tag:blogger.com,1999:blog-7737110637382389058.post2429035479052828332..comments2023-11-03T18:10:57.814+08:00Comments on Just My Thoughts: I support 110% DYMM Sultan of Johor's call for English Medium Schoolseddyhttp://www.blogger.com/profile/14778796377342661967noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-7737110637382389058.post-70179263474189924262015-05-10T09:33:45.947+08:002015-05-10T09:33:45.947+08:00Aliran Inggeris aku tak setuju lah... kita mesti b...Aliran Inggeris aku tak setuju lah... kita mesti berpaut kepada identiti kebangsaan sendiri mengikut Perlembagaan. Cukup lah dengan penjajahan dahulu atau penjajahan baru konon hak asasi, nyata nya Islam dan Melayu itu di nafikan.

Sekarang hanya merasionalisasikan. Terlalu banyak subjek dalam pembelajaran rendah dan menengah. Jadi kita boleh seimbangkan Inggeris dengan keperluan Bahasa Kebangsaan (Melayu). Ini asas atau paksi yang tidak boleh di ubah !

Contoh kesesuaian :-

1. Subjek sains dan matematik ia lah dua keperluan asas pendidikan bersepadu. Boleh sahaja dalam B. Inggeris kerana ia menepati keperluan semasa.

2. B.Inggeris sendiri sebaik nya American English kerana ia lebih menepati pertuturan dan ilmu globalisasi. Kecuali bidang khas linguistik Inggeris, sebaik nya "British oriented". Mereka bangga dengan Shakespeare, asas kepada kesusasteraan mereka yang juga ada bunga bahasa. Terpulang kepada pelaksanaan sistem pendidikan yang hendak di kemaskini. Kita sudah ada kesusasteraan B. Melayu yang bernilai tinggi, juga tahap global.

3. Satu subjek akedemik seperti sejarah atau geografi boleh sahaja dalam B.Inggeris. Tujuan tidak lain demi mempelajari subjek yang mengandungi banyak tatabahasa (grammar) bokeh sahaja memahirkan. Paling baik sekarang, Sejarah kerana subjek ini sudah wajib lulus. Lantaran itu, Sejarah Malaysia, melalui penemuan artifak dan kajian baru boleh di tulis semula dan di globalisasikan. Sejarah T.Melayu terlalu banyak di selewengkan penjajah kerana kepentingan penjajahan itu sendiri - satu hakikat melemahkan bangsa di jajah. Nyata sekali jika di jajah itu bangsa yang memeluk Islam, ia pasti di manipulasi ke tahao maksima kerana dahulu ia wujud keras dari dendam salib.

4. Kurikulum dan berpersatuan. Aktivit yang boleh sahaja mengimarah Inggeris dan Melayu. Maka dulu itu di sebut Kajian Tempatan dan Moral(untuk bukan Islam) boleh sahaja di lestarikan dwi bahasa atau tri bahasa.

Melalui keseimbangan ini, semua anak-anak Malaysia mesti wajib fasih dalam B.Kebangsaan dan B.Inggeris. Bahasa ketiga boleh sahaja di galakkan. Kebanyakan ahli-ahli politik Dap dan beberapa dalam BN amat jahil tentang identiti Malaysia yang nyata sudah jelas, terutama B.Melayu itu B.Kebangsaan. Lihat sahaja MCA yang seting mengenepikan B.Melayu dalam paparan berbentuk tulisan, banner, backdrop dan seumpama nya. Tindakan jahat.

Jika kita sedari, satu ketika dulu kita sudah lalui sekolah Aliran Inggeris dan Melayu. Dua darjat. Ini yang kita tidak mahu. Biar satu darjat, tetapi sederhana demi anak cucu cicit kita berpadu dalam identiti nasional sejati dan mampu juga melampaui sempadan.

Melayu itu di klasifikasikan bertahap rendah. NYATA SALAH MELAYU SENDIRI. Indonesia bertindak betul mewajibkan warga nya fasih Bahasa Indonesia (B.Melayu juga) sehingga menukar identiti nama juga wajib untuk warga selain bangsa pribumi. Sekarang mereka merasionalisasikan Inggeris.

Jati diri itu amat penting. Bangsa Melayu amat mudah terpengaruh dan menjulang apa yang bukan milik sendiri. Bangsa bukan Melayu masih kekal beridentiti mengikut etnik masing-masing tanpa kompromi. Ini lah pertembungan tidak sihat di Malaysia. Dasar ini di suburkan PM Najib dan TPM nya yang memegang tampuk utama dan pendidikan kerana kepercayaan mereka kepada liberalisasi melebihi identiti Malaysia itu sendiri. Walhal kita mahukan satu "acuan Malaysia" di mana keunikan Malaysia itu di hargai dalam kesepaduan menggapai bangsa sendiri dan mewarnakan aspirasi bangsa yang hidup berharmoni jelas tanpa kepura-puraan. maaehttps://www.blogger.com/profile/02244786457802569917noreply@blogger.com