada yg salafis.
Berfahaman Sunni. Kerjasama antara kumpulan bersifat longgar.
3. Militia Kurdish yang di re-brand sbg SDF (Syrian Democratic Force). Mereka beroperasi di utara Syria(kawasan etnik Kurdish) dan berfahaman Sunni. Secara terang-terangan, mereka dibantu USA dari sudut dana & senjata.
4. ISIS - Mereka kebanyakannya jihadis luar yg masuk melalui Iraq. Berfahaman sunni tapi extreme. Sumber dana & senjatanya diragui. Sehinggalah Hillary Clinton terlepas cakap, "ISIS was created by US government".
Kesilapan utama dlm melihat isu Syria ialah menganggap kumpulan 1( Bashar & sekutu) sedang berperang dgn kumpulan 4 (ISIS) semata-mata.
Kronologi peristiwa:
1. Pada peringkat awal (2011) yg terjadi ialah kebangkitan rakyat Syria SECARA AMAN menentang kerajaan kuku besi Bashar Assad. Mereka mendapatkan inspirasi dari Arab Spring yang "berjaya" di bbrp negara Arab.
2. Kebangkitan ini dilawan dengan kekerasan oleh kerajaan. Rakyat yg turun berdemo dilawan dengan peluru hidup dan kereta kebal.
3. Sebahagian jenderal & pegawai tentera yg bersimpati kpd rakyat bertindak membelot dan mengangkat senjata melawan kerajaan.
4. Tertubuhnya pelbagai kumpulan bersenjata (FSA) yg dianggotai oleh bekas tentera & orang awam, yg sama2 mahu menjatuhkan kerajaan.
5. Dalam masa yg bersamaan, masuknya militia2 luar sama ada yg membantu Bashar ataupun melawannya.
6. Sekitar 2014, kerajaan Bashar semakin melemah. FSA sudah menguasai Kota Raqqah, Idlib, sebahagian besar Kota Aleppo, pinggir Damsyiq (Ghouta) dan majoriti kawasan pedalaman.
7. Namun kerajaan Bashar masih kebal kerana menguasai ruang udara melalui jet pejuang & helikopter yg tidak dimiliki FSA.
8. Turki secara terang-terangan mendesak pengunduran Bashar Assad dan dipulihkan demokrasi di Syria.
9. Turki mendesak diwujudkan "no fly zone" di Syria, agar jet pejuang & helikopter Bashar tidak lagi superior di udara. NATO menolak permohonan Turki, sedangkan "no fly zone " pernah dikuatkuasakan di Libya ketika menjatuhkan Gaddafi. Dari sini sudah dapat dilihat "permainan" US dan sekutunya.
10. Pada 2014, secara misteri muncullah ISIS yg datang dari Iraq. Mereka menawan kawasan yg SUDAH DIKUASAI FSA, dari Kota Albukamal hingga Raqqah.
11. Kemudian munculnya SDF yang berjuang utk mewujudkan Zon Kurdish sepanjang sempadan Turki- Syria. USA secara terang-terangan menyokong SDF dari segi dana & tentera.
12. FSA adalah pihak yg paling dirugikan dari kemunculan ISIS & SDF.
Di lapangan, kawasan yg sudah diambil dari kerajaan Bashar sekarang "dicuri" pula oleh ISIS dan SDF.
Di mata masyarakat antarabangsa, disangka FSA itu ialah ISIS juga, dengan imej extreme dan anti demokrasi.
13. Pada hujung 2015, Russia masuk bertempur secara rasmi. Jet tempur Russia menambah lagi "air superiority" yg sudah dimiliki Bashar.
14. FSA semakin lemah. Terpaksa melawan Bashar,Iran, Hizbullah, militia Shiah, Russia, ISIS, dan SDF sekaligus. Satu demi satu kawasan FSA jatuh.
15. November 2015, jet Rusia ditembak jatuh oleh jet Turki di sempadan Syria-Turki. Rusia menyalahkan Turki. Dalam keadaan kurang jelas, Erdogan mengatakan bahawa Turki ada hak untuk mempertahankan ruang udaranya. Hubungan diplomatik Turki - Rusia meretak.
16. July 2016, kudeta di Turki hampir berjaya menjatuhkan Erdogan. Salah seorang pemberontak yg ditahan ialah juruterbang jet Turki yg dulunya menembak jet Rusia. Komplot kudeta diatur dari dalam USA. Erdogan tersedar bahawa USA bukan sahabat yang boleh dipercayai. USA mahu menjatuhkan Bashar Assad di Syria dan Erdogan di Turki sekaligus.
17. Erdogan pun buat 'u-turn', dengan memulihkan hubungan dengan Rusia. Namun pendirian Erdogan terhadap Bashar masih sama, iaitu rejim Bashar mesti ditukar. Cuma Turki masih belum mampu mencari win-win solution yang boleh menguntungkan Turki & Rusia di Syria. Walau sudah berbaik dgn Turki, Rusia masih meneruskan kerjasama dgn Bashar & Iran atas kepentingan yg lebih strategik.
18. Ogos 2016, tentera Turki masuk ke Syria secara rasmi. Ini kerana SDF tajaan US makin pesat berkembang dan hampir merebut seluruh sempadan Syria-Turki. Namun tentera Turki "hanya boleh" menyerang kawasan ISIS utk mengelakkan pertempuran langsung dengan tentera Bashar (yg didokong Rusia) dan SDF (yg didokong US).
19. Disember 2016, timur Kota Aleppo yg dikuasai FSA sejak 2012 akhirnya ditawan tentera Bashar & sekutu. Ini sudah dijangkakan kerana tiadanya "no fly zone", tiada bantuan dari US, dan Turki yg terpaksa berhati2. Perlu diingat, punca utama kejatuhan Timur Aleppo ialah kerana dikepung oleh tentera Bashar, dan kewujudan "ISIS belt" dan "SDF pocket"yang memisahkan FSA dalam kota aleppo dengan FSA yang berada di sempadan Turki. Pendek kata, FSA dikepung oleh tentera Bashar, ISIS dan SDF sekaligus.
20. Kawasan Timur Aleppo dihuni 250 ribu penduduk yg rata-ratanya anti Bashar. Di sinilah kubu kuat FSA dan menjadi inspirasi penentangan terhadap Bashar di tempat2 lain. Pertempuran di sini dijoloki "mother of all battles" . Boleh dijangkakan apa yg akan dialami mereka apabila tentera Bashar berjaya menguasainya.
21. FSA masih menguasai kawasan yang agak luas di wilayah Idlib dan sempadan Turki. Pejuang FSA yang berundur dari Kota Aleppo meneruskan perjuangan mereka di sini. Peperangan masih jauh daripada berakhir.
Kesimpulan:
- Pertempuran awal ialah antara rakyat Syria dgn kerajaan Bashar. ISIS, SDF , Hizbullah dan militia Shiah adalah orang luar yang memburukkan keadaan.
- Iran & Hizbullah membantu Bashar demi meluaskan pengaruh politik Shiah di Timur Tengah. Atas nama Shiah, militia Shiah dari Iraq, Pakistan dan Afghanistan pun datang berbondong-bondong.
- Rusia membantu Bashar atas kepentingan di Timur Tengah, seperti pengkalan tentera di Tartus (Barat Syria).
- USA tidak ikhlas untuk membantu rakyat Syria, kerana Syria yg tidak stabil adalah menguntungkan Israel.
- USA memasang proksi di Syria seperti SDF (dan ISIS?) kerana menyedari FSA dan rakyat Syria tidak boleh diharap untuk menyokong US
- Turki telah berbuat yg terbaik utk membantu rakyat Syria, dengan membantu jutaan pelarian Syria, mendesak dipulihkan kerajaan awam di Syria, hingga keselamatan Turki sendiri terancam (siri letupan bom oleh pihak Kurdish & ISIS)
- Kelemahan FSA ialah tiadanya perpaduan sesama kumpulan, objektif perjuangan yang berlainan, kepimpinan yang lemah, kurang pengalaman berperang, dan dipermain-mainkan oleh USA.
- Penyelesaian yang terbaik ialah semua tentera/kuasa asing keluar dari bumi Syria, Bashar Assad diturunkan, dan dikembalikan kerajaan awam/demokrasi di Syria.
#AkademiSiasah
I agree with this:
Penyelesaian yang terbaik ialah semua tentera/kuasa asing keluar dari bumi Syria, Bashar Assad diturunkan, dan dikembalikan kerajaan awam/demokrasi di Syria.
it means:
The best resolution will be for all foreign troops to get the heck out of Syria, Bashar Assad to step down and democracy returned to Syria.
Tuesday, 27 December 2016
Crash Course World History - Conflict in Israel and Palestine
I find this wonderfully produced short video by John Green most helpful to understand the Palestinian-Israel conflict:
yup...the conflict was never about religion as some would like us to believe, it is about land.
Thursday, 1 December 2016
Day of Infamy- Lawmaker YB Khalid Samad is attacked within Parliament ground
YB Khalid Samad was targeted in what seemed to be a planned attack on his person by a group of people claiming to be from Pasir Salak on Parlimen grounds on 24 November 2016.
'THE attack on the Shah Alam Amanah Negara’s Member of Parliament, Abdul Khalid Abdul Samad, in the Parliament House on Thursday by rowdies is symptomatic of a morally dysfunctional society'
A Kadir Jasin
...the attack on Parlimen ground should never ever happen again and the perpetrators must be charged and punished under the fullest extent of the Law.
Subscribe to:
Posts (Atom)