Thursday 2 May 2019

Hamid Bador is officially our Ketua Polis Negara on 4 May 2019

Not long ago during the time of the then PM Najib Razak, a fearless Senior Polis Officer named Hamid Bador wrote this letter to the Government under the Administration of Barisan Nasional:


Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat, jiran, serta anak Malaysia yang bencikan kemungkaran, yang tidak berhenti-henti memberikan galakan serta mendoakan keselamatan diri saya serta keluarga. Saya amat terhutang budi. Sesungguhnya galakan dan doa-doa suci inilah yang memberikan saya kekuatan dan keberanian untuk terus memerangi kemungkaran.

Saya juga amat terhutang budi kepada pihak media kerana telah sudi memberikan ruang untuk menyiarkan rintihan hati kecil saya ini untuk tatapan rakyat Malaysia yang berasa amat terguris hati, marah, kecewa, hampa, geram serta terhimpit dengan “tingkahlaku tidak bertanggungjawab” pemimpin-pemimpin kerajaan sejak kebelakangan ini.

Sesungguhnya keputusan yang saya ambil untuk menulis SURAT TERBUKA KEPADA KERAJAAN ini adalah keputusan saya sendiri tanpa disogok atau dibatu-apikan oleh mana2 individu atau organisasi yang berkepentingan.

Saya bertindak atas sifat sebagai seorang pegawai kerajaan yang TERANIAYA, disebabkan oleh pendirian saya tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang secara terang-terangan telah melakukan kesalahan besar kepada negara.

Saya faham bahawa sebagai seorang pegawai bawahan saya terikat dengan beberapa peraturan yang melarang saya untuk menyuarakan apa2 kritikan terhadap kerajaan tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan dari ketua jabatan.

Saya juga faham bahawa satu bentuk tindakan disiplin boleh dikenakan ke atas diri saya. Malahan surat Beri Penjelasan 1 oleh Ketua Polis Negara telahpun saya jawab panjang lebar pada 15 Sept lalu.

Tetapi di waktu yang sama saya juga sedar tentang hak dan tanggungjawab saya, yang jauh lebih besar dan suci, di bawah PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA untuk mempertahankan negara dari segala bentuk ancaman termasuk yang berkaitan dengan JENAYAH.

Apatah lagi saya adalah seorang pegawai Polis Di Raja Malaysia yang telah mengangkat sumpah untuk berkhidmat dengan penuh kejujuran sebagaimana yang dikehendaki oleh AKTA POLIS.

Oleh demikian dengan penuh keinsafan dan berbekalkan doa orangramai ini saya memberanikan diri untuk berusaha menegakkan kebenaran bagi menyelamatkan pertiwi dari ancaman manusia-manusia rakus yang sedang bermaharajalela memporakperandakan segala sistem pentadbiran sedia ada dan secara terang-terangan melanggar undang-undang bagi memuaskan nafsu buas mereka.

Saya rasa terpanggil untuk tampil ke depan sekali lagi bagi bersuara kerana pihak yang bersalah dilihat belum insaf. Apalah pilihan yang ada pada saya untuk membuat aduan mengikut prosedur jabatan apabila hampir semua ketua-ketua jabatan terbabit dengan komplot membohongi rakyat sambil “merestui perlakuan jenayah” pemimpin-pemimpin tertinggi negara!!!

“What choice do I have???”. Perlu juga saya tegaskan di sini bahawa niat saya BUKANNYA UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN. Niat suci saya hanya untuk MENEGAKKAN KEADILAN. Siapa yang bersalah maka dialah yang akan menerima padahnya di sisi undang-undang.

Sesungguhnya undang-undang itu buta dari segi darjat dan kedudukan……tiada bezanya di antara seorang Pembantu Am Rendah dengan seorang Menteri……di antara seorang prebet dengan seorang general……di antara seorang konstabel dengan seorang komisioner dan di antara seorang peneroka FELDA dengan seorang jutawan terbilang!!! Jenayah tetap jenayah.

Ramai juga rakan-rakan saya yang ikhlas menyuarakan kebimbangan mereka tentang keselamatan diri saya. Ada di antara mereka yang menyarankan kemungkinan besar “hired killer atau killers” dari Selatan Thai telah diupah oleh “perompak-perompak” wang rakyat ini untuk membunuh saya.

Insya Allah saya tidak sekali-kali akan berundur. Saya akur dengan KEAGUNGAN ALLAH SWT. Lagi cepat saya mati….lagi cepat mereka masuk jel dan digantung leher sampai mati. Jika saya gugur sekalipun saya yakin perjuangan saya ini tidak akan terhenti di situ saja.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa usaha saya ini bukannya bermatlamatkan untuk saya mendabik dada demi kemenangan. Usaha saya ini hanyalah untuk menegakkan keadilan.

Saya lakukan semua ini semata-mata untuk menghambakan diri saya kepada rakyat bagi menyedarkan kerajaan bahawa keadaan negara semakin meruncing dan rakyat sudah loya melihat segala sandiwara yang dipersembahkan oleh pemimpin-pemimpin haprak ini. Jauh sekali niat di hati kecil saya ini untuk cuba menjadi jagoh atau mencari populariti.

Saya bukannya manusia yang egoistik…..bukan seorang berdarah panglima…..seorang yang sudah besar kepala……atau JOBO, mengikut slang orang REMBAU. Saya hanya ingin berbakti pada pertiwi tercinta. Apabila sudah pencen nanti saya tidak akan menyesal kerana saya telah berusaha gigih menjalankan amanat Allah SWT.

Saya mendapat tahu bahawa usaha untuk menghakiskan kredibiliti saya sedang giat dijalankan oleh pucuk pimpinan Cawangan Khas yang ada sekarang. Saya digambarkan sebagai seorang yang kecewa dan selfish kerana tidak dilantik menjadi Pengarah Cawangan Khas.

Kononnya saya tidak mengenang budi apabila permohonan saya untuk pencen awal telah ditolak oleh Ketua Polis Negara. Bila pulak saya memohon untuk pencen awal??? Saya menyeru kepada Pengarah Cawangan Khas, supaya ingat pesanan arwah orangtua kita dulu……jangan berbohong dan jangan gadaikan maruah diri dengan membela orang yang terang-terang bersalah demi merebut jawatan.

Seluruh peringkat organisasi Cawangan Khas didendangkan dengan cerita-cerita bohong yang kononnya saya ini “meroyan” dan seperti seorang yang “gila talak” selepas “ditendang keluar” dari Cawangan Khas.

Oh…oh…oh…jauh sekali melesetnya pemikiran mereka. Sebenarnya saya bukan seperti mereka yang hanya suka dan pandai “menjilat” tulang-tulang yang dilemparkan oleh pemimpin politik haprak ini. Saya BELUM PERNAH MENCIUM TANGAN pemimpin-pemimpin haprak serta tangan isteri mereka.

Sebelum ini saya telah berkali-kali menzahirkan pendirian saya kepada anakbuah saya di dalam Cawangan Khas bahawa saya tidak rela meneruskan perkhidmatan dalam Cawangan Khas jika saya terpaksa bersekongkol dengan mereka untuk membohongi rakyat dengan kerja-kerja kotor demi menyelamatkan Perdana Menteri dan kuncu-kuncunya itu dalam kes “rompakan” wang 1MDB ini.

Saya juga tidak mahu diperalatkan oleh seorang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang lagaknya seperti seorang gengster.

Jika beginilah kotornya imejnya dua pemimpin tertinggi negara maka sebagai seorang pegawai polis yang masih bermaruah saya tidak sekali-kali ingin meneruskan khidmat saya dalam Cawangan Khas. Tetapi ini tidak bermakna saya tidak lagi mahu berkhidmat dengan PDRM.

Sebaliknya saya merayu kepada KPN supaya saya dikekalkan di Bukit Aman, paling tidak dalam Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) supaya saya boleh terus menyumbang secara positif kepada PDRM dalam hal-hal disiplin dan pembasmian rasuah.

Itu saja sebabnya yang saya berani berdiri berseorangan diri memerangi kemungkaran. Ingat ye….saya tidak pernah menghasut mana-mana warga Cawangan Khas untuk menyokong segala usaha saya menegakkan kebenaran.

Mereka sudah matang dan boleh berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera. Semaklah semua rekod komunikasi saya. Sepatutnya Dato Sri tunjukkan kepimpinan yang baik dan bukannya memfitnah orang-orang yang terdahulu. Saya berjuang bersendirian tanpa ada bodyguard.

Insya allah saya tidak memerlukan tenaga Unit Tindakan Khas dan outrider polis untuk menjaga keselamatan saya. I AM NOT A COWARD!!! Kepada Pengarah Cawangan Khas saya menyeru supaya jangan membodek berlebih sangat.

Kalau nak mengampu bos tu ampulah puas-puas. Insya allah bila tiba masanya nanti bolehlah Dato Sri sama-sama mengiringi beliau masuk jel……I Know What You Did Last Summer!!!

Semenjak pertemuan saya dengan pihak media pada 23 Ogos yang lalu saya telah menerima pelbagai nasihat, teguran, kritikan, dan juga ancaman dari individu-individu tertentu.

Ada yang bersifat konstruktif dan tidak kurang juga yang bernada ugutan dan gertakan untuk menangkap saya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang berniat baik.

Kepada mereka yang berniat serong saya doakan juga agar Allah SWT memberikan mereka kesedaran dan peluang untuk kembali ke jalan yang diredhai. Jangan pula cuba untuk nak membabitkan sejarah perkahwinan saya dalam isu ini sebagaimana yang dilakukan Dato Rizal Mansor, pegawai khas 1st Lady tu, tempohari.

Ibarat ayam jantan yang mengepak dan berkokok megah sedangkan buntutnya sendiri bersememeh dengan tahi. Bukan saja skandal Dato’ Rizal itu boleh saya dedahkan malahan “cerita-cerita menarik” tentang bosnya Datin Sri Rosmah sendiri boleh saya riwayatkan di khalayak ramai.

Afterall birds of the same feathers flock together. Oleh demikian janganlah sesiapa mahu cuba memutarbelitkan hal peribadi saya dalam JIHAD MENEGAK KEADILAN ini. Stick to the issue!!!

Pada hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk membuat beberapa saranan atau gesaan penting kepada beberapa pegawai tertinggi kerajaan yang selama ini, secara sedar ataupun tidak, atau samada dengan penuh kerelaan atau secara keterpaksaan, telah terpalit dengan kontroversi isu 1MDB.

Kedudukan kes ini sebenarnya bolehlah dirumuskan sebagai sesuatu yang SUDAH TERANG LAGI BERSULUH.

Itulah kata-kata terakhir Tan Sri Gani Patail kepada saya sebelum beliau “dipecat”. Saranan ini terpaksa saya buat kerana sesungguhnya majoriti rakyat telah berasa amat marah dan meluat terhadap tindak tanduk pegawai-pegawai tertinggi kerajaan ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan kuasa.

Sungguh menjijikkan tindak tanduk desprados ini untuk terus berkuasa dan mengelakkan diri dari MASUK KE DALAM JEL. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk memastikan siasatan ini terhenti.

Serentak dengan usaha itu mereka menggunakan strategi mengelirukan rakyat dengan mencipta skrip basi yang tidak masuk akal kononnya wujud konspirasi untuk MENGGULINGKAN KERAJAAN. Siapa yang nak gulingkan kerajaan???

Kononnya orang-orang CINA NAK RAMPAS KUASA!!! Ish ish ish jahat sungguh taktik “diversion” yang digunakan oleh para “perompak”ini. Dari isu Pecah Amanah Jenayah dah bertukar pula jadi isu perkauman.

Siapalah agaknya penasihat strategi “perompak” ini ye….pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.

Sebenarnya apa yang rakyat mahukan ialah penjelasan Perdana Menteri tentang misteri “kehilangan” wang 1MDB. Rakyat berhak tahu cerita sebenar-benarnya kerana 1MDB telah meminjam RM4 billion dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ini wang rakyat.

Ini bukan wang Yayasan Tan Sri Noah. As simple as that!!! Mengapa takut untuk tampil memberi penjelasan??? Mengapa mesti tunggu lagi 6 bulan untuk merungkai misteri ini??? Mengapa PAC dan Special Taskforce itu dibubarkan???

Mengapa tiba-tiba Peguam Negara “dipecat” dan pegawai SPRM ditangkap? Mengapa hasil siasatan Bank Negara itu masih belum diputuskan oleh Peguam Negara?

Mengapa ketiga-tiga saksi utama kes itu masih berdolak-dalik dan tidak berani segera tampil memberi keterangan? Hanya orang bersalah saja yang takut!!!

Rakyat juga ingin tahu betul kah berjuta-juta ringgit wang KWAP telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan samada benar sebahagian darinya telah digunakan untuk membayar caj solekan kulit Datin Sri Rosmah serta lain-lain perbelanjaan mewah beliau??

Saranan dan gesaan ikhlas ini saya tujukan kepada,


4 Tan Sri anggota pasukan khas siasatan 1MDB – Foto kredit FMT
KETUA SETIAUSAHA NEGARA.

Kepada Y.bhg Tan Sri Ali Hamsa saya merayu agar Tan Sri dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Penjawat Awam No. 1 dengan penuh kejujuran dan beramanah sebagaimana yang Tan Sri sendiri unjurkan dalam banyak amanat-amanat kepada penjawat awam sebelum ini.

Tan Sri seharusnya berani dan ikhlas dalam menggunakan kuasa dan pengaruh jawatan dalam kes 1MDB ini. Sebagai bapa kepada perkhidmatan awam Malaysia adalah menjadi kewajipan Tan Sri untuk menunjukkan contoh kepimpinan yang terbaik kepada ratusan ribu anakbuah.

Takutilah kemurkaan Allah SWT. Jangan sekali-kali Tan Sri takut kepada tekanan pemimpin-pemimpin politik yang sudah jauh menyimpang dan menyeleweng.

Tan Sri wajib sedar bahawa penjawat-penjawat awam amat mengharapkan Tan Sri untuk berlaku adil dan tegas menguatkuasakan peraturan -peraturan kerajaan dan bukannya bersubahat dengan mereka yang terang-terang bersalah, untuk menekan, menukar, mengugut, memecat dan menangkap penjawat-penjawat awam yang jujur melaksanakan tugas. Sepatutnya Tan Sri menjadi pembela kepada penjawat awam yang teraniaya!!!

Mengapa keadaan boleh jadi sebegini buruk Tan Sri??? Tidakkah Tan Sri nanti berasa malu kepada isteri, anak menantu dan ahli keluarga yang lain?? Tidak salah jika saya katakan bahawa moral para penjawat awam kini sudah jatuh merudum.

Ikrar jabatan yang dilafazkan setiap bulan oleh penjawat awam untuk memberi perkhidmatan terbaik serta penuh integriti kepada rakyat dan negara sudah tidak bermakna lagi. Ingatlah Tan Sri….jangan sampai kita tergolong dalam kumpulan orang-orang MUNAFIK!!!

PEGUAM NEGARA, TAN SRI APANDI ALI.

Rakyat di seluruh negara amat terkejut apabila Y.A Tan Sri tiba-tiba muncul di saat memuncaknya kontroversi 1MDB. Memanglah tidak terlintas langsung di benak mereka bahawa penggantian jawatan Tan Sri Gani Patail itu dilakukan se pantas kilat membelah bumi.

Memanglah kami tahu bahawa penentuan siapa yang paling layak memegang jawatan paling berkuasa itu adalah hak mutlak DYMM SPB Agong atas syor Perdana Menteri. Tetapi di dalam kes Tan Sri prosesnya berjalan luarbiasa sekali.

Apakah nawaitu Tan Sri sewaktu mula-mula menerima jawatan tersebut…….to discharge your duties with the highest standard of integrity??? Atau adakah Tan Sri sendiri masih terpinga-pinga dan berat untuk menerima beban jawatan tersebut???

Tetapi orangramai bertanggapan bahawa Tan Sri sendiri telah banyak menyumbang idea tentang halatuju tindakan kerajaan di saat-saat genting keputusan “memecat” Tan Sri Gani Patail itu dibuat.

Dalam ertikata lain….Tan Sri telah bersubahat dengan Perdana Menteri. Wahai Tan Sri yang budiman…..ingatlah betapa sakitnya hukuman di hari Pengadilan nanti. Pada tahap umur sekarang pintu Rahmatullah kelihatan sudah terenggang sedikit.

Kita sudah tidak punyai banyak masa lagi. Janganlah dek kerana hendakkan glamor jawatan maruah diri kita gadaikan. Saya masih ada sedikit keyakinan bahawa dengan pengalaman sebagai hakim yang sebegitu luas Tan Sri mampu melaksanakan amanat Allah SWT supaya berlaku adil.

Segerakanlah membuat keputusan khususnya berkaitan hasil siasatan Bank Negara itu yang kini failnya sudahpun berada di tangan Tan Sri. Bukankah Jabatan Peguam Negara sedia mempunyai ramai pakar undang-undang lulusan dalam dan luar negara???

Sudah pasti tenaga otak bijak mereka boleh digembeling bagi membantu Tan Sri membuat keputusan dengan cepat dan tepat. Beranikanlah diri Tan Sri untuk disyukuri anakcucu kemudian hari. Jangan aibkan nama baik kita kepada generasi anakcucu kemudian hari.

KETUA POLIS NEGARA.

Kepada Ydh Tan sri saya ingin mengambil peluang untuk menasihati Tan Sri agar dapat menghayati setiap patah perkataan yang tertera dalam Sumpah Jawatan, Ikrar Polis, Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.

Kuatkuasakanlah Akta Polis itu dengan sejujur-jujurnya. Kita pernah sama-sama berikrar untuk mempertahankan pertiwi dari segala bentuk ancaman. Jangan sekali-kali kita gentar dengan gertakan pemimpin-pemimpin politik yang kian terdesak akibat sifat tamak mereka. Jangan takut dengan ugutan halus “are you with me or are you not?”

Janganlah PDRM bertindak MEMILIH BULU dalam penguatkuasaan undang-undang. Yakinlahlah Tan Sri bahawa 120 ribu warga PDRM ini akan tetap setia berdiri teguh mematuhi segala arahan Tan Sri yang berlandaskan undang-undang.

Ingatkah Tan Sri kepada lirik lagu keramat kita “POLIS SEDIA BERKHIDMAT”? Perkhidmatan kita adalah untuk rakyat dan negara dan bukannya untuk melindungi petualang negara!!!

Sudah lupakah Tan Sri bahawa telah sekian banyak warga PDRM, majoritinya yang berpangkat rendah, yang ditangkap dan diadili serta dihukum kerana rasuah yang tidak seberapa besar nilainya jika dibandingkan dengan misteri “kehilangan” wang 1MDB???

Tanpa mengira kecil ataupun besar nilai wang serta tinggi rendahnya pangkat mereka yang terlibat dalam satu-satu kes itu…..jenayah tetap jenayah.

….. Tanpa mengira oleh pemimpin tertinggi negara. Saya amat yakin ramai warga PDRM sendiri yang berasa kecewa dengan halatuju tindakan siasatan oleh pihak kita. Di sebalik kuasa yang begitu luas PDRM dilihat mengambil pendirian bersahaja, sambil lewa atau acuh tidak acuh dalam pendekatan siasatan kes 1MDB.

Malahan Tan Sri sendiri dianggap oleh orangramai telah BERSUBAHAT DENGAN SENGAJA MELINDUNGI mereka yang terlibat dalam kes ini dan di waktu yang sama telah menganiaya pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara.

Adakah Tan Sri diugut oleh mereka dengan sesuatu yang menakutkan? Cukuplah Tan Sri. Kembalilah bernaung di bawah pancaran semangat Panji Di Raja PDRM yang kita arak setiap 25 March. Berilah pengisian yang terbaik kepada Ikrar Hari Polis itu.

Gunakanlah segala kuasa yang ada pada jawatan Tan Sri itu di jalan Allah SWT. Jadilah KHALIFAH ALLAH di bumi tercinta atau setidak-tidaknya contohilah keberanian dan kebijaksanaan pahlawan Islam yang terbilang, KHALID AL-WALID.

MANTAN PEGUAM NEGARA, TAN SRI GANI PATAIL.

Saya berasa amat sedih dan bersimpati sekali dengan nasib yang menimpa Y.Bhg Tan Sri. Ibarat pepatah Melayu….sudah jatuh ditimpa tangga. Tergamak mereka menggunakan alasan penyakit yang masih boleh diubati itu untuk “memecat” Tan Sri.

Tan Sri sendiri pernah memberitahu saya dengan penuh bersemangat tentang perancangan doktor pakar untuk melakukan pemindahan buah pinggang itu selepas Aidil Fitri yang lalu. Hina dan menjijikkan sungguh tindakan mereka ke atas Tan Sri.

Sebelum tragedi pemecatan jawatan tersebut berlaku saya amat konfiden dengan ketegasan Tan Sri dalam mengepalai usaha Special Taskforce 1MDB tersebut. Bimbang betul Perdana Menteri dengan pendirian “no nonsense” Tan Sri itu.

Tetapi sesudah “dipecat” Tan Sri diam membisu seribu bahasa. Apa yang sudah terjadi pada diri Tan Sri? Ada pihak menyatakan bahawa Tan Sri diugut agar tidak melawan. Kononnya Tan Sri mempunyai skandal atau salahlaku yang boleh digunakan oleh mereka untuk mengaibkan Tan Sri di khalayak umum?

“Cummon Tan Sri !!! What is a small personal scandal, even if there is such, when compared to the horrific impact the 1MDB fiasco has unto the nation!!! People will easily forgive you. Come out and make a stand. All this while you are idolised as a tough fighter among the civil servants. Why in a sudden you become so timid? What have they done to you? Allah SWT will protect you sir”.

Ada juga suara-suara nakal yang menggambarkan bahawa Tan Sri telah termakan sogokan “perompak” ini dengan “habuan-habuan”tertentu. Tetapi mengenali diri Tan Sri saya yakin semua itu akan Tan Sri tolak mentah-mentah begitu sahaja.

Saya masih ingat dengan jelas kata-kata bersemangat Tan Sri pada malam pertemuan terakhir kita sebelum Tan Sri “dipecat”……” Hey look…this difficult decision that I have made is not about toppling the government. I am not interested in politics. I am just doing my job”.

Lantaran mendengar kata-kata Tan Sri itu saya spontan berdiri dan memberi tabik hormat polis kepada Tan Sri. I can never forget this special moment sir. Saya mendoakan agar rawatan kesihatan ke atas Tan Sri berjalan dengan selamat dan sempurnanya. Aamiin.

PEGAWAI-PEGAWAI SPRM.

Kepada para pegawai SURUHANJAYA KERAMAT ini saya menyeru supaya Tan Sri/Datuk/Dato/tuan/puan semua agar berani untuk melaksanakan tanggungjawab dengan jujur. Ambillah iktibar dari semangat kerja Mendiang KEVIN MORAIS. Fear no one except Almighty God. Berani kerana benar. Jangan gentar dengan cubaan-cubaan “blackmail” oleh pihak petualang.

Jangan dilewat-lewatkan siasatan. Jika ada saksi-saksi atau suspek-suspek yang bersandiwara atau menghilangkan diri atau “bermain tarik tali” maka gunakan INTERPOL untuk memburu penyamun-penyamun tarbus ini.

Saya tidak lagi berada dalam Cawangan Khas untuk menggunakan kepakaran dan rangkaian kerja kami untuk menjejak mereka. Jika tidak sudah pasti mereka “tidak cukup tanah untuk lari”. Se dalam mana cacing nak menyorok di dalam tanah???

Ingatlah bahawa SPRM lah tinggalnya satu-satunya badan penguatkuasa yang menjadi harapan rakyat untuk keadilan dilaksanakan dalam kes 1MDB ini setelah pihak-pihak yang lain samada “kecut perut” atau menjadi pengkhianat keadilan.

Rakyat tidak sabar lagi untuk menyaksi penghujung cerita melodrama 1MDB ini. Ganjaran yang menunggu selepas kiamat nanti amat besar sekali. Bersatulah demi kebaikan masadepan negara ini. Jangan berpecah dek “nak berebut harta perang”. Jangan lupa peristiwa Perang Uhud!!!

LAIN-LAIN PENJAWAT AWAM.

Kepada lain-lain penjawat awam termasuklah PDRM, ATM, Kastam Di Raja Malaysia dan pegawai/staf kedutaan/suruhanjaya tinggi Malaysia di luarnegeri, khususnya mereka yang mempunyai maklumat tentang salahlaku “perompak-perompak”1MDB ini, saya menyeru agar mereka semua berani berdiri dan tampil ke depan untuk menyumbang maklumat. Kepada yang MUSLIM eloklah bermuhasabah diri masing-masing.

Hayatilah isi kandungan pelbagai khutbah solat jumaat yang dibaca oleh khatib berkaitan dengan amanah dan integriti. Memanglah berat tanggungjawab yang kita pikul sebagai penjawat awam. Tetapi yakinlah kepada kuasa Allah SWT. Berani kerana benar. Tampillah ke hadapan untuk mendedahkan segala kemungkaran yang berlaku depan mata.

Seruan ikhlas ini khas saya tujukan kepada pegawai-pegawai agensi perisikan ATM dan Cawangan Khas yang mempunyai maklumat salahlaku “perompak” 1MDB ini. Jangan bersubahat kerana padah yang menanti kemudian hari amat buruk sekali.

Tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai TUDM yang menjadi crew jet-jet rasmi kerajaan yang tahu tentang bagaimana pembaziran dilakukan oleh VVIP kita. Rakyat jelata berikat perut untuk berjimat tetapi pemimpin negara seronok membazir wang kerajaan.

Begitu juga dengan para pegawai kastam yang menyaksikan bagaimana barangan mewah bernilai jutaan ringgit yang dibeli oleh Datin Sri Rosmah Mansor “diseludup” masuk dan diyakini tidak dikenakan cukai samasekali.

Amat menghairankan bagaimana seorang isteri kepada Perdana Menteri yang hanya seorang yang bertaraf surirumah mampu berbelanja sebegitu mewah. Dari mana puncanya wang yang dibelanjakan itu???

Tidak ketinggalan juga seruan saya ini ditujukan kepada pegawai/staf di misi-misi luarnegeri yang menjadi mangsa herdikan seperti hamba abdi oleh VVIP dan ahli keluarga mereka dalam urusan pembungkusan/pengiriman balik barangan mewah yang “dibeliborong” oleh mereka.

Ingatlah tentang tanggungjawab kita untuk menghentikan perbuatan mungkar manusia-manusia rakus ini…..sudah puas berbelanja barangan mewah dengan duit kotor…..cukaipun diyakini tidak dibayar. Ingat ye……apakah yang hendak kita jawab di hari akhirat nanti???

Ketika mati nanti jasad kita hanya dikafankan dengan kain putih yang tidak se mahal mana. Tiada Harley Davidson atau beg tangan Birkin yang akan dibekalkan bersama kita di liang lahat. Macamana nak bersiar-siar dan bershopping sakan dalam kubur yang sebegitu sempit itu nanti!!!

Sekian. Ini saja yang hendak saya tuliskan buat ketika ini. Saya akan terus berusaha mendedahkan kemungkaran oleh para pemimpin yang menyeleweng ini demi pertiwi tercinta.

Salam hormat dan salam perjuangan,

ABDUL HAMID BADOR.
1 OKT 2015.

Today it has been announced by the Government under the Administration of Pakatan Harapan led by PM Tun Mahathir that Hamid Bador is the new IGP:

Abdul Hamid Bador officially appointed IGP on two-year term


Good luck IGP semuga kerja-kerja dimasa akan datang untuk keselamatan negara dipermudahkan Tuhan.

Tuesday 16 April 2019

The power of Rulers to appoint and remove MBs - Statement by G25 Movement


We, members of G25, take cognisance of the fact that the menteri besar of Johor formally tendered his resignation to the Sultan of Johor on Saturday, April 13, 2019, and that a new menteri besar was appointed on the following day.

We are, however, deeply perturbed by a recent media report wherein the crown prince of Johor is reported to have said: “… it is the prerogative of the sultan to appoint the menteri besar” and “…it was Sultan Ibrahim who made the decision to change the menteri besar”.

So far, the Johor palace has not denied the allegations. In the same media report, the prime minister is reported to have said:

“I am of the opinion that if we assume that those who can choose the prime minister and choose our menteri besar are the kings, then we are no longer a democratic country.”

From the above report, we identify two pertinent issues of constitutional importance that need to be addressed:

(i) Does a ruler have the power to remove a menteri besar?

(ii) Does a ruler have the prerogative to appoint a menteri besar of his choice?

Does a ruler have the power to remove a menteri besar?

It is imperative to appreciate that under our Federal Constitution, every ruler of a state in Malaysia is a constitutional monarch; meaning that he exercises constitutional powers similar to those of the queen under British constitutional law.

In other words, he is not a despotic ruler who can act in any manner he pleases. The days where the titah (royal command) of a sultan must be obeyed, no matter what, are gone. We no longer live in a feudal society under a feudal raja. We have come a long way. Since Merdeka and the promulgation of the Federal Constitution, a ruler must act in accordance with the constitution (be it the Federal Constitution or the state constitution), the law, and constitutional conventions. Malaysia is a parliamentary democracy and the role of the ruler must fit well with the spirit and practice of parliamentary democracy and the rule of law.

Make no mistake that in our country, only the Federal Constitution is supreme. His Majesty the King, Their Royal Highnesses the Rulers, ministers and every citizen is bound by and must adhere to the Federal Constitution as well as the applicable state constitution.

Accordingly, a ruler, being a constitutional monarch, has no power to remove a menteri besar, no matter how unhappy he is with the performance or the conduct of the menteri besar. He may remove the menteri besar only in the following situations:

(a) where he is satisfied that, via a motion duly tabled before the state legislative assembly, the menteri besar no longer enjoys the confidence of the majority of the members of the house; or

(b) where he is satisfied, through sufficient and credible evidence, after due inquiry, that the menteri besar has lost the support of the majority of the members of the state legislative assembly.

Article 4(7) of the state constitution of Johor makes it clear that the menteri besar does not hold office at the ruler’s pleasure. Therefore, it is unlawful and unconstitutional for a ruler to remove a menteri besar other than in situation (a) or (b) as mentioned above.

Does a ruler have the prerogative to appoint a menteri besar?

If what is meant by “prerogative” here is absolute power to appoint whomsoever the ruler desires, then the answer to this question must be a firm “no”. Under Article 4 (2)(a) of the Johor constitution, it is stated:

(2) The state executive council shall be appointed as follows, that is to say –

(a) the ruler shall first appoint as menteri besar to preside over the state executive council a member of the legislative assembly who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the assembly.

Thus, the ruler must appoint as the menteri besar only a member of the state legislative assembly who is likely to command the confidence of the majority of the members of the assembly, and not any person he likes. In deciding which particular member of the state legislative assembly is likely to command the confidence of the majority, a ruler must consider any representation made by the leader of the winning party.

Of course, he is entitled to make his own assessment, but he must be fair and objective, and he is at liberty to make the necessary inquiry if he deems it fit to do so. But he must constantly bear in mind that he has no absolute power in this regard, but must respect and yield to the wish of the majority. If it is evidentially clear that the majority desires member A as the menteri besar, then so be it: the ruler, constitutionally, cannot ask for more than one name from the winning party to be submitted to him.

In this regard, we would like to refer to the words of wisdom of a former Lord President, the Rt Hon Raja Azlan Shah (later, HRH Sultan Azlan Shah of Perak) in his article “The Role of Constitutional Rulers: A Malaysia Perspective for the Laity” (1982 Jernal Undang Undang, Law Faculty, University of Malaya):

It is true that appointment of a menteri besar is a prerogative of the sultan. However, the ruler is not free to appoint anybody he likes. He must appoint a member of the legislative assembly who in his judgment is likely to command the confidence of the majority of the members of the assembly. When the party which obtains the majority of seats in the general election decides to nominate one of its members of the assembly for appointment as menteri besar, in my view the ruler has no discretion but to appointment him. To disregard the wishes of the party and to appoint another member who cannot command the confidence of the majority of the members in the assembly could lead to a vote of no confidence against him, in which case the ruler would have to either appoint another member or dissolve the assembly.

Perhaps, for the sake of completeness, it is pertinent for us to add that under Article 71(4) and Schedule 8 of the Federal Constitution, every state constitution must include the provisions set out in Schedule 8, or provisions substantially to the same effect. These provisions are referred to in the constitution as “the essential provisions”. In essence, these provisions make it mandatory for every state to conform to Westminster-style constitutional conventions. If a state constitution does not contain these essential provisions, Parliament may by law give effect to them in that state, or remove provisions in the state constitution which are inconsistent with them.

These essential provisions include provisions that ensure the operation of constitutional monarchy. Hence, the provisions prescribe that a ruler must appoint as the menteri besar only a member of the state legislative assembly who is likely to command the confidence of the majority of the members of the assembly; and that he can only remove the menteri besar in the circumstances as stipulated by the constitution.

Further, a ruler in carrying out his functions must act on the advice of the state executive council or a member of the state executive council acting under its general authority. We do acknowledge, however, that there are exceptions to this general rule of requiring the ruler to act on advice. For example, a ruler has absolute discretion in deciding whether or not to accede to a request by the menteri besar to dissolve the state legislative assembly. Likewise, a ruler has absolute discretion in the exercise of his statutory powers as the head of Islam in his state.

G25 is a movement of eminent Malay moderates.

Tuesday 2 April 2019

“Naratif Malaysia: Melayu dalam Persoalan Nasional” - Tun Daim Zainuddin

'Saya ingin menasihati anda semua supaya jangan mengikut ahli politik secara membuta tuli. Seperti yang telah saya nyatakan di awal ucapan saya, untuk Malaysia berjaya, orang Melayu mesti berjaya. Saya kerap kali mengulangi kata-kata ini iaitu iqra’ – baca untuk kita menimba ilmu dan berfikir secara kritis. Pilihlah jalan yang betul yang akan membawa kita kepada kejayaan.' 
Daim Zainuddin

“Naratif Malaysia: Melayu dalam Persoalan Nasional”


Oleh: Tun Daim Zainuddin

Untuk memahami iklim politik semasa kita pada hari ini, adalah penting untuk kita menoleh ke belakang melihat sejarah. Kusut di hujung, balik ke pangkal.

Sejarah bangsa Melayu bermula jauh sebelum terbentuknya Tanah Melayu. Kita adalah pewaris kepada empayar-empayar agung daripada Langkasuka kepada Srivijaya kepada Majapahit hinggalah ke Melaka. Dan Melaka pula adalah kisah empayar kita yang termasyhur sebagai sebuah pelabuhan yang terulung di dunia. Kejayaannya di peringkat antarabangsa itu akhirnya telah mengundang kuasa Eropah untuk datang menjajah.

Apabila Melaka jatuh ke tangan penjajah Portugis, keturunan Sultan Melaka yang terselamat telah membangunkan sebuah empayar baru di negeri Johor pula. Mereka menguasai bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu yang meliputi wilayah Riau, Anambas, Natuna, Tambelan, Borneo dan Sumatera. Kejayaan empayar baru ini telah dikaitkan dengan kebijakan dan kepintaran pemerintah-pemerintah mereka serta dasar keterbukaan yang mereka amalkan dalam perdagangan antarabangsa.

Kembali kepada sejarah yang lebih baru, cadangan penubuhan Malayan Union oleh British pada tahun 1946 dan juga penentangan yang lahir daripadanya di bawah kepimpinanan UMNO adalah merupakan peristiwa utama yang mencetuskan perubahan penting dalam penyusunan pertubuhan politik orang Melayu.    

Malangnya perpaduan orang Melayu tidak dapat bertahan lama. Kita tidak tahu bagaimana untuk menangani kejayaan. Dan orang Melayu pun mula berpecah. Bila kita berjaya, kita mabuk dengan kejayaan. Bila kita gagal, kita mula mencari kambing hitam dan kemudiannya melakukan amok.

Perjuangan kita menentang Malayan Union dari satu sudut adalah suatu pencapaian kemerdekaan sejati yang pertama kita perolehi apabila penjajah British tunduk kepada tuntutan kita dan membatalkan Malayan Union. Kita menjadi tuan di tanah air kita sendiri.

Tapi suasana politik di masa itu berubah dan ramai daripada orang bukan Melayu mula menganggap bahawa Malaya juga adalah tanah air mereka. Dan mereka menuntut supaya suara mereka turut diambilkira di dalam tanah air baru mereka ini.

Pada tahun 1951, buat pertama kalinya, Dato’ Onn telah cuba untuk menyatukan pelbagai kaum yang ada di Malaya pada ketika itu di bawah satu parti politik. Beliau telah mengajukan supaya keanggotaan UMNO dibuka kepada bukan Melayu. Namun begitu, anggota UMNO pada waktu itu telah menolak cadangan tersebut. Dato’ Onn kemudiannya meninggalkan UMNO.

Walau pun cubaan untuk menyatukan pelbagai kaum di bawah satu parti gagal tetapi pilihanraya tahun 1952 telah menjadi penanda kepada suatu kerjasama politik yang pertama kali diadakan antara Melayu dan bukan Melayu. Ini berlaku apabila UMNO dan MCA bergabung tenaga untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya tersebut.

Gabungan antara UMNO dan MCA ini kemudiannya disertai pula oleh MIC untuk membentuk Parti Perikatan. Ini adalah tanda kepada suatu bentuk perpaduan politik antara masyarakat pelbagai kaum di Malaya ketika itu. Gabungan parti-parti yang membentuk Perikatan ini kemudiannya memperolehi kejayaan besar dalam pilihanraya tahun 1955 pula. Selepas daripada itu bermulalah siri perundingan untuk kemerdekaan di mana semua warga Malaya berganding bahu untuk sama-sama membebaskan negara daripada cengkaman penjajahan. Daripada episod sejarah ini kita belajar bahawa kita menjadi lebih kuat bila kita bersama-sama iaitu – apabila semua warga Malaysia bersatu-padu, kita mampu untuk mengatasi apa sahaja cabaran dan halangan yang berada di hadapan kita.

Semua ini berlaku dengan berlatarbelakangkan perang bersenjata yang berterusan melawan pengganas ketika Darurat sedang berlangsung di mana semua kaum berganding bahu berjuang untuk mencapai kemenangan. Kita adalah satu-satunya negara dalam dunia ini yang berjaya menewaskan pengganas.

Kemudian Persekutuan Malaysia dibentuk dan seterusnya berlaku konfrontasi dengan Indonesia. Dan di sepanjang peristiwa konfrontasi tersebut orang Melayu dan bukan Melayu berkerja bersama-sama untuk mencapai matlamat nasional.

Justeru, Malaysia mempunyai sejarah yang kuat dan kaya berhubung dengan usaha membangunkan keharmonian antara-kaum dan kepelbagaian budaya atau multi-kulturalisme sejak daripada awal penubuhannya lagi. Namun begitu kita perlu akui, keadaan di Malaysia masih lagi kompleks dan rumit dengan pekerjaan dan sektor-sektor ekonomi yang terbahagi dan dikenalpasti mengikut garis kaum, ketaksamaan pendapatan antara kaum yang masih ada dan wujudnya sistem pendidikan yang berbeza dan terpisah-pisah.

Tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia akan makmur jika sekiranya orang Melayu juga turut makmur. Kita tidak boleh mempunyai 50% daripada penduduk negara berada di bawah kategori kumpulan berpendapatan rendah. Jika ini berlaku, akan terjadilah ketidakstabilan ekonomi yang akan memberi kesan kepada semua orang tanpa mengira kaum atau status ekonomi.

Untuk Malaysia berjaya, orang Melayu mesti turut berjaya. Tapi ini hanya boleh dicapai di dalam konteks nasional di mana Melayu dan bukan Melayu berkerja bersama-sama untuk kebaikan dan kepentingan Malaysia.

Kenapa orang Melayu boleh berkerja dengan begitu rapat bersama orang bukan Melayu daripada zaman sebelum merdeka sehinggalah membawa kepada kemerdekaan dan berlangsung sampai kini di zaman pasca-merdeka? Walau pun ketika kita berhadapan dengan serangan dan pencerobohan daripada negara luar, hampir tiada langsung timbul pertanyaan tentang siapakah yang sepatutnya lebih memiliki Malaysia – orang Melayu atau bukan Melayu. Hakikatnya ialah hanya ketika ahli politik memutuskan untuk menggunakan kaum dan agama sebagai alat politik untuk mendapatkan kuasa, barulah kita terjatuh ke dalam sengketa.  

Seminar ini bertajuk Naratif Malaysia: Melayu Dalam Persoalan Nasional. Pertanyaan saya kepada anda semua ialah: Tidakkah seharusnya kita berbincang hanya tentang naratif nasional? Kenapa perlu kita membahagikan naratif nasional mengikut garis kaum dan agama?

Tapi jika sekiranya niat anda adalah untuk mencari jawapan kepada ketaksamaan ekonomi dan kenapa orang Melayu ketinggalan dari sudut ekonomi, jadi saya sungguh-sungguh berharap agar seminar ini dapat memberikan jawapannya.

Apabila kita bercakap tentang Melayu, kita mesti bercakap tentang Islam. Orang Melayu dan Islam saling terikat kejap antara satu sama lain. Kedua-duanya tidak boleh dibincangkan secara terpisah. Namun begitu, keterikatan antara Melayu dan Islam ini juga telah mendorong kepada ketidakpedulian dan pengabaian terhadap budaya serta warisan dari rantau kita sendiri yang kita tinggalkan apabila kita memilih budaya asing (terutamanya Arabisasi) yang telah mempengaruhi rasa tidak selamat orang Melayu. Sehinggakan sesiapa sahaja yang tidak bercakap seperti mana kita dan semua yang kita tidak persetujui – ianya dianggap sebagai semacam ancaman terhadap Melayu dan Islam.

Kita mesti bertanya kepada diri kita sendiri – adakah ini benar? Kenapa jadi begini? Sejak bila Melayu dan Muslim merasa begitu tidak selamat sekali tentang kedudukan kita di negara ini? Dahulu ketika orang Melayu masih terkebelakang di dalam ekonomi berbanding sekarang dan ketika dulu kita masih lagi ketinggalan dalam pendidikan, kita sudah pun berjaya menewaskan penjajah British dengan menolak cadangan penubuhan Malayan Union. Dulu kita berani.

Kita tahu bagaimana untuk menyusun secara kolektif dan strategik. Kita menggunakan akal kita untuk mengalahkan kuasa penjajah. Kita berjaya memperolehi kemerdekaan tanpa menumpahkan darah. Kita tiada masalah untuk berkerja bersama-sama orang bukan Melayu. Malahan kita turut belajar daripada kaum-kaum lain.

Nampaknya seperti semakin Melayu maju semakin kuat pula rasa tidak selamat kita. Kenapa ini berlaku? Apakah kerana ketika kita tidak dibekalkan dengan ‘tongkat’, maka kita punya maruah dan harga diri, dan ini menjadikan orang Melayu merasakan kedudukan mereka lebih selamat di dalam negara ini?

Kita tidak kekurangan sosok-sosok hero. Negeri Johor sendiri mempunyai sejarah yang kaya dengan pahlawan yang gagah-perkasa, seniman yang tersohor, penyair, ahli sukan, santis, doktor, ahli akademik dan juga ahli perniagaan.

Di Johor ada Dato’ Muhammad Salleh Bin Perang yang merupakan Dato’ Bentara Luar. Beliau adalah orang pertama yang membuat peta Johor dengan tepat tanpa menggunakan teknologi ukur-tanah yang ada pada hari ini. Beliau adalah Ketua Jabatan Ukur dan Tanah Negeri Johor dan peta yang dilukiskan oleh beliau itu digunakan untuk membangunkan negeri Johor. Beliau seorang Melayu tetapi fasih dalam bahasa Cina dan berpengetahuan tentang budaya Cina. Ini membolehkan beliau berkerja rapat dengan orang-orang Cina dalam membangunkan ekonomi Johor.

Di dalam bidang politik sendiri, senarai tokoh-tokoh Johor tidak pernah putus. Tun Hussein Onn, ‘Bapa Perpaduan’ negara adalah berasal daripada Johor. Begitu juga dengan bapa beliau sendiri iaitu Dato’ Onn adalah pengasas UMNO. Bapa kepada Dato’ Onn pula iaitu Dato’ Jaafar Muhammad adalah merupakan Menteri Besar Johor yang pertama dan yang paling lama berkhidmat di dalam kerajaan negeri Johor.

Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Ismail dan Tun Musa Hitam juga adalah anak Johor. Keluarga Tun Ismail sendiri merupakan keluarga yang cukup terkemuka termasuklah bapa mertua beliau Dato’ Seth Said, yang merupakan Timbalan Menteri Besar Johor dan menjadi sebahagian daripada wakil negara dalam perundingan kemerdekaan dan menandatangani perjanjian kemerdekaan tanpa perkenan Sultan. Tanpa beliau, kita mungkin tidak akan memperolehi kemerdekaan.

Johor juga turut melahirkan Presiden Senat, iaitu Dato’ Abdul Rahman Yasin. Beliau adalah bapa kepada Tun Dr. Ismail. Manakala abang ipar Tun Dr. Ismail pula iaiatu Tan Sri Jeneral Ghazali Seth adalah Ketua Turus Pertahanan Negara dan beliau berkahwin dengan Puan Sri Norziah – kakak kepada Tun Hussein Onn, anak perempuan Dato’ Onn Jaafar.

Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan beliau di Sekolah Melayu Bukit Zaharah di Johor Baharu bersama dua lagi tokoh terkemuka iaitu abang beliau sendiri, Dato’ Sulaiman Abdul Rahman dan Tan Sri Ahmad Perang yang kemudiannya menjadi orang Melayu pertama yang menjawat jawatan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Tan Sri Mohamed Noah Bin Omar – Speaker Dewan Rakyat yang pertama – adalah juga daripada Johor. Keluarga beliau juga merupakan sebuah keluarga yang hebat – kedua-dua anak perempuan beliau berkahwin dengan lelaki-lelaki yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri negara kita. Tun Rahah, isteri kepada Tun Razak dan Tun Suhaila, isteri kepada Tun Hussein Onn.

Tun Razak mendapat pendidikan beliau di Kolej Raffles bersama seorang lagi anak Johor iaitu Tan Sri Taib Andak, yang mana nama Felda Taib Andak di Kulai itu diambil bersempena dengan nama beliau. Abang beliau pula, Dato’ Rahman Andak pula adalah antara orang yang pertama berkempen untuk kemerdekaan Johor. Beliau menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1984.

Gabenor Bank Negara – Tan Sri Aziz Taha, Tan Sri Jaffar Hussein dan Tan Sri Zeti Aziz – semuanya adalah anak Johor. Profesor Ungku Aziz, bapa kepada Tan Sri Zeti adalah seorang pakar ekonomi ulung negara. Datuk kepada Tan Sri Zeti, Syed Mohammed Alsagoff, pernah menjadi pemilik Pulau Kukup di Johor dan sempat diberikan konsesi untuk mencetak wang beliau sendiri. Dan pada hari ini, kita menggunakan wang kertas yang ditandatangani oleh cucu perempuan beliau.

Jadi, persoalannya kenapa perlu kita merasa tidak selamat sedangkan kita mempunyai legasi kejayaan Melayu seperti yang saya bentangkan di atas?

Sekali lagi saya sebutkan, apakah kerana setelah sekian lama kita diberikan dengan pelbagai bentuk ‘tongkat’, kesan yang kita terima menjadikan orang Melayu lemah, rasa tidak selamat dan yang paling menonjol ialah kekurangan daya tahan? Apakah yang mendorong kepada lahirnya ketidaktahanan dan kurang keyakinan itu? Kelihatannya ketika orang Melayu berhadapan dengan cabaran getir seperti perjuangan menuntut kemerdekaan, ketahanan dan keyakinan kita jauh lebih kuat.

Dan apabila kesenangan, keselesaan serta kualiti hidup kita telah meningkat – keyakinan dan daya tahan kita telah meluntur. Pemerhatian ini memerlukan suatu cerminan-diri yang jujur terhadap diri kita sendiri. Daripada kita meletakkan kesalahan kepada mereka yang dipersepsikan sebagai musuh, adalah lebih untuk kita merenung ke dalam diri dan berusaha untuk memperbaiki diri kita sendiri daripada menyalahkan orang lain di atas segala kelemahan, kemunduran dan keterbelakangan kita. Kita kelihatannya takut terhadap bayang-bayang sendiri.

Pada hari ini, dari setiap dua puluh orang Melayu, seorang daripadanya adalah lepasan ijazah universiti. Walau pun kita sekarang ini mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dan peratusan orang Melayu yang berpelajaran juga lebih besar, namun kita masih gagal untuk meyakinkan diri kita sendiri bahawasanya tiada apa yang perlu ditakuti oleh orang Melayu di negara ini. Apakah Melayu berfikiran strategik, kritikal dan logikal? Nampaknya semakin hari semakin ketara bahawa orang Melayu berfikir melalui emosi dan perasaan daripada melalui akal dan otak. Kita mesti menanyakan diri kita sendiri – apakah yang sedang berlaku kepada kita?

Kita telah membiarkan emosi menguasai diri dan mempengaruhi bagaimana kita melihat orang lain. Kita menonton cerita hantu di panggung wayang. Apabila majalah Mastika tidak lagu menulis cerita-cerita hantu, maka tamatlah pengedarannya dan sekarang tiada lagi Mastika di pasaran. Namun begitu, sekarang ini walau pun kita tidak lagi membaca cerita-cerita hantu di Mastika tetapi sebagai gantinya kita melihat pula hantu di setiap ceruk dan sudut.

Daripada menggunakan logik dan fakta, kita sebaliknya lebih suka memilih untuk mendengar retorik perkauman yang dibawa oleh ahli politik yang diragui wibawanya.

Memandangkan pada hari ini saya bercakap di hadapan ahli akademik, saya ingin mengajukan soalan ini kepada anda semua: Apakah peranan yang perlu anda mainkan bagi menyuntik logik dan fakta ke dalam naratif Malaysia? Adakah anda berniat untuk mengikut sahaja arus emosi atau melihat bahawasanya adalah menjadi tanggungjawab akademik anda untuk mempersoalkan naratif yang tidak rasional yang sedang dijolok masuk ke dalam kerongkong orang Melayu?

Adakah anda sebagai orang yang berpelajaran tinggi akan bercakap secara jujur dan berani tentang apa yang berlaku atau adakah anda hanya akan berpura-pura mengatakan bahawa sentimen perkauman yang semakin merebak ini sebagai sesuatu yang wajar terjadi?

Anda yang berada dalam dewan ini semuanya berpendidikan tinggi tapi berapa ramaikah di antara anda yang menerima retorik politik yang tak masuk akal ini yang mengatakan bahawa Melayu di negara ini sedang diancam oleh bukan Melayu? Adakah kedudukan Islam terancam hanya kerana terdapat seorang dua yang tidak cukup sensitif yang membuat pos tentang nabi Muhammad?

Agama tidak mungkin terhina. Hanya manusia yang merasa terhina.Kalau iman kita kuat, kita tidak akan rasa terhina. Malahan, kita ketwa melihat kejahilan dan kebebalan tersebut. Dan sepatutnya perangai yang kita tunjukkan itu adalah suatu cerminan yang terbaik buat agama kita. Hanya dengan itu kita dan agama kita akan memperolehi hormat daripada orang lain.

Negara kita adalah negara yang berbilang kaum dan berbilang agama. Kita telah menunjukkan kemampuan untuk hidup bersama dengan aman dan damai. Kita sensitif kepada jiran tetangga kita dan kita saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Inilah cara kita.

Adalah menjadi satu kesalahan untuk menghina sesiapa sahaja, apatah lagi seorang nabi. Menghina dan mengejek-ejek agama adalah suatu tindakan yang bodoh. Tapi negara kita mempunyai undang-undang dan kita perlu menghormati proses undang-undang tersebut. Ramai yang telah lupa Rukun Negara kita. Dokumen yang paling penting adalah Perlembagaan.

Seharusnya tiada seorang pun warga Malaysia membuat komen-komen yang tidak sensitif tentang agama lain dan kaum lain. Tapi apa yang telah terjadi dengan perisytiharan jihad ke atas bukan Muslim baru-baru ini?

Jika sekiranya orang Muslim mahu melakukan jihad, maka jihad yang sepatutnya dibuat itu ialah untuk memperbaiki diri kita bukan sahaja dari sudut kerohanian tetapi juga ekonomi dan akademik serta jihad yang membolehkan kita menyumbang ke arah kemajuan negara kita sendiri.

Kita berbicara tentang naratif Melayu seakan-akan kita sudah hampir-hampir terhalau daripada negara kita sendiri. Terlalu banyak kemarahan dan keberangan yang ditunjukkan apabila bukan Melayu dilantik ke jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan, seolah-olah ini adalah suatu perkara baru.

Kenapa tiada kemarahan yang sama ditunjukkan apabila kita berhadapan dengan hakikat rasuah, korupsi dan kleptokrasi yang paling buruk yang melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu peringkat tertinggi? Kita langsung tiada rasa malu apabila berita tersebut tersiar ke seluruh dunia. Sebaliknya kita membalas dengan “Malu apa?” Kalau tak malu, apa jadi kepada iman kita?

Orang Melayu boleh terus menggunakan jalan emosi dan tidak rasional ini atas tanggungan risiko kita sendiri, atau pun kita boleh berhenti sejenak, berfikir, membuat cerminan dan mengajukan perubahan.

Tiada siapa pun yang memaksa kita untuk menjadi emosi atau tidak rasional. Kita sendiri yang memilih jalan tersebut kerana kita sendiri jugalah yang membenarkan diri kita dipengaruhi oleh ahli politik yang matlamat utamanya hanyalah untuk mendapatkan kuasa semula tanpa mempertimbangkan harga yang perlu dibayar – dan sering kali pula harganya kitalah yang harus menanggungnya.

Jadi, pilihan adalah di tangan kita – apakah kita hendak duduk macam katak di bawah tempurung? Atau kita berubah dan menjadi kuasa yang dihormati dalam konteks agenda nasional Malaysia Baru? Atau kita masih tetap mahu menggunakan jalan yang sama yang kita lalui sekarang ini dengan mengangkat naratif sempit yang hanya memfokuskan kepada diri kita semata-mata? Atau apakah kita akan membuka jalan yang benar-benar nasional iaitu jalan naratif Malaysia di mana kita menyertainya secara aktif dan memainkan peranan penting di dalamnya?

Agenda nasional bukan agenda Melayu atau agenda bukan Melayu. Agenda nasional adalah agenda Malaysia yang mengambil kira kepentingan seluruh warga Malaysia. Agenda yang melawan kemiskinan dan ketaksamaan tanpa diskriminasi dan menghormati Perlembagaan.

Saya berasa gembira kerana siri seminar ini menyasarkan fokus perbincangan kepada empat sektor iaitu politik, ekonomi, budaya dan agama. Ayuh kita betulkan semua ini. Dan untuk kita membetulkan semua ini, sistem pendidikan kita mestilah berubah. Jangan kita memperlakukan pendidikan seperti mana politik bola yang disepak ke sana ke sini. Sistem pendidikan mestilah betul.

Masa depan kita, masa depan Malaysia akan bergantung kepada bentuk sistem pendidikan yang betul yang kita wariskan kepada anak cucu kita yang akan menjadikan mereka manusia yang berkeyakinan diri dalam menghadapi yang terbaik di dalam dunia.

Pastikan sistem pendidikan kita betul, dan politik serta ekonomi akan turut mengikut menjadi betul. Akal tanpa emosi akan menentukan masa depan kita dan masa depan Malaysia.

Dedahkan anak-anak kita kepada dunia dan mereka akan mahu menjadi cemerlang dan mereka akan melindungi yang terbaik daripada budaya kita.

Tidak ada salah atau silap dengan Islam. Islam bukan diancam, tidak digugat. Islam adalah agama yang paling pesat berkembang di dalam dunia ini.

Saya ingin menasihati anda semua supaya jangan mengikut ahli politik secara membuta tuli. Seperti yang telah saya nyatakan di awal ucapan saya, untuk Malaysia berjaya, orang Melayu mesti berjaya. Saya kerap kali mengulangi kata-kata ini iaitu iqra’ – baca untuk kita menimba ilmu dan berfikir secara kritis. Pilihlah jalan yang betul yang akan membawa kita kepada kejayaan. 

Masa adalah sangat penting dan kita cukup pandai membuang masa. Kita akan ditewaskan oleh masa. Ayuh kita katakan kepada diri kita sendiri bahawa mulai dari saat ini kita tidak akan mengulangi kesilapan lampau. Kita akan berikan pendidikan yang terbaik kepada anak cucu kita agar mereka boleh bersaing dan berjaya. Ayuh kita tinggalkan kegagalan dan ketidakyakinan kita di belakang dan mulakan masa depan kita sekarang.

Tinggalkan dewan ini nantinya dengan penuh keyakinan dan rasa percaya dengan diri kita sendiri. Beritahu anak-cucu kita bahawa kita akan bersaing dan kita akan berjaya.

Teks ucaptama ini dibentangkan pertama kali di UTM Skudai pada 19 Mac 2019 dalam majlis Perasmian Siri Seminar “Naratif Malaysia: Melayu dalam Persoalan Nasional” yang dianjurkan oleh IKMAS, UKM.

Thursday 7 June 2018

Pengampunan DSAI dan Keadilan Kepada Saiful oleh Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamed

Very interesting post from Former Chief Justice Tun Abdul Hamid Mohamad posted on 14 May 2018:



The original post is sourced here.

I do hope YAB PM Tun Mahathir and leaders of Pakatan Harapan will read the post by Tun Hamid because he raised many pertinent questions in regards to the now famous quickie pardon.

I hope Saiful being Anwar's victim will one day get the justice that he truly deserve. Aamiin InsyaAllah.

....and I pray that there will never be a  time where Malaysia have a PM who has been convicted of sodomy with another man because he can easily be manipulated by people with evil intention foreign or domestic. 

Wallahualam - God knows Best.

Read Also:







Tuesday 6 February 2018

Federal Court ruling on Indira Gandhi case in line with Islam - Dr. Chandra Muzaffar


This is great commentary by Dr. Chandra Muzaffar about the above said landmark Federal Court decision:


THERE is a degree of disquiet within a segment of the Muslim populace over the landmark Federal Court decision on January 29 that nullifies unilateral conversions of minors to Islam and affirms that the consent of both parents is required. This is because the majority position in Islamic law is that the child follows the religion of the parent who has converted to Islam, be it the father or mother.

However, if the Federal Court decision is viewed from the perspective of the underlying values and principles of the Quran and the example of the Prophet Muhammad, it makes a lot of sense. The well-being of the child is paramount in Islam.

In concrete language, a 2-month-old baby who is being breast-fed should remain with her non-Muslim mother, even if the father has embraced Islam. In this case, it is not the religious identity of the baby that should be given priority. The bond between mother and child, which the Quran treasures, is of utmost importance.

Prioritising the welfare of the child, the mother-child bond, and other principles implicit in the Federal Court decision – such as the rights of both parents, gender equality, the prohibition of coercion in all matters of faith, conversion with full knowledge of what the testimony of faith signifies, the importance of harmony in society, the protection of the dignity of both Muslims and non-Muslims, and ensuring social justice for all citizens regardless of their religious and cultural affiliation – are consonant with the Islamic public law doctrine of siyasah shar’iyyah.

This doctrine, which is recognised by all leading mazhabs, authorises the lawful government to issue ordinances and enact rules and procedures, including legislation and policy measures that serve the cause of justice and good governance, especially in situations where the rules of shariah may have fallen short of addressing a certain situation or development.

As Professor Hashim Kamali, one of the world’s leading Islamic jurists, and other authors point out in a policy paper published by the International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) in 2012, “siyasah is an instrument of flexibility and discretion that enables government leaders to respond effectively to extra-shariah issues, emergency situations, and now modern society dilemmas, which may or may not have been regulated under the established shariah”.

“As the term suggests, policy measures that are so taken must be in conformity with the goals and purposes (or maqasid) of shariah, even at the expense of a departure from some ijtihadi rulings of fiqh.

“Ibn Qayyim al-Jawziyyah thus characterised siyasah as ‘any measure which brings the people nearer to beneficence (salah) and moves away from prejudice and corruption (fasad), even though the measure in question has not been approved by the Prophet nor regulated by the revealed words of God.’

“When a siyasah-based initiative serves the cause of justice, it is deemed to be in harmony with the religion and can never be against it.”

The IAIS policy paper was translated into Bahasa Malaysia and updated and enhanced in 2016 by IAIS deputy chief executive officer Dr Mohamed Azam Adil and Ahmad Badri Abdullah. The Bahasa version has been widely circulated, and yet in almost all the analyses and commentaries on the Federal Court judgment, there is no evidence at all of the impact of the arguments advanced by the IAIS policy paper. This is a reflection of a much larger problem.

Apart from the fact that literate Malaysians do not really appreciate serious stuff, whether in Bahasa or English, there is a certain mindset within the Muslim population in the country which constitutes a formidable barrier to intellectual discourse on matters pertaining to Islam. Positions associated with and advanced by the established, conventional ulama are invariably perceived as the indisputable, only truth – even if there are other different views which are legitimate from a Quranic perspective.

This is not just a Malaysian-Muslim problem. In any number of Muslim majority societies, the word of the ulama on religious issues is almost sacrosanct. This gives them a grip over the Muslim mind – a grip which impedes reform-oriented ideas, especially in relation to Islamic law and Muslim identity, from striking root within the community.

Continuous and conscious efforts at building awareness will help to change attitudes among the masses. As shown by the experience of other Muslim majority societies, this time-consuming process is often accelerated by a courageous and committed civil court system that is prepared to make decisions which, on balance, are seen as fair and just.

An even greater impetus for change is a political leadership that has the integrity to push for reform through legislation and policy, even if it means incurring the wrath of diehard conservative voices that have never really understood the progressive essence of Islam. – February 6, 2018.

* Dr Chandra Muzaffar is chairman of the Board of Trustees of Yayasan 1Malaysia.

My thots:

The Federal Court judgement is superb and should be accepted by all Malaysians.

Monday 18 December 2017

"Aku akan pergi tak lama lagi" - Tun Dr Mahathir Mohamad

Listen, listen, listen:





Tuesday 5 December 2017

#1MDB is kleptocracy at its worst - Jeff Sessions, US Attorney General


From M'kini (5 December 2017):



Almost half of the US$3.5 billion corruption proceeds which have been seized by the US government came from the 1MDB-related civil forfeiture suits, revealed US attorney-general Jeff Sessions.
“Nearly half of the US$3.5 billion in corruption proceeds we have restrained is related to just one enforcement action.
“That action was related to a Malaysian sovereign wealth fund known as 1MDB,” Sessions said during his speech at the Global Forum on Asset Recovery in Washington DC yesterday.
He said that allegedly corrupt officials and their associates had reportedly used the 1MDB funds for a “lavish spending spree” such as US$200 million for real estate in South California and New York, US$130 million in artwork, US$100 million in an American music label and a US$265 million yacht.
1MDB officials allegedly laundered more than US$4.5 billion in total, he said, through a complex web of opaque transactions and shell companies with bank accounts in various countries such as Switzerland, Singapore, Luxembourg and the US.
“This is kleptocracy at its worst.
“Today, the US Department of Justice (DOJ) is working to provide justice to the victims of this alleged scheme,” he said.
He was speaking on the ways the US has cooperated with their law enforcement partners around the world and how that has benefitted them all.
The US has returned more than US$255 million worth of corruption proceeds to compensate victims since 2004, he said.
“That recovery has only been possible because of cooperation with our foreign law enforcement partners,” he said.
Drawing on his 14-years' experience as a prosecutor, he said the best evidence in such corruption cases is often things like bank records, airplane records and telephone records.
If such information is not properly shared between nations, then “justice cannot be done” in many cases.
“It is essential that we continue to improve that kind of sharing.
“That is why we must all do more to expedite mutual legal assistance requests.
“These requests ensure that prosecutors have the evidence that they need to bring criminals to justice,” he said.
The DOJ has filed three civil forfeiture suits to seize US$1.7 billion worth of assets allegedly purchased with misappropriated funds from 1MDB, with the third one being filed last June.